Wednesday 27 February 2013

My Prince 3



AYUMI mengayuh basikalnya dengan tahap kelajuan sederhana. Dia baru sahaja pulang dari sekolah barunya. Hari ini ialah hari pertama persekolahannya di Tokyo. Petang itu, dia merancang untuk pergi ke sungai semalam. Dia rasa rindu dengan suasana damai di sungai itu.
       Setiap kayuhan semakin membuatkan Ayumi tidak sabar untuk sampai ke sungai tersebut. Semakin dia tidak sabar, semakin lajulah kayuhannya. Tidak takutkah dia kalau ada kereta tiba-tiba melintas. Kalau bukan kereta pun, manusia bagaimana?
       Basikal semakin laju dikayuh kerana sudah hampir sampai ke sungai tersebut. Ayumi tersenyum lebar sewaktu mengayuh. Namun senyumannya itu semerta mati apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku akibat kesilapannya sendiri. See? Baru cakap tadi.
       Akibat tidak berhati-hati, basikal Ayumi terpesong ke tepi jalan sehingga terlanggar seketul batu besar di atas jalan. Itu mungkin tidak jadi masalah baginya. Namun apa yang jadi masalah ialah dia terlanggar seseorang yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia terlanggar batu tadi.
       “Ke tepi…!!!” jerit Ayumi dengan sekuat hatinya.
       Namun nasib Ayumi hari itu memang malang. Sudahlah terlanggar batu besar di tepi jalan, selepas itu dia terlanggar orang pula. Apa yang lebih malang, kepalanya boleh bertembung dengan kepala orang yang dilanggar itu. Kemudian mereka berdua terbaring di atas tanah. Memang parah…
       “Aduh! Argh…” jejaka yang dilanggar oleh Ayumi tadi menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya. Dia cuba bangkit.
       Ayumi juga tidak terkecuali, dia memegang kepalanya yang terasa sakit yang amat. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Kepalanya terasa sakit. Dia terasa seperti ada benjol di dahinya sewaktu memegang kepala. Memang sakit!
       “Woi…! Bangunlah, perempuan!”
       Ayumi terpaksa membuka matanya perlahan-lahan sebaik sahaja dia diarahkan untuk bangun. Tangannya masih memegang kepala. Lambat-lambat, dia bangun dan cuba untuk berdiri walaupun pandangannya masih berpinar-pinar.
       “Maaf!” ucap Ayumi bersungguh-sungguh. Dia menunduk sebanyak tiga kali, sebagai tanda meminta maaf. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan jejaka yang tampak garang di hadapannya itu.
Sewaktu memandang wajah jejaka itu untuk pertama kali, mata Ayumi seolah-olah tidak mahu berganjak daripada memandang wajah jejaka itu. Sebabnya, jejaka itu mempunyai raut wajah yang sungguh kacak! Ya, kacak sehingga dia terasa seperti tidak mahu mengalihkan pandangan ke tempat lain.
       Namun Ayumi tidak mahu! Dia tidak mahu terus-terusan merenung wajah jejaka itu apabila mata jejaka itu tajam memandangnya. Wajahnya sahaja sudah boleh masuk dalam ciri-ciri jejaka idaman, tetapi matanya sewaktu marah sudah seperti mata pembunuh bersiri sahaja!
       Jejaka itu memandang Ayumi sinis. Dengan tangan kiri yang masih memegang kepala yang sakit, dia menolak tubuh Ayumi dengan tangan kanannya sehingga gadis itu terdorong sedikit ke belakang. “Maaf? Itu aje ke yang awak boleh kata?” soalnya dengan nada sinis.
       Ayumi semakin resah apabila melihat jejaka itu tidak mahu menerima kata maafnya. “Maaf, maaf, maaf! Saya tak sengaja.”
       “Apa? Tak sengaja? Macam mana awak boleh kata tak sengaja pulak? Saya tengah seronok tengok pemandangan, awak langgar saya dari belakang. Awak pandang ke depan kan? Itu awak cakap tak sengaja? Atau awak nak salahkan saya pulak?!” jejaka itu masih tidak mahu mengalah. Kemudian dia sengaja menonjok-nonjok bahu Ayumi dengan kasar walaupun tahu bahawa di hadapannya itu ialah gadis.
       “Saya…”
       Jejaka itu tidak mahu menunggu Ayumi meneruskan kata-katanya. “Tengok kepala saya ni! Sakit, tahu tak?”
       Ayumi semakin takut sewaktu memandang dahi jejaka itu. Dia terasa seperti ingin menangis pula sekarang. “Maaf. Saya mengaku tadi tu salah saya sendiri. Saya kayuh basikal terlalu laju sampai terlanggar batu dan awak. Maaf!” Ya, memang dialah yang salah.
       Jejaka itu memandang wajah Ayumi dengan rasa marah yang membuak-buak apabila memikirkan kepalanya yang sakit. “Saya tak nak terima maaf awak! Saya akan…”
       Tiba-tiba sahaja Ayumi naik angin. Matanya tajam mencerun memandang jejaka itu sehingga kata-kata jejaka itu terhenti. Tadi Ayumi memang takut. Tapi kali ini dia sudah tidak boleh bersabar. Waktu ini, jejaka di hadapannya itu nampak kecil sahaja di matanya.
       “Saya kata maaf, kan?! Berapa kali saya nak minta maaf? Awak nak saya minta maaf dan tunduk sampai seribu kali baru awak nak maafkan? Atau awak nak saya sembah awak semata-mata sebab hal kecil ni? Manusia jenis apa awak ni?” Ambil! Segala kemarahan Ayumi terluah dengan cara ini.
       Tanpa menunggu reaksi apa pun yang akan ditunjukkan oleh jejaka itu, Ayumi terus mengangkat semula basikalnya yang sama-sama terjatuh tadi. Dengan kaki yang tercedera di lutut, dia berusaha untuk berjalan sambil menuntun basikalnya. Terhincut-hincut dia berjalan.

***
SHOUKURO menghampiri sahabat baiknya, Shoumiki yang masih tidak berganjak dari kawasan tadi. Dengan kedua-dua tangannya memegang sebotol air, dia menyiku belakang lengan Shoumiki. Apabila Shoumiki menoleh, dia menghadiahkan sebuah senyuman buat sahabatnya itu. Sebotol air minuman di tangan kanannya dihulurkan kepada Shoumiki.
       “Geram betul aku!” luah Shoumiki selepas meneguk air di dalam botol yang diberikan oleh Shoukuro tadi.
       “Kenapa? Ada masalah ke tadi?”
       Shoumiki memandang Shoukuro. “Memang ada! Cuba kau tengok ni!” jari-jemarinya menguak sedikit anak rambutnya sehingga menampakkan benjol di dahi.
       Shoukuro merenung dahi Shoumiki dan kemudian dia ketawa. “Benjol? Hei, macam mana kau boleh dapat benjol ni? Kau terjatuh sampai kepala terhantuk kat batu ke?”
       Shoumiki langsung tidak ketawa. Senyum pun tidak. Dia hanya diam membisu, menunggu Shoukuro berhenti ketawa. “Ada perempuan langgar aku tadi. Kau tahu? Dia bawa basikal, pandang depan. Tapi dia boleh kata dia tak sengaja langgar aku? Gila!”
       Shoukuro terdiam seketika. Dia ternganga. “Ya ke? Tapi macam mana boleh terlanggar sampai kepala benjol ni?” soalnya.
       “Kepala aku terhantuk sekali dengan kepala dia tadi.”
       Sekali lagi, Shoukuro menghamburkan tawanya. Kali ini, dia tidak boleh berhenti ketawa. Namun selepas beberapa minit ketawa, dia terpaksa berhenti kerana perutnya sudah terasa sakit.
       “Puas?” soal Shoumiki.
       “Err… aku ada satu soalanlah.”
       “Apa dia?”
       “Sebenarnya aku rasa peliklah. Perempuan tu tak terpikat dengan kau ke? Yalah, kau kan hensem....”
       “Heh, cakap orang! Kau pun hensem apa?” Shoumiki tertawa. Kemudian dia menyambung; “Entahlah aku. Mula-mula dia nampak muka aku, dia macam tak nak pandang tempat lain dah. Tapi lepas aku renung dia macam singa, dia terus tunduk. Tu dah jelas depan mata aku, aku boleh nampak. Dan yang aku terkejut bila dia tiba-tiba marah aku, lepas tu dia terus blah dengan basikal dia.”
       Shoukuro menggeleng-geleng. “Hah! Aku ada satu lagi soalan ni.”
       “Apa lagi?”
       “Perempuan tu cantik tak?”
       Sebaik sahaja mendengar soalan itu, Shoumiki menumbuk lembut bahu Shoukuro. “Ceh! Kau ni memang gatal kan?” dia tertawa kecil. Kemudian dia tersenyum sinis. “Cantik kut!”

***
“YUMI, apa yang dah jadi ni?” Puan Masakoto menyoal, risau melihat anak bongsunya itu pulang ke rumah dengan pakaian yang kelihatan agak comot serta luka di lutut.
       “Tak ada apa-apa, mama,” Ayumi menjawab pendek. Dia mengusap-usap bulu Pikachu yang berada di atas sofa.
       Dahi Puan Masakoto berkerut. “Tak ada apa-apa? Dah terang lagi bersuluh, Yumi. Luka yang ada kat lutut tu. Uniform sekolah kamu nampak kotor. Apa semua ni? Kamu terjatuh ke?” Dia menyoal bertalu-talu.
       Ayumi tidak menjawab pertanyaan Puan Masakoto sebaliknya dia hanya tersenyum kecil. Bukannya dia mahu bersikap biadap dengan mamanya. Tidak! Cuma sebenarnya dia rasa malas dan tiada mood untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Lagipun itu semua perkara kecil sahaja.
       “Yumi….”
       “Mama, Yumi naik atas dulu ya? Yumi nak mandi,” cepat-cepat Ayumi memintas sebelum berlari-lari anak naik ke tingkat ke-2 rumahnya.
       Puan Masakoto semakin berasa pelik apabila melihat tingkah Ayumi. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Apa kena dengan anaknya yang seorang ini? Tiba-tiba sahaja berkelakuan pelik? Hatinya tertanya-tanya. 

P/S: Ceh~ ada pulak orang terjatuh dari basikal, lepas tu kepala terhantuk kat kepala orang yang kena langgar tu. XDDD
Actually Eyfa tengah stres ni. Tadi kat sekolah, Eyfa dengan satu geng Eyfa sekali tak dapat jawab soalan AddMath betul-betul. Banyak yang tinggal pulak tu. Gugugu. I hate being Form 4 student~ gugugu. T^T >_< Itu AddMath. Lepas AddMath, Chemistry pulak. Chemistry tu ok la. Senang jugak tapi ada yang tak jawab, so Eyfa terpaksa tinggalkan je la. T^T Tapi takpe. Ni first test of this year as Form 4 student. Memang ramai yang gagal mula-mula. Kekeke :P
And yes~!!! Esok hari terakhir test~! Hurray fo me!!!  ^_^ Kekeke. XP (huk aloh Kak Bedah~ XD test je kut. bukannya exam macam SPM tu. Tunggulah tahun depan~ T^T)

My Brother. :) 
JaeJoong Oppa~ Help your yeodongsaeng ni. Argh tensionnya~ Aigoo~ >_<

No comments:

Post a Comment