Thursday 11 July 2013

My Prince 10

“HEI, bersedia! Semua tuan putera kita dah datang! Cepat kemaskan diri!”
     Shoukuro dan beberapa orang pelajar lelaki kelihatan sedang memasuki pintu pagar Sekolah Tinggi Sakurai. Beberapa kumpulan gadis sekolah itu yang sejak tadi menunggu kedatangan mereka terus mengiringi mereka sewaktu menuju ke dewan utama sekolah. Ada lagi beberapa gadis yang tinggal, mereka sedang menunggu kedatangan Shoumiki.
       Kedengaran suara-suara memuji Shoukuro pelajar-pelajar lelaki tadi.
       “Kacak betullah semua tuan putera kita hari ni!”
       “Taklah! Hari-hari pun dia orang nampak kacak!”
      Shoukuro tidak mengendahkan suara-suara itu. Kepalanya asyik terjenguk-jenguk ke luar dewan seperti mencari seseorang.
       “Mana Miki ni? Batang hidung pun tak nampak?” Shoukuro tertanya sendiri.
      Tidak lama selepas itu, Shoukuro terpandang kelibat Shoumiki yang baru memasuki ruang dewan utama sekolah. Senyuman terukir di bibirnya, tangannya dilambai-lambai ke arah sahabat baiknya itu. Namun tiba-tiba senyumannya mati apabila terpandang seorang gadis yang dikenalinya berada di belakang tubuh Shoumiki.
       “Eh? Ayumi?” Bulat mata Shoukuro ketika itu.
       Ayumi pula waktu itu sudah seperti anak kecil yang hilang di pasaraya dan tidak tahu di mana ibu bapanya berada. Mukanya kelihatan mencebik. Dia rimas apabila dikerumuni oleh gadis-gadis yang sudah seperti orang disampuk hantu!
       ‘Hish! Miki yang famous, aku jugak yang kena! Apa ni? Rimasnya!’
       “Awak ni kenapa?” Shoumiki yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara.
       “Eh boleh jalan cepat sikit tak? Saya rimaslah!” Ayumi mendesak.
      Shoumiki mendengus. “Eh, awak fikir awak sorang je yang rimas? Saya lagi rimas tau! Hari-hari macam ni, dikerumuni gadis-gadis yang tak tahu malu!”
       Bulat mata Ayumi. “Hah? Ha... hari-hari?”
     “Miki, apasal lambat sampai ni?” satu suara menegur Shoumiki membuatkan Ayumi juga tertarik untuk melihat pemilik suara itu.
     “Hah! Shoukuro? Apa dia buat kat sini?” Ayumi tertanya-tanya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dahinya ditepuk.
       ‘Oh, ha’ahlah! Dia pernah kata yang dia sekolah kat sini kan?’
       “Hai, Ayumi!” Shoukuro menegur Ayumi.
       ‘Wah, rindunya aku pada wajah tu!’ hati Shoukuro berkata.
       “Hai, Shoukuro,” Ayumi membalas.
       “Tunggu! Kau orang ni memang dah kenal ke?” Shoumiki menyoal mahu tahu.
       Shoukuro tergelak kecil. Apa yang lawak? Ayumi tidak faham!
       “Mestilah! Kita orang bertembung kat sungai hari tu.”
      Shoumiki mengangguk perlahan. “Dan budak perempuan nilah yang buat dahi aku benjol tu,” dia sengaja mengenakan Ayumi. Seperti yang dijangkakan, wajah gadis itu merona merah.
       Mata Shoukuro membulat akibat terkejut. “Hah! Dia ni? Biar betul!” dia tidak percaya.
     Shoumiki mengangguk laju. “Betullah, dan disebabkan hal tu jugak, dia sekolah kat sini. Dia jugak dah jadi personal maid aku secara rasmi tau!” beritahunya.
     Ayumi mencebik. ‘Cis! Bersemangat betul dia! Apa? Ingat aku suka ke jadi personal maid kau? Mimpi je la!’
       “Hah! Personal maid kau? Aku macam... tak percaya je!” Shoukuro merenung wajah Ayumi yang ketika itu sedang membetulkan rambutnya. Tiba-tiba hatinya diserbu perasaan cemburu.
       ‘Ayumi... jadi personal maid Miki?’ Hati Shoukuro mula berasa tidak enak, namun perasaan itu segera ditepis jauh-jauh.
       Shoumiki merenung tajam wajah Ayumi di sebelahnya membuatkan Ayumi tidak selesa dengan pandangan itu. Berkerut-kerut wajah Ayumi, tanpa berani menentang pandangan tajam yang dilemparkan oleh Shoumiki.
      ‘Hisy, dia ni kenapa? Pandang orang dah macam nak telan aje! Tadi okey je. Ada yang tak kena pada muka aku ke?’ Hati Ayumi membebel sendiri.
      “Dah, awak nak tercegat kat sini sampai bila? Pergilah kat tempat perempuan kat sebelah tu! Awak nak jadi ganjil kat tempat lelaki ni?” Shoumiki senyum sinis.
       Aduh! Wajah Ayumi merona merah. Baru dia sedar yang dia seorang sahaja gadis yang berdiri di dalam kumpulan pelajar lelaki sekolah Tinggi Sakurai. Tetapi salah Shoumiki juga! Kenapa tak beritahu awal-awal?!
Ayumi segera berlalu ke bahagian pelajar perempuan, tetapi tidak lama kemudian dia kembali semula ke arah Shoumiki. Matanya terkebil-kebil memandang Shoumiki.
       “Awak ni kenapa lagi?” soal Shoumiki berang.
       “Awak... saya tak tahu nak berdiri kat mana. Perempuan-perempuan tu semua pandang saya semacam je. Awak punya pasallah ni! Saya dah cakap saya tak nak datang sekolah saing awak, tapi awak degil. Nak jugak suruh saya ikut awak naik kereta!” omel Ayumi.
       “Dah habis cakap?” Shoumiki menyoal dengan wajahnya yang tiada perasaan.
       Ayumi mendengus. ‘Hisy dia ni kan! Aku rasa macam jumpa alien dari planet Marikh je!’
       “Saya tak selesa la, Miki!”
       Shoumiki tertawa sinis. “Tak selesa? Itu awak punya pasal la!”
       Waaaa... Ayumi rasa macam nak menangis sekarang juga!
       “Okay, fine!” Ayumi membalas pendek sebelum berlalu dari bahagian pelajar lelaki.
    Shoumiki hanya mengekori langkah Ayumi dengan ekor matanya. ‘Haha! Tak lama lagi, perempuan-perempuan yang tak tahu malu tu akan dikejutkan dengan berita yang kau ni girlfriend aku, Ayumi!’
     Shoukuro yang setia sebagai pemerhati dan pendengar sedari tadi hanya mampu mengukir senyuman tawar. Perasaan cemburu kini semakin menguasai hatinya. Selama dia kenal Shoumiki, kawan baiknya itu tidak pernah mahu bercakap dengan perempuan lama-lama. Walaupun cara percakapan Shoumiki kasar pada Ayumi, tetapi itu sahaja sudah boleh menggambarkan Shoumiki tidak bencikan Ayumi, malah mungkin Shoumiki ada perasaan suka terhadap Ayumi. Dia kenal siapa sahabat baiknya ini. Dia kenal!

***
“EH, awak ni kenapa hah? Dari tadi asyik nak menempek kat saya je. Rimaslah!” Shoumiki menolak sedikit tubuh Ayumi sehingga gadis itu tertolak ke tepi.
      Ayumi mendengus. ‘Ceh! Kau fikir aku nak sangat menempek kat kau macam ni? Semua ni kau punya pasal la! Dahlah aku tak tahu jalan nak pergi kelas. Kalau aku jalan sorang-sorang nanti, takut sesat pulak!’
       “Okey, kalau macam tu biar aku jalan dengan Shoukuro je!” Ayumi membalas dengan nada rajuknya. Kemudian dia beralih ke sebelah Shoukuro pula. Jejaka itu hanya tertawa kecil melihat kerenahnya.
      Serta-merta mata Shoumiki membulat. Sepantas kilat, dia menarik tangan Ayumi supaya berdiri di sebelahnya semula. Waktu itu, tawa Shoukuro tiba-tiba terhenti.
       ‘Nampak sangat, Miki.’ Shoukuro bersuara dalam hati.
       “Awak ni kenapa? Tadi kata rimas sangat kan? Apasal tarik tangan saya pulak?” Ayumi menyoal tidak puas hati. Geram pula dia apabila melihat perangai Shoumiki yang kadangkala seperti budak kecil.
       “Senyaplah!”
       Ayumi mencebik geram. Hisy dia ni kan! Eeee…!!!
      Tidak lama kemudian, mereka sampai di hadapan sebuah kelas. Shoumiki menghentikan langkahnya di situ diikuti oleh Shoukuro. Dia memandang wajah Ayumi dan mengukir senyum.
       “Ni la kelas kita orang. Kelas 2-B,” beritahu Shoukuro.
    “Oh…” Ayumi hanya menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba dia terasa seperi bahunya dirempuh dari belakang membuatkan kepalanya tertoleh ke arah pelajar yang telah melanggarnya tadi. Pelajar perempuan itu melemparkan pandangan tajam dan senyuman sinis kepadanya.
       “Apa langgar-langgar bahu orang ni?!” Ayumi menegur pelajar perempuan itu, tetapi tegurannya hanya dibalas dengan jelingan maut.
       ‘Huh! Malas aku nak layan!’ Ayumi menggelengkan kepalanya.
      “Dah, jom masuk!” Shoumiki mengajak sebelum dia melangkah masuk ke dalam kelas bersama Shoukuro.
     Ayumi segera mengejar dari belakang. Kemudian matanya terarah pada wajah pelajar perempuan yang merempuh bahunya tadi. Pelajar perempuan itu sedang merenung tajam ke arahnya. Malas untuk melayan perkara sekecil itu, Ayumi terus menuju ke arah Shoumiki yang sudah melabuhkan punggung di tempat duduknya yang terletak di bahagian paling belakang.
      Kebetulan sewaktu dia ingin menuju ke arah tempat duduk Shoumiki, dia perlu melalui tempat duduk pelajar perempuan tadi. Langkahnya sengaja dihentikan sebaik sahaja sampai di sebelah pelajar perempuan itu. Ayumi memandang ke lantai. Keningnya terangkat.
      ‘Ceh! Kau nak bentes kaki aku ke? Heh, aku tak bodohlah! Ini… taktik lapuk!’ Ayumi hanya mencebik dalam hati, niatnya tidak mahu mencari gaduh.
       Ayumi melangkah kaki pelajar perempuan itu yang sudah bersedia hendak membentesnya.
     “Ayumi, awak duduk kat sini, sebelah Misuki,” arah Shoumiki seraya menuding jarinya ke arah tempat duduk kosong di sebelah seorang pelajar perempuan yang sedang membaca buku.
       Apabila terdengar namanya disebut, Misuki mengangkat wajahnya. Tersentak dia tatkala tempat duduk kosong di sebelahnya sudah diduduki oleh seorang pelajar perempuan yang tidak dikenalinya, tetapi wajah gadis itu sudah cukup untuk membuatkannya kaku. Dia membetulkan sedikit cermin matanya yang terlurut.
      ‘Huhstop thinking about Isaki, Misuki! She’s gone! Urgh! This girl isn’t Isaki, and that’s very impossible to say she is Isaki!’ Misuki cuba menenangkan hatinya.
       “Hai!” Ayumi menyapa Misuki dengan harapan gadis itu tidak bersikap seperti pelajar perempuan tadi.
       Pada mulanya, Misuki memandang Ayumi kehairanan tetapi kemudian dia menghadiahkan Ayumi sebuah senyuman. “Hai!” dia membalas sapaan Ayumi.
      ‘Fuh, lega aku bila dia sapa balik. Nasib baik tak sombong macam budak tadi!’ Ayumi menarik nafas lega.
       “Nama awak Misuki ke?” Ayumi menyoal mesra.
       Misuki mengangguk. “Awak pulak?” dia menyoal kembali.
       “Saya Ayumi. Nice being your friend!” Ayumi mengukir senyuman mesra.
       “Ayumi? It’s such a nice name! Nice being your friend too,” Misuki membalas senyuman Ayumi.
       Beberapa minit selepas itu, seorang cikgu perempuan memasuki kelas mereka. Semua pelajar kelas itu berdiri. Ketua kelas memberi salam hormat diikuti pelajar lain.
       “Siapa nama cikgu ni? Dia guru matapelajaran apa?” Ayumi menyoal Misuki di sebelahnya.
       “Cikgu Tanaka. Dia ajar kita English.”
       Ayumi hanya mengangguk-angguk. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil oleh Cikgu Tanaka. Tanpa membuang waktu, dia segera bangun dari tempat duduknya dan keluar ke hadapan kelas. Semua mata memandang ke arahnya kecuali Shoumiki.
       ‘Mamat tu memang tak ada perasaan. Langsung tak ambil peduli hal sekeliling!’ hati Ayumi sempat lagi mengutuk.
       “Students, I’m sure that some of you have met this girl, am I right?” Cikgu Tanaka menyoal. Kemudian Misuki dan Shoukuro yang duduk di belakang sekali menganggukkan kepala mereka.
       “This girl is our new student. So I want to let her introduce herself to all of you,” Cikgu Tanaka berkata seraya memegang bahu Ayumi.
       “Ayumi, can you introduce yourself first?”
       Ayumi memandang Cikgu Tanaka. “Now? In English?” Dia menyoal, kemudian Cikgu Tanaka mengangguk laju membuatkan dia tersenyum ceria. Dia memang suka Bahasa Inggeris!
     “Hi, my name is Masakoto Ayumi. I came from Fukuoka. Nice to be your new classmate!” Ayumi memperkenalkan dirinya seraya menundukkan badan.
       Cikgu Tanaka tersenyum. Kemudian dia menyuruh para pelajar kelas 2-B memperkenalkan diri masing-masing. Ayumi cuba untuk mengingati semua nama mereka.
       “Okay. Before I ask Ayumi to go back to her sit, do you have any questions for her?”
      Ayaka, pelajar perempuan yang melanggar bahu Ayumi sewaktu ingin masuk ke kelas tadi tiba-tiba mengangkat tangannya. Dia merenung tajam wajah Ayumi.
       “Ayumi, you have to answer my question. Honestly! Are you Prince Miki’s girlfriend?” Ayaka menyoal membuatkan mata Ayumi terjegil. Shoumiki pula, mengangkat wajahnya apabila terdengar Ayaka menyebut namanya. ‘Prince Miki’ atau ‘Putera Miki’ ialah gelaran yang diberikan oleh pelajar-pelajar perempuan yang tergila-gilakannya di sekolah.
       ‘Apa punya soalan yang dia tanya ni? Aku, girlfriend siapa? Prince Miki? Shoumiki ke?’
       “Ayumi! Are you listening to me?” Ayaka menyoal dengan lagak sombongnya. Tiada secalit senyuman pun pada wajah gadis sombong itu.
       “Err…”
       Lidah Ayumi pula sudah kelu. Tidak tahu dia hendak jawab apa! Wajah Shoumiki dipandang.
       “Ayaka? What kind of question is that?” Cikgu Tanaka pelik.
   Ayaka mengukir senyuman sinis. “What? I’m just asking. Who knows, maybe she is Prince Miki’s girlfriend?”
       “Excuse me, Miss Tanaka!” Shoumiki mengangkat tangannya. Serta-merta mata semua pelajar di dalam kelas itu terarah padanya. Ah, budak famous… biasalah!
       “Yes?”
      “Let me answer Ayaka’s question. The answer is…” Shoumiki berjeda seraya memandang wajah Ayumi sekilas. “yes, she is my girlfriend!”
       “What?!” Ayumi, Shoukuro, Misuki, Ayaka, Cikgu Tanaka dan semua pelajar terjerit.
       “Shoumiki, you admit?” Cikgu Tanaka buat muka tidak percaya.
       Shoumiki mengangguk, tetapi pada masa yang sama Ayumi pula menggeleng laju.
       “No!!! Miss Tanaka, let me explain! Shoumiki and I are just friends. Plus, I’m just his personal…” belum sempat Ayumi menghabiskan ayatnya, Shoumiki memotong.
       “No! Listen here, everybody! I’m his boyfriend. She loves me, believe me!”
      “Miki!” Ayumi hampir sahaja menjerit tetapi bahunya tiba-tiba dipegang oleh Cikgu Tanaka. Waktu itu, wajahnya sudah merona merah.
       “It’s okay, dear. You may go back to your sit now. I want to start my teaching lesson,” Cikgu Tanaka mengusap lembut bahu Ayumi.
       ‘Apa-apa je la budak muda zaman sekarang ni.’ Cikgu Tanaka tergelak kecil dalam hati.
    “Miki, apa semua ni?!” Ayumi menepuk meja Shoumiki sewaktu dia sudah duduk semula di tempat duduknya.
       Shoumiki melemparkan senyuman sinis kepada Ayumi tanpa menjawab soalan gadis itu. ‘Padan muka kau! Hahahaha!’
       Sementara itu, wajah Ayaka sudah merah mengalahkan lada merah! Siapa tidak marah kalau jajaka idaman dan pujaan hati sudah dikebas orang kan? Shoumiki tu hari-hari masuk dalam mimpinya di malam hari! Dialah peminat nombor satu Shoumiki! Bukan setakat minat, tetapi sudah sampai tahap taksub!
       ‘Nanti kau, Ayumi! Just wait and see!’ Ayaka membentak dalam hati. Rambutnya yang panjang diikat kuda yang terjatuh ke bahunya ditolak ke belakang. Wajahnya tampak bengis waktu itu.

***
“AYUMI, betul ke kau ni girlfriend Shoumiki?” Misuki menyoal. Makanan yang terhidang di hadapannya waktu itu tidak dipedulikan. Wajah Ayumi yang menjadi hidangannya tika ini.
       Ayumi yang sedang menikmati makanannya pula tidak mempedulikan pertanyaan Misuki. Dia meneruskan suapan dengan muka selamba.
       “Ayumi!” Misuki menepuk meja sehingga Ayumi tersentak.
       “Apa?”
       “Jawablah!”
       “Aku bukan girlfriend dia!”
       “Tapi tadi tu…”
      “Dia tipu je! Aku pun tak tahu apa motif dia cakap aku ni girlfriend dia tapi kita orang memang tak ada apa-apa hubungan! Plus, aku ni personal maid dia!” Ayumi menegaskan.
       Mata Misuki terus membulat. “Hah! Personalmaid?!”
       Ayumi mengangguk laju. ‘Betullah apa yang aku cakap. Aku memang personal maid dia pun!’
       “Gila ke? Yumi, cukuplah hanya aku kawan kau yang tahu pasal ni. Jangan beritahu budak lain selain aku dalam sekolah ni tau!” Misuki memegang bahu Ayumi.
       “Apasal pulak? Salah ke?” Ayumi menyoal pelik.
       “Memang salah! Kalau budak-budak kat sekolah ni tahu pasal ni, habislah kau!”
       Ayumi mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Dia kan blur!
       “Kau jangan ingat budak-budak kat sini baik sangat. Kalau dia orang dapat tahu ada pelajar yang bekerja sebagai personal maid atau maid atau kerja yang setaraf dengannya, dia orang akan buat apa je untuk hapuskan pelajar tu dari sekolah ni!”
       “What?!”
       “Dia orang tak suka kalau ada pelajar miskin kat sekolah ni.”
       Ayumi mencebik. “Macamlah ni sekolah dia orang!”
       Misuki hanya menjongket bahu. “That’s what they thought, seriously.”
      “Eish, berlagak! Baru je jadi pelajar kat sekolah ni, belum jadi pemilik! Patutlah sombong and berlagak semacam je aku tengok!” siap dengan tangan bersilang ke dada, Ayumi melampiaskan amarahnya. Serta-merta wajah bengis Ayaka menerjah fikirannya. Perempuan tu, lagilah!
       “Eh, tapi aku bukan macam dia orang okey!” Misuki menegaskan.
       Ayumi tertawa kecil. “Aku tahu, sebab kau tak sombong waktu aku tegur kau.”
       “Ramai pelajar perempuan yang tak tahu malu kat sekolah ni. Dia orang terlalu taksub dengan putera-putera kacak kat sekolah ni sampai tubuhkan kelab peminat! Hebat sangat la kononnya. Gila!”
       “Tubuhkan kelab peminat?” tiba-tiba Ayumi terasa ingin tahu lebih lanjut tentang itu.
       Misuki mengangguk laju. “Nama kelab peminat tu, Princes’ Admirers of Sakurai High School.”
       Sebaik sahaja nama kelab peminat itu meluncur keluar dari mulut Misuki, Ayumi terus menghamburkan gelaknya. Misuki pula sudah terkebil-kebil melihat perlakuan Ayumi.
       “Kelakarnya nama kelab peminat tu! Tak de nama lain ke?”
       Misuki ikut sama tergelak. “Entah! Yang pasti, aku tak masuk kelab tu! Tak hingin pun! Lagipun, ramai lagi la lelaki hensem kat luar sana tu!”
       “Eh, boleh kau bagitau aku siapa putera-putera kacak yang dia orang dok tergila-gilakan tu?” Ayumi menyoal, teringin juga dia mengenal nama pelajar-pelajar lelaki yang kacak di Sekolah Tinggi Sakurai.
       “Ala… ada sepuluh orang, kau nak aku sebut semua ke?” Misuki menyoal malas. Oh tolong sikit! Dia bukan seperti gadis-gadis gedik Sekolah Tinggi Sakurai yang akan bercahaya mata mereka bila sebut tentang putera kacak Sekolah Tinggi Sakurai!
       “Please…” Ayumi membuat muka comel.
       “Okey! Yang aku tahulah, nama-nama pelajar lelaki sekolah ni yang masuk top 10. Shoumiki Takayama,  Shoukuro Sakamoto, Takase Kajiura, Hiro Yamada, Ryoma Hongo, Rihito Kudo, Sho Mashimoto, Shin Fuukiro, Junko Ohkura dan Tsunade Shimamoto!”
       Mata ayumi membulat apabila mendengar nama Shoumiki dan Shoukuro. Mamat tak ada perasaan tu masuk top 10 ke?
       “Hah! Shoumiki, Shoukuro…?”
       Misuki mengangguk. “Setahu akulah kan, selama aku masuk sekolah ni, si Shoumiki tu tak pernah keluar daripada top 10 tau! Well, dia kan anak pemilik sekolah ni.”
       Ayumi mencebik, dia buat muka menyampah! Tak pernah keluar daripada top 10 konon! Ceh!
      “Ada lagi satu soalan aku nak tanya. Kenapa Ayaka tu nampak macam tak suka aku eak? Dia memang macam tu ke? Dahlah tu, tiba-tiba je tanya yang aku ni girlfriend Shoumiki. Buat malu aku je!”
       Misuki tergelak. “Memanglah! Kalau kau nak tahu, Ayaka tu dah cinta mati kat Shoumiki! Tapi, bukan Ayaka sorang je yang tak suka kau tau! Aku rasa ada lagi yang tak suka kau. Yang pasti, berita pasal kau ni girlfriend Shoumiki memang dah tersebar luas walaupun belum sampai satu hari kau sekolah kat sini,” Misuki memberitahu.
       “Huh! Biarlah! Aku malas nak layan. Buat apa tambah musuh kan?”
      “Tapi kau tetap kena hati-hati. Perempuan-perempuan macam Ayaka tu gila, boleh jadi dia orang buat macam-macam kat kau semata-mata demi halau kau keluar dari sini!” Misuki mengingatkan.
       “Heh, I’m not scared of them! Aku takkan biar dia orang pijak kepala aku. Aku bukan pompuan lemah!”
Tanpa disedari oleh Ayumi, Misuki mengukir senyuman manis. Mata Misuki redup memandangnya, bagai pandangan seorang sahabat baik yang amat rapat dengannya.
       “Isaki, I really miss you, darl…”
***
SHOUKURO mengetap bibirnya, geram melihat wajah Shoumiki yang masih beriak selamba seperti tiada apa-apa yang telah berlaku. Sejak tadi dia menantikan penjelasan daripada jejaka itu.
       “Aku ni kawan baik kau, takkan kau tak beritahu? Antara kita, tak ada rahsia kan?” Shoukuro bersuara.
       Shoumiki hanya diam, menanti ayat seterusnya yang akan keluar dari bibir Shoukuro. Namun wajahnya tetap selamba, walaupun dia sudah maklum apa yang ingin dibicarakan oleh Shoukuro.
      “Sejak bila, sejak bila Ayumi jadi girlfriend kau? Dan macam mana dia boleh jadi girlfriend kau sedangkan dia tu cuma personal maid kau je? Lagipun you both baru je kenal,” suara Shoumiki tidak tinggi tetapi tegas.
       Shoumiki tergelak. “Hei, hei… relaks la! Tak payah emo sangat boleh tak?”
       Tegang wajah Shoukuro. Entah mengapa, ada rasa sakit hati yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.
      “Fine! I’ll tell you the truth. First, dia jadi personal maid aku atas suruhan aku dan dia diterima oleh parents aku sebab mak bapak dia bestfriends parents aku. Second, Aku just tipu yang Ayumi tu girlfriend aku in order to larikan diri from peminat-peminat fanatik aku yang gila tu,” terang Shoumiki.
       Dahi Shoukuro berkerut untuk seketika, tetapi kemudian berubah. Kini wajahnya menyinga.
     “Kau fikir dengan cara ni, kau boleh larikan diri daripada peminat-peminat fanatik kau tu? Heh, c’mon bro!”
      “Yeah! Kuro, aku bukan macam kau. Kau still boleh tahan dengan peminat-peminat kau. Kau ada Isaki untuk bagi kau semangat, boleh buat kau tahan layan fans kau walaupun dia dah mati. But me?”
       Shoukuro menghentak permukaan meja. “Stop, Miki! Kenapa nak mention nama dia? Now, kita tak habis bincang pasal kau and Ayumi lagi. Kau fikir dengan tipu pasal Ayumi tu girlfriend kau, fans kau akan berhenti kejar kau? No, Miki! Malah kau dah beri risiko pada Ayumi!”
       Shoumiki menggeleng-geleng perlahan.
       “Sekurang-kurangnya dia orang tahu yang dia orang takkan dapat aku sebab aku ada Ayumi.”
      “Dan dia orang jugak tahu yang dia orang boleh cuba hapuskan Ayumi semata-mata demi dapatkan kau! Itu yang kau nak, kan?”
       Shoumiki terdiam.
      “Miki, kau dah cukup kenal dengan perangai budak-budak sekolah kita ni. Isaki pun pernah kena, you do know that very well, don’t you?”
       Diam.
       “Tapi aku mampu lindungi Isaki waktu tu. Macam-macam rintangan yang kita orang hadapi, aku tetap ada di sisi dia. Kau pulak? Kau setakat menipu yang Ayumi girlfriend kau, tapi kau boleh lindungi dia ke? Tadi pun dia marah kat kau, aku tengok. Kau orang tak ada perasaan antara satu sama lain. Kau boleh ke hadapi semua risiko nanti?” Shoukuro renung dalam anat mata Shoumiki.
       ‘Aku yakin… aku la yang mampu lindungi Ayumi, Miki!’ Shoukuro menyambung dalam hati.
       Shoumiki menarik nafas dalam-dalam. Dia mengangguk laju.
      “Aku pasti boleh! Aku akan lindungi Ayumi dengan cara apa sekalipun! Dia girlfriend aku, dan aku boyfriend dia. So memang patut pun aku ada di sisi dia selalu,” Shoumiki bersuara.
       Kedua-dua belah kening Shoukuro bertaut tatkala mendengar jawapan Shoumiki yang tidak dijangka itu.
       “Maksud kau?”
     Shoumiki tersenyum lebar. Saat ini, dia rasa dia patut beritahu perkara sebenar kepada Shoukuro. Bukankah sepatutnya tiada rahsia antara mereka berdua?
       “Kuro, maksud aku yang sebenarnya ialah aku… akan jadi boyfriend Ayumi yang sebenar. Bukan penipuan. Actually…” Shoumiki berjeda seketika, wajah Shoukuro dipandang. “aku dah sukakan dia, Kuro!"
“Dia la satu-satunya pompuan yang tak terpikat bila tengok aku. Aku sendiri tak faham perangai dia. But I’ll try to get her heart! I’ll make sure she loves me! AndI’ll protect her with my all strength.”
       Shoukuro terpanar. Sungguh dia tidak percaya. Shoumiki, kawan baiknya yang sudah dikenalinya sejak kecil, yang sentiasa menjadi rakan sepermainannya, yang amat sukar untuk serahkan hatinya kepada seorang gadis akhirnya jatuh cinta untuk kali kedua. Shoumiki yang pernah kecewa dalam percintaan pertama itu akhirnya membuka hatinya untuk gadis lain. Dan gadis yang terpilih itu ialah Ayumi.
       Tapi kenapa Ayumi? Kenapa mesti gadis comel itu yang juga telah menambat hatinya sejak pertama kali pandang? Kenapa mesti Ayumi yang menyerupai wajah Isaki yang telah mengurangkan rasa rindunya pada Isaki? Kenapa mesti Ayumi?!
       Saat itu, Shoukuro terasa dadanya teramat sesak, dan sakit, pedih bagai terhiris. Saat itu juga, dia terasa seperti mahu rebah ke lantai.


P/S: Late... again!!! Sorry banyak-2! Eyfa selalu macam ni. Nak update tapi tak kesampaian. huhuhu~~~ T_T
BTW, ada lagu baru and group baru yang telah memikat hati Eyfa. Nama group ni, LC9. Group ni consists of 6 members. tapi ada info mengatakan 3 lagi members akan ditambah untuk menjadikan kesemuanya ada 9 members. Dae~~~bak!!! Thumbs up for LOEN ENT. ^_^
My favourite member in this group is J Hyo. Hey, don't take him from me ha... ceh~ tak de la. Just joking.
Kalau korang yang K-poppers dengar lagu ni, mesti dah fall in love!!! Tajuk lagu, Mama Beat. Group, LC9. Cer la dengar. ;)
Ni kira macam story version. ^_^
Seriously, this MV hurts me. dengan kapaknya, tukul besinya, and kind of it. Urgh serius, sangat menakutkan! But the song is very awesome! Trust me! Ride Mama Beat~ :D

Ni pulak kira macam dance version. 
Nah~ diorang punya dance step pun awesome! ;)

Now, A Pink time~~~!!! Yoohoo...! A Pink dah come back! I've waited for so long tau. Tengok-2, Eun Ji eonnie kita makin tomey la! :3 sedap lagu ni, A Pink [Secret Garden] Nonono. Veeerrryyyy dae~~bak!!!
Be careful okay? 'Cause they're really sexy in this MV! Sexier than before! Skirt diorang, ya ampun! Well... Korean kan love to show their kaki yang lawa tu. Diorang jarang-2 bukak bahagian atas, tapi suka sangat tunjuk bahagian bawah. Euww... Tapi A Pink always be my favourite K-pop girl group. ;) *wink

Before pergi, ada lagi yang Eyfa nak cakap. Korang mesti dah tahu pasal upcoming drama in slot Zehra TV3  kan? Yes, KAMPUNG GIRL!!! Eyfa dah tempah novel Kampung Girl secara online. Tak sabar nak dapat novel tu. lagi tak sabar nak tonton drama tu. Nad Zainal looks very damn cute bila tudung tersarung kat kepala. Tomey sangat! Akim~~ I'm coming, babe~~~ wahahahaha =.=
Ramai orang kata, There are a lot of best scenes dalam novel Kampung Girl. ;)




Sehari sebelum puasa, Eyfa and the gang syok tengok Twilight Saga: New Moon kat rumah Eyfa. hihihi. sebelum tu Ayda belanja kitorang, 7 orang aiskrim! Thanks to Ayda, love you babe! Muah! Eyfa pulak belanja diorang lolipop. then diorang kata diorang sayang Eyfa. hikhik nak muntah! Tapi I like!~ Sebelum tonton Twilight, Eyfa gorengkan telur dadar with mayonis untuk diorang. Memang gempak habis geng kitorang! Cuma tiga orang lagi tak dapat lepak sama; Hana, Dayah and Yaz. :(
Nah, hadiah! ;)
Members Eyfa semua suka kat Jacob (Taylor Lautner). Tapi Eyfa setia kat Edward (Robert Pattinson) ni. :P

Bye~! T_T *Sob sob huhuhu T^T

No comments:

Post a Comment