Monday 20 October 2014

My Prince 13


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

REI mengatur langkah kaki ke arah bilik menonton sambil membawa dua mug di kedua-dua belah tangannya. Televisyen dilihat terpasang, menayangkan filem Korea kegemarannya, A Werewolf Boy. Terbit sekuntum senyuman pada wajahnya apabila matanya tertancap pada susuk tubuh seorang gadis berambut ikal di atas sofa. Itulah adik kesayangannya, Ayaka.

“Wuargh!!!”

“Kyaaa…!”

“Wahahahaha!” terburai tawa besar Rei kerana telah berjaya memeranjatkan adik perempuannya itu. Sambil meletakkan mug di atas meja kopi, kepalanya digeleng beberapa kali. Sisa tawa masih kedengaran.

“Abang! Jahat!” marah Ayaka sebelum tangannya hinggap pada paha Rei.

“Hahaha! Tu la… fokus sangat!” ejek Rei seraya menoleh pada tv yang terpasang. “Dah sampai scene mana ni?” soalnya pada Ayaka.

Tanpa menjawab soalan Rei, Ayaka sambung menonton. Tetapi wajahnya memang jelas kelihatan bengang.

“Oh… patutlah. Dah sampai scene Sunhee ajar Cheolsu menulis. Patutlah terkejut beruk.” Rei sengaja memerli adiknya. Terburai lagi tawa jahatnya apabila melihat tiada riak pada wajah Ayaka.

“Hey…” tangan Rei terus hinggap di atas kepala Ayaka. Diusap-usap kepala adik kesayangannya itu. Kali ini barulah Ayaka memberinya perhatian, tapi dengan mata yang tajam.

“Kenapa?” soal Ayaka.

“Hehehe… kalau Aya tengah marah, abang buat macam ni ajelah. Macam Sunhee selalu buat kat Cheolsu. Hee…” jawab Rei sebelum tersengih.

“Tak kelakarlah, abang. I’m not a werewolf…”

Rei terus membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Ayaka. Kepalanya disengetkan.

“Eh… ya ke?”

“Yalah! Abang ni!”

Rei mengangkat kening sebelah dan garu kepala yang tidak gatal.

“Well…” Rei berjeda sebelum menyambung, “it’s so confusing. You’re definitely not a werewolf but you act like one.”

“Apa maksud abang?!” Ayaka segera menyoal dengan mata mencerlung memandang abangnya. Wah… sekarang dia rasa seperti hendak mencekik leher si abang yang nakal di sebelahnya ini.

Rei merenung adiknya sambil senyum senget. Ah… tiba-tiba dia terasa senyuman sengetnya hampir menandingi senyuman senget Kai EXO yang seksi dan nakal. Agak logik juga kan? Wahaha! Maaf...

“Sebab Aya garang gila!” jawab Rei sebelum ketawa lagi.

Mata Ayaka membulat.Wah… tengok! Sekarang ni dia betul-betul mahu mencekik leher abangnya! Bantal yang berada di atas sofa diambil dan sepantas kilat dia memukul badan Rei dengan bantal tersebut. Rasakan!

“Hei hei hei! Sakitlah!” luah Rei sambil menepis-nepis serangan bantal yang dilancarkan oleh adiknya.

Ayaka pula, walaupun serangan bantalnya ditepis berkali-kali, namun tangannya tetap tidak mahu berhenti menyerang.

“Aya…!” jerit Rei seraya memegang tangan Ayaka, membuatkan gadis itu terdorong ke hadapan. Tiba-tiba suasana menjadi senyap apabila tubuh mereka berdua berada dekat antara satu sama lain.

“Aya…” perlahan suara Rei sewaktu menuturkan lagi nama Ayaka, sambil matanya tidak lepas daripada menatap mata cantik milik Ayaka.

Untuk seketika, Ayaka terhanyut dalam pegangan Rei, seorang jejaka yang bergelar abangnya, tapi hanya pada status, bukan pada keturunan. Rei, abang angkatnya sejak umurnya 10 tahun. Rei, yang amat sayangkannya. Tapi Rei sayangkannya sebagai orang lain, bukan sebagai seorang adik. Dan dia pula, hatinya bukan pada Rei tapi pada Shoumiki.

“Erk! Lepas…” pinta Ayaka apabila telefon pintar miliknya berdering minta diangkat. Ah… mummy yang call.

Rei yang baru tersedar terus menegakkan semula badannya. Wargh… dia kaku! Apa nak buat?! Oh ya! Terpandangkan mug di atas meja kopi, tangannya terus mencapai mug itu. Diteguknya dengan laju tanpa terfikir bahawa air kopi yang baru dibancuh itu masih panas. Aih… melecur lidahnya!

“Jadi…” Ayaka yang masih di telefon berjeda dan memandang abangnya sekilas. “mummy dan daddy tak boleh balik hujung minggu ni?”

Sebaik sahaja soalan tersebut keluar dari bibir Ayaka, Rei berasa terkejut sampai tak terasa lagi sakit di lidahnya. Dia terus berpaling pada adiknya di sebelah.

‘Aya…’ hati Rei berkata saat melihat bibir Ayaka mengukir sebuah senyuman. Senyuman… apa tu?

“Tak apa. Aya faham. Haha. Abang Rei kan ada. Okey… jaga diri!” Ayaka mematikan talian selepas selesai berbual. Tidak lama selepas itu, senyuman tadi terus sirna.

Rei segera meletakkan mug di atas meja kopi semula. Fokusnya kini hanya pada Ayaka seorang. Gadis itu diihat menundukkan mukanya, merenung kaki yang sedang bersila.

“Aya…” panggil Rei, tapi panggilan tersebut langsung tidak disahut oleh Ayaka.

“Isk… isk…” bunyi tangisan terhambur jua, membuatkan Rei terpanar.

Aya menangis!

Perlahan-lahan Rei bergerak mendekati Ayaka yang masih menunduk dengan bahu yang bergoncang-goncang. Rei mengangkat tangannya lalu dengan lembut, kepala adik kesayangannya itu diusap-usap. Usapan yang penuh dengan rasa cinta.

Ayaka angkat wajah, kemudian memandang Rei dengan mata yang berair. Pipinya basah.

“Abang, hujung minggu ni… hujung minggu ni…” Ayaka hendak menyambung.

“Tahu,” potong Rei sebelum tersenyum manis. “Hari lahir Aya.” Sambung Rei dengan senyuman yang semakin mekar.

Selepas Rei menuturkannya, pipi Aya sekali lagi basah dengan air mata. Tanpa dipinta oleh Rei, dia membenamkan wajahnya pada dada jejaka itu. Habis basah baju T yang dipakai oleh Rei dek air matanya. Tapi Ayaka tahu, Rei tak mungkin marahkannya. Tak mungkin…

“Aya… Abang kat sini. Abang takkan pergi ke mana-mana. Abang sentiasa ada di sisi Aya. Sentiasa!” Rei memujuk sambil tangannya tidak berhenti mengusap kepala adik angkatnya itu.

Tangis Ayaka tiba-tiba meninggi. Bagi Rei, tangis Ayaka bagaikan belati menghujam ke jantungnya. Namun dia membiarkan ia berterusan tanpa mahu menoktahkannya.

“Abang sayang Aya. I love you.” Ucap Rei untuk ke sekian kalinya walaupun dia tahu, luahan hatinya itu tidak akan dibalas oleh Ayaka.

Malam itu dicengkam kesedihan.


KEPALA Ayaka terangguk-angguk dengan telefon dilekapkan pada telinga kanannya. Wajahnya kelihatan agak serius ketika bercakap dengan seseorang di talian. Kadang-kadang dahinya berkerut kerana memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang berlegar-legar dalam kepalanya.

“Oh, tak! Aku rasa idea tu bukanlah idea yang bagus. Tak apalah Reina. Bila aku dapat idea untuk hapuskan perempuan tu, kau orang pertama yang akan tahu. Tapi, kau mesti sabar. Okey? Bye.”

Ayaka mematikan talian. Tiba-tiba telinganya mengutip satu suara yang memanggil namanya membuatkan dirinya dipagut oleh kejutan yang mendorong dia untuk berpusing ke belakang.

“Abang!” mulut Aya ternganga diiringi oleh mata yang terbuntang memandang kelibat Rei di muka pintu biliknya.

Hati Ayaka jadi resah apabila mulut Rei tidak mengeluarkan sebarang suara beserta wajah yang kosong. Tiada perasaan, tidak seperti wajah yang selalu ditunjukkan sebelum ini. Masing-masing mengunci mulut, membiarkan masa berlalu dengan kesejukan malam.

Mata tajam milik Rei memancarkan seribu satu perasaan yang tidak diketahui oleh Ayaka. Tubuh gadis itu mula menggigil menggambarkan rasa takut yang sedang bergelora dalam hati. Akalnya sudah membayangkan bermacam-macam perkara buruk berdasarkan riak wajah Rei yang dilihatnya.

“Ab…” Belum sempat Ayaka menghabiskan panggilan itu, Rei terus membuka bicaranya dengan soalan yang semakin membuatkan Ayaka dihambat keresahan.

“Betul ke apa yang abang dengar tadi?”

Lidah Ayaka kelu. Dia rasa tidak mampu untuk menjawab soalan Rei itu. Ia nampak senang, namun amat sukar baginya untuk menjawab apabila orang yang menyoal itu Rei. Walaupun dilanda keresahan, tetapi mindanya tetap ligat berputar mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Rei.

“Abang, sebenarnya…”

Siap dengan tangan yang dilipat ke dada, Rei mengulangi soalannya. Kali ini suaranya kedengaran lebih tegas.

“Abang tanya, betul ke apa yang abang dengar tadi?”

Ayaka tersentak tatkala disoal sebegitu oleh Rei. Mujurlah jantungnya duduknya masih kemas di dalam dada. Lalu lambat-lambat walaupun dalam gaya teragak-agak, dia mengangguk juga dalam keterpaksaan. Niat awalnya ingin menafikan, tetapi sikap Rei yang ditunjukkan pada saat itu membatalkan niat tersebut.

Dengan penuh rasa kesal, Rei menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kesal melihat sikap gadis kesayangannya itu. Ayat Ayaka yang didengarinya secara tidak sengaja tadi kembali terngiang di dalam kepalanya. Dia tidak mengangka bahawa gadis seperti Ayaka sanggup tunduk pada kejahatan.

Rei tersedar semula. Tidak! Dia tidak akan membiarkan perkara itu menguasai Ayaka dan juga dirinya.

“Ayaka, abang mohon, tolonglah jangan terus cari idea untuk hapuskan orang,” rayu Rei sambil merenung ke anak mata Ayaka.

Keresahan dan ketakutan yang membelenggu diri Ayaka tadi serta-merta hilang sebaik-baik sahaja mendengar rayuan Rei itu. Terus sahaja dia menunjukkan wajah bengisnya.

“Tak! Abang tak kenal siapa dia! Hati Aya ni hancur… hancur tengok lelaki yang Aya suka selama ni kena rampas dengan perempuan lain!” akhirnya bibir Ayaka memuntahkan perasaan hatinya.
Rei terus terdiam seribu bahasa tatkala mendengar ayat terakhir Ayaka. Selama ni… hati gadis itu ada pada lelaki lain? Ia sudah dicuri?

Namun Rei tetap tidak mahu berdiam diri. Dia tidak mahu hati orang lain pula hancur akibat rancangan jahat Ayaka.

“Tapi abang tak kiralah sama ada abang kenal dia atau tak, abang tetap nak Aya batalkan niat Aya untuk hapuskan dia. Itu tak betul!”

Nafas Ayaka semakin kuat naik dan turun. Ketika ini hanya wajah Shoumiki dan wajah Ayumi sahaja yang berlegar dalam ruang kepalanya. Kebenciannya terhadap Ayumi meluap-luap.

“Habis tu apa yang betul bagi abang? Hah?! Abang tahu ke cara lain? Tak kan?”
Rei menggelng lagi.

“Aya, ini tak betul. Ayaka sebenar bukan macam ni. Janganlah hanya disebabkan cinta, Aya jadi macam ni. Abang tak sanggup tengok hati Aya terseksa. Abang tak nak tengok hati orang lain pun terseksa disebabkan niat Aya tu!”

“Habis tu, abang nak Aya ikut cara abang ke? Aya kena tunggu lelaki yang Aya suka tu macam abang tunggu Aya selama ni?!” terlepas lagi ayat-ayat pedas daripada bibir Ayaka, cukup untuk menyentap hati lelaki Rei.

Akhirnya Rei menganggukkan kepalanya. Itu bukan petanda bahawa dia sudah putus asa, tetapi kerana hati dan otaknya penat dengan segala peristiwa yang telah berlaku hari ini.

“Fine…” itu perkataan terakhir daripada bibir Rei sebelum dia mengangkat kaki dari kamar tidur Ayaka.

Tubuh Ayaka melorot ke bawah sehingga ke lantai selepas Rei pergi dari situ. Dia menyesal.

P/S: Post ini mungkin akan menjadi last post for this year. Wish me luck the upcoming SPM. Dengan doa sepanjang usaha dan tawakkal setelah berusaha, kami pasti boleh! ^^ Sayang pembaca <3

<Rei>
Siapa kenal jejaka ini? Saya tak kenal tapi main save aje. :P

Assalamualaikum...