Saturday 4 May 2013

My Prince 8


(Yui Aragaki as Ayumi Masakoto) ;)

AWAL-AWAL lagi Shoumiki sudah bersiap dengan kemeja merah lengan panjang dan seluar jean pendek paras lutut yang berwarna biru. Rambutnya diacak sedikit dengan menggunakan gel rambut. Dia kelihatan sungguh segak dengan penampilan begitu. Setelah berpuas hati melihat penampilannya di hadapan cermin, Shoumiki tersenyum sendiri.
       “Wah, cantik!”
      Shoumiki mengatur langkah ke luar bilik tidur. Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara yang sudah lama menunggu di luar biliknya dipandang. Tangannya menghulurkan sekeping kertas kecil kepada mereka berdua. Kertas kecil itu bertukar tangan.
       “Tu alamat restoran yang baru buka empat hari yang lepas. Saya ada tugas untuk awak berdua.”
       Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara terkejut. Apa lagi Shoumiki nak mereka buat? Banyak hal betul!
      “Tuan Muda Miki, Pemandu Tabe pun dah lama tunggu kat luar. Mari bertolak sekarang,” Pengawal Tahara bersuara.
       Shoumiki mengangguk sebelum melangkah ke luar vila dan masuk ke dalam kereta.

***
AYUMI duduk sambil menopang dagu di kaunter pembayaran. Kali ini giliran dia pula untuk berehat daripada melayan pelanggan. Biar kakak-kakaknya pula yang mengambil tugas sebagai pelayan restoran. Dia penat kerana terlalu ramai pelanggan yang datang hari itu. Lagipun hari itu hari cuti, jadi memang ramailah pelanggan yang singgah ke restoran mereka.
      “Yumi, ada dua orang lelaki kat luar restoran tu yang nak jumpa kamu. Lagi satu, mereka kata nak pinjam kamu sekejap hari ni,” tiba-tiba Encik Masakoto yang baru melangkah baru ke dalam restoran memberitahu Ayumi.
       Ayumi tersentak. Dia mengangkat wajah dan memandang papanya dengan pandangan hairan. Dahinya berkerut. Kenapa pulak ada orang nak jumpa aku? Dan siapa pulak orang tu? Aku kenal ke? Setahu aku, tak ramai orang yang aku kenal kat Tokyo ni. Takkanlah classmates aku kut.
       “Siapa, papa?” Ayumi menyoal ingin tahu.
       “Tak tahu. Tapi papa pun tak tahu kenapa papa boleh percayakan mereka waktu mereka kata nak pinjam kamu sekejap hari ni,” Encik Masakoto menjawab.
       Mata Ayumi membulat. Dibuatnya aku kena culik, tak ke haru nanti? Hisy papa ni la! Kepalanya digeleng-geleng. “Nak buat apa pinjam Yumi? Ada hal penting ke?” soalnya.
      Encik Masakoto hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tetapi kemudian dia mendekatkan mulutnya ke telinga Ayumi. “Tapi papa dapat tengok gaya mereka tu macam pengawal peribadi je,” bisiknya.
       Sekali lagi dahi Ayumi berkerut. Ceh! Papa ni tahu je. “Mana papa tahu?” soalnya lagi.
       Encik Masakoto tersenyum. “Dulu papa pun ada bodyguards la. Mestilah papa tahu,” jawabnya.
       “Papa bagi izin macam tu je? Dibuatnya nanti dia orang culik Yumi, tak ke haru? Papa tak risau?”
       “Tak. Sebab kamu ada taekwondo. Karate pun ada. Kungfu pun kamu ada kan?”
       Menjegil mata Ayumi. “Papa! Macam tu pulak dia jawab?”
     Encik Maskoto tertawa. “Tak adalah. Papa gurau je. Dari awal lagi papa dah minta nombor telefon dia orang. Muka dia orang pun papa ingat.”
     Hmm... yalah tu! Ayumi senyum sahaja. Apron yang tersarung di tubuh segera ditanggalkan sebelum bangkit dari kerusi dan mengatur langkah ke luar restoran. Ah tak lupa juga dia membawa telefon bimbitnya bersama. Takut apa-apa yang tidak diingini berlaku nanti!
      Sebaik sahaja kaki Ayumi memijak lantai di luar restoran, dua orang lelaki tua yang sejak tadi setia menunggu kedatangannya terus mendapatkannya. Ayumi kelihatan terpinga-pinga apabila dua orang lelaki tua yang kemas berpakaian seperti orang pejabat itu menunduk hormat di hadapannya.
     “Saya Pengawal Kaname dan ini Pengawal Tahara,” salah seorang daripada dua orang lelaki itu memperkenalkan dirinya dan rakan sekerjanya.
       Betullah sangkaan papa! Dia orang berdua ni pengawal! Ayumi bersuara dalam hati.
       Ayumi menunduk. “Err... apa hal penting ni sampai cakap dengan papa saya yang awak berdua nak pinjam saya?” soalnya.
    Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara berpandangan sesama sendiri. “Err...” mereka tidak dapat menjawab soalan Ayumi.
       “Macam ni la. Apa kata Cik Yumi ikut kami dulu. Tuan muda kami tengah tunggu dalam kereta,” akhirnya Pengawal Kaname bersuara memberi arahan.
      Walaupun berasa takut, tetapi entah mengapa Ayumi terasa bersalah pula jika tidak menurut. Jadi dia memberi satu anggukan. Dia menuruti langkah kedua-dua lelaki itu sehingga sampai di tepi sebuah kereta mewah yang terparkir tidak jauh dari restoran keluarganya. Sempat lagi dia memandang ke belakang, ke arah Masashi Korean Restaurant. Janganlah ini jadi kali terakhir melihat restoran itu.
       Ayumi mengerdipkan matanya beberapa kali. 'Haish! Apa aku ni? Fikir yang bukan-bukan je! Apalah! Minta-minta tak ada perkara buruk berlaku pada diri aku nanti. Kalau orang ni nak culik aku, siaplah dia! Keluar semua ilmu pertahanan diri aku nanti. Jangan main-main!'
       Ayumi memandang semula ke hadapan. Tiba-tiba tingkap kereta di tempat duduk penumpang turun dengan sendiri. Wajah yang tiba-tiba terjengul ke luar tingkap membuatkan jantung Ayumi hampir terhenti. Matanya membulat. Putera Ais! Ni Putera Ais kan?! Apa yang dia buat kat sini?! Hurgh!
       Shoumiki melemparkan satu senyuman yang cukup manis buat Ayumi yang masih berada di luar kereta. “Hai!” dia menegur.
       Lebih baik aku lari cepat! Fikir Ayumi. Tanpa berfikir panjang, dia mengundur laju ke belakang dan bersedia untuk lari. Namun tiba-tiba dia terdengar Putera Ais itu menjerit ‘Tangkap dia!’. Tidak sempat dia lari apabila Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara sudah pun mencapai lengannya. Ayumi meronta-ronta namun berapalah sangat kudratnya sebagai seorang gadis jika hendak dibandingkan dengan kudrat dua lelaki yang sudah siap memegang kedua-dua belah lengannya.
       “Kami minta maaf!” Pengawal Kaname bersuara.
       Ayumi diheret masuk ke dalam kereta mewah tadi. Namun dia tidak mahu berhenti melepaskan diri. Dia takkan berhenti sampai berjaya melepaskan diri daripada Putera Ais ini! Dia tidak mahu bersua muka dengan Putera Ais ini! Tidak!!!
     Tiba-tiba rontaan Ayumi terhenti sebaik sahaja dia terasa sesuatu yang melingkari pinggangnya. Bulat terus matanya. Pandangan dijatuhkan ke arah pinggangnya. Huh?! Putera Ais tu ke yang peluk pinggang aku ni? Berani dia...!
       Buk! Satu tumbukan tepat mengenai perut Shoumiki. Shoumiki mengerang kesakitan. Pergh! Senak gila! Perempuan ni memang dari hari tu lagi saja nak bunuh aku!
       Shoumiki tidak mahu mengalah. Walaupun ditumbuk di perut, tetapi tangannya yang sedang melingkari pinggang Ayumi tidak mahu dilepaskan.
       “Lepaslah! Lepaskan saya!” Ayumi menjerit minta dilepaskan. Susah dia mahu melepaskan diri akibat terus ditolak oleh Pengawal Kaname. Pengawal Tahara pula telah diarahkan untuk berjaga di belakang Pengawal Kaname.
       Shoumiki semakin menguatkan pelukan dan menarik tubuh Ayumi sehingga tiba-tiba tubuh gadis itu terdorong ke arahnya. Ayumi terdiam. Begitu juga dengan Shoumiki. Kini posisi mereka berdua berubah. Kepala Ayumi terjatuh ke dada Shoumiki. Tangan Shoumiki pula masih berada di pinggang Ayumi. Mata mereka saling bertemu. Keadaan mereka saat itu mungkin akan menimbulkan syak wasangka orang lain.
      Satu saat... dua saat... tiga saat... empat saat... lima saat...! Shoumiki cepat-cepat menolak tubuh Ayumi sehingga gadis itu tertolak ke tepi. Ayumi pula terus berhenti meronta. Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara terkejut dengan apa yang mereka lihat tadi. Pemandu Tabe yang berada di tempat duduk pemandu juga terkejut. Tetapi mereka buat-buat tidak tahu.
       Pelik! Ayumi tidak mahu meronta lagi ke?
       “Pengawal, masuk cepat!” arah Shoumiki.
      Pengawal Kaname duduk di tempat duduk penumpang di belakang manakala Pengawal Tahara pula duduk di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Setelah semuanya siap, Pemandu Tabe memecut kereta.
       Lama keadaan di dalam kereta diresapi hening sampailah Ayumi bersuara. “Hei, awak nak bawa saya ke mana hah?” dia menyoal Shoumiki dengan suaranya yang sengaja ditinggikan.
       “Vila saya.” Selamba saja Shoumiki menjawab.
       “Apa?!” bulat mata Ayumi. Wajahnya menyinga. Dia nak bawa aku pergi vila dia? Gila ke apa?!
       Shoumiki melemparkan senyuman sinis buat Ayumi. Apa hal pandang aku macam nak makan aku? Kau fikir aku takut? “Huhu... takutnya!” dia sengaja mengejek Ayumi.
    Ayumi memandang Shoumiki dari atas ke bawah dengan pandangan yang tajam. Jelingan maut dilemparkan. Mamat ni nak kena pelangkung dengan aku ke apa? Sengaja cari pasal!
       “Apa? Jeling-jeling. Sakit mata ke?”
       Menyampah! Ayumi malas hendak layan. Lebih baik dia kunci mulut dan tunggu saja sampai di vila milik Putera Ais ini!
       “Ini Vila Sakurai,” Shoumiki menyambut Ayumi di pintu utama Vila Sakurai.
      Sewaktu melihat pemandangan di halaman Vila Sakurai pun Ayumi sudah terpukau, inikan pula sewaktu melihat ruang dalam Vila Sakurai. Cantik sungguh dekorasi ruang tamunya. Dia terasa seperti berada di dalam istana sahaja. Jujur, dia memang sudah terpukau oleh keindahan Vila Sakurai itu.
       Memori Ayumi mengimbas kembali sewaktu dia masih tinggal di Fukuoka. Dia juga pernah tinggal di vila. Vila itu diberi nama Vila Masashi. Namun Vila Sakurai ini 2 kali ganda lebih cantik daripada Vila Masashi.
       “Ayumi!” panggilan Shoumiki membuat Ayumi tersentak. “Ikut saya,” arah Shoumiki sebelum mengatur langkah ke tingkat atas.
       Ayumi hanya menurut. Langkahnya terhenti apabila Shoumiki sampai di hadapan sebuah pintu. Tiba-tiba saja dia rasa gementar.
       'Dia nak bawa aku masuk bilik ke? Hish dia ni la! Kalau dia buat apa-apa kat aku dalam bilik dia tu, macam mana? Naya aku nanti!' Dia sudah menyangka yang bukan-bukan.
       “Ayumi!” sekali lagi, paggilan Shoumiki menyentakkan Ayumi. “Jangan berangan. Masuk cepat!”
       Ayumi mencebik. “Ceh! Siapa yang berangan?”
      Lambat-lambat, Ayumi menuruti langkah Shoumiki sehingga kakinya menapak masuk ke dalam bilik itu. Dia memerhatikan setiap pergerakan Shoumiki sebagai langkah berhati-hati. Dia perempuan. Shoumiki pula lelaki. Dahlah muka lelaki ini tidak boleh dipercayai langsung! Hensem je lebih!
       Mata Ayumi membulat sebaik sahaja melihat Shoumiki mengunci pintu bilik itu. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang, sekencang angin ribut dan puting beliung! Rasa takut semakin menghampiri dirinya.
       Nak buat apa pulak dia pergi kunci pintu tu? Mama!!!
      Shoumiki memandang wajah Ayumi dengan pandangan hairan. Dia ni dah kenapa? Bulat gila mata dia tu! Hai... takut ke? Hatinya ketawa. “Hoi! Besarnya mata? Awak kenapa?” dia menyoal kasar. Tiba-tiba sahaja akalnya mandapat idea nakal. Haha!
       Ayumi tersentak lagi. Dia menggeleng laju. Namun tiba-tiba Shoumiki menapak ke hadapan, ke arahnya. Semakin dekat Shoumiki dengannya, semakin dia cuba untuk menjauhi lelaki itu dengan menapak ke belakang. Setapak demi setapak dia mengundur, tetapi langkahnya itu terhenti akibat terlanggar dinding di belakangnya.
      Shoumiki sengaja mengukir senyuman jahat. Dia menolak bahu Ayumi. Akibat ketinggian Ayumi yang tidak jejak bahunya, dia terpaksa membongkokkan sedikit tubuhnya. Kedua-dua tangan gadis itu dipegang kejap. Takut dia akan ditampar lagi.
       Ayumi semakin takut. Mamat ni kenapa?! Tangannya cuba dilepaskan namun gagal. “Awak... nak buat apa ni?” suaranya perlahan saja dan kedengaran menggeletar. Degup jantungnya kembali menjadi tidak normal.
       Shoumiki tidak mempedulikan soalan Ayumi. Dia semakin mendekatkan wajahnya ke wajah Ayumi. Tetapi sewaktu bibirnya hampir mengenai bibir Ayumi, dia terus melepaskan kedua-dua belah tangan Ayumi dan menolak kepala Ayumi ke tepi sehingga gadis itu tertolak ke tepi. Acah je tadi tu! Hahaha!
       “Awak ni dah kenapa?!” Ayumi jadi geram dengan perbuatan jejaka yang sememangnya annoying itu.
       Shoumiki tergelak kecil. “I’m just joking!
      Ayumi mengutuk-ngutuk Shoumiki dalam hati. ‘Gurau? Tu cara kau gurau ke? Menyampah! Annoying gila! Mentang-mentang muka tu hensem. Heh, fikir aku takut? Aku akan bersedia lepas ni! Tengoklah!’
       “Gila!” sepatah perkataan yang keluar dari bibir Ayumi itu saja sudah membuatkan Shoumiki rasa hendak melenting. Ayumi kini nampak kecil sahaja di matanya.
       “Awak kata apa tadi?” Shoumiki menyoal. Tajam dia memandang Ayumi.
       “Saya tak kata apa-apa pun!” Ayumi enggan mengaku. Ceh! Dalam hati je berani lebih!
      Shoumiki diam. Dia malas hendak layan kerenah gadis itu. Sekarang dia cuma mahu berbincang tentang rancangannya ingin menlantik Ayumi sebagai pembantu peribadinya.
       Ayumi mengangkat keningnya. Aik? Diam dah? Cepat betul perangai dia ni berubah kan? Baru berapa hari kenal dia je aku dah kena berhadapan dengan perangai dia yang entah apa-apa! Tak tahulah pulak lepas ni kalau aku jadi maid dia. Apa la nasib aku nanti kan? Hmmm...
     “Saya culik awak ada sebab. Bukan main culik je,” Shoumiki mula bersuara selepas bebarapa ketika berdiam diri. Perkataan ‘culik’ ditekan. Dia sudah melabuhkan punggung di atas katil empuknya.
       Ayumi tertawa kecil membuatkan Shoumiki memandangnya kehairanan. “Memanglah orang menculik ada sebab. Ada ke orang menculik sebab nak main-main? Lawaklah awak ni!” Dia berseloroh.
       Kedengaran Shoumiki mendengus. “Ikut suka sayalah nak guna ayat apa. Yang penting awak faham. Ke otak awak memang lembap sangat sampai susah nak cerna maksud saya?” dia menyindir.
       Ayumi terdiam. ‘Tengok, tengok! Berubah lagi perangai dia! Apa-apa jelah.’
       “Kut ya pun, duduklah dulu. Jangan asyik berdiri tercegat kat situ,”
       Ayumi malu sendiri apabila tersedar bahawa dia masih berdiri sedangkan Shoumiki sudah pun duduk. Mata Ayumi segera meliar mencari tempat yang sesuai untuk dia duduk. Senyuman terlukis di bibirnya tatkala matanya tertancap pada sebuah sofa panjang di dalam bilik itu. Punggungnya dilabuhkan di situ.
        Shoumiki merenung wajah Ayumi dengan pandangan tajam.
       “Apa?” Ayumi buat muka selamba.
       “Apasal awak duduk situ pulak? Tak susah ke kita nak berbual nanti? Baik awak duduk dekat katil ni.”
      Ayumi hanya mencebik. “Eh, suka hati sayalah nak duduk mana pun. Yang penting duduk kan? Lagipun bukannya jauh sangat sofa ni dengan katil. Telinga saya tak pekak lagilah. Saya masih mampu dengar butir bicara awak,” dia membalas.
       ‘Yang penting saya tak duduk dekat dengan awak. Tak ingin pun!’ hati Ayumi menyambung.
       ‘Amboi, sampai macam tu sekali kau tak suka aku?’ Hati Shoumiki bersuara.
       “Saya nak awak setuju untuk jadi personal maid saya,” Shoumiki mula berbicara.
       Berkerut dahi Ayumi. “Personal maid? Oh, bukan maid je ke?” soalnya. Tidak silap dia, Shoumiki tidak pernah menyebut ‘personal maid’ pun selain ‘maid’.
       Shoumiki mendengus lagi. Cis, lembap betul perempuan ni la! Susah betul kalau dapat girlfriend yang blur macam dia ni!
       ‘Hai Miki... belum apa-apa lagi dah fikir pasal girlfriend ke?’
       ‘Senyap ah!’
       “Jadi awak setuju tak?” Shoumiki menyoal.
       Ayumi menghela nafas sebelum bersuara. “Kalau awak tanya saya, jawapan dari hati saya memanglah tak! Tapi nak buat macam mana kan? Memandangkan awak dah susah payah jejak saya, jadi penculik dan yang paling tak boleh blah sekali awak ugut nak kiss saya, jadi saya terpaksa setuju,” dia menekan perkataan ‘terpaksa’. Sedar sikit eh? Aku memang tak inginlah jadi maid or personal maid segala ni!
       Terhambur gelak Shoumiki. Ayumi sekali lagi pelik campur terkejut.
       ‘Tengoklah tu, tengok! Berubah lagi perangai dia. Apa ada unsur jenaka ke dalam ayat aku tadi? Aku rasa aku tengah sedap meluahkan perasaan marah dalam ayat aku tu. Ceh! Dia ni memang mamat tak ada perasaan la!’
      “Tapi jangan nak happy-happy dulu ya? Sebab saya belum maklumkan hal ni pada parents saya!” Ayumi menokok.
       Serta-merta tawa Shoumiki terhenti. Riak wajahnya tidak puas hati.
       Kali ini giliran Ayumi pula untuk menggelakkan Shoumiki.
       “Diamlah!” Shoumiki membentak sekaligus mendatangkan rasa gerun dalam diri Ayumi.
       Geram pula Ayumi. Dia ni memang jenis lelaki yang annoying ke? Perangai asyik berubah je! Kejap O.K, kejap K.O. Tak padan langsung dengan muka yang hensem tu.
      “Saya tak peduli. Awak kena jadi personal maid saya jugak. Bincang baik-baik dengan parents awak. Titik! Ah lagi satu, malam ni parents saya balik. Saya rasa mesti dia orang happy bila jumpa awak. Lagipun dia orang kenal sangat siapa parents awak,” kata-kata Shoumiki itu membuatkan Ayumi tersentak.
       “Dia orang kenal parents saya ke?” Ayumi menggaru-garu kepala. Siapa?
       Shoumiki mengangguk-angguk. “Yup, dan kalau awak nak tahu parents kita berdua ialah rakan dalam dunia perniagaan. Masakoto Kenji dan Takayama Kento. Wah...”
       Sekali lagi Ayumi terkejut. Takayama Kento? Rakan dalam dunia perniagaan? Rasa keliru dan ingin mengingati kembali memori lalu menguasai diri.
       Ayumi memetik jari di udara. Ah, rasanya dia sudah ingat! Dulu sewaktu papanya masih bergelar tokoh perniagaan, papanya selalu bercerita tentang rakan seperniagaannya yang paling rapat iaitu Takayama Kento. Patutlah...
       “Parents saya akan sampai tak lama lagi. Kita tunggu je,” Shoumiki memberitahu.
       Bulat terus mata Ayumi. ‘Eh, perlu ke aku jumpa dia orang? Takutlah!’

***
“KAMU Masakoto Ayumi? Betul ke ni?”
       Ayumi hanya mampu mengangguk-agguk sambil mengukir senyuman sebagai jawapan kepada soalan Puan Takayama itu. Lidahnya kelu.
       Sebaik sahaja melihat Ayumi mengangguk, terlihat sinar ceria pada wajah Puan Takayama dan juga Encik Takayama.
      “Wah, dah lama tak jumpa dia ni. Dah besar dah sekarang,” ujar Puan Takayama seraya mengusap lembut kepala Ayumi. ‘Comel juga dia, macam dulu!’ desis hatinya.
       “Macam mana dengan keluarga Masakoto sekarang? Kamu semua dapat hidup dengan selesa ke?” Encik Takayama menyoal. Gembira betul melihat kehadiran Ayumi.
      Ayumi terpaksa senyum walaupun dirasakan pahit. “Kami masih mampu hidup dengan selesa walaupun terpaksa hidup sebagai orang biasa. Nasib baik papa dan mama berjaya pinjam duit daripada bank untuk buka restoran,” jawabnya panjang lebar.
       ‘Eh, panjang pulak jawapan aku ek?’
       “Restoran? Apa nama restoran tu?” soal Puan Takayama.
       “Masashi Korean Restaurant.”
       “Wah! Korean? Mak cik kenal sangat dengan mama kamu tu. Dia memang pakar dalam bidang memasak ni lebih-lebih lagi makanan Korea! Tak sangka ya...” mata Puan Masakoto bercahaya.
      “Pak cik dah banyak kali cuba hubungi papa dan mama Yumi masa Syarikat Wind hampir bankrap, tapi gagal. Pak cik tak dapat nak bantu sampailah Syarikat Wind lingkup. Kalau papa kamu dapat dihubungi, tentu tak jadi macam ni kan?” Encik Takayama bersuara. Sayu wajahnya.
       “Hah? Tapi tak apalah, pak cik... err... tuan... kami dah bersyukur walaupun tak dapat hidup macam dulu. Dah kira okey la dapat buka restoran. Restoran tu pun dah hampir maju berkat usaha kami.”
       “Tak payah panggil tuan la. Panggil pak cik dah cukup. Kamu panggil isteri pak cik, mak cik pun dah cukup,” balas Encik Takayama dan disokong pula oleh Puan Takayama.
       Ayumi termalu sendiri. Ceh! Buat malu je.
      Ayumi memandang Shoumiki yang turut berada di situ. Sedari tadi, wajah Shoumiki tetap sama. Seperti wajah yang tiada perasaan. Dalam hati, Ayumi tertanya-tanya juga. ‘Putera Ais ni memang dilahirkan tanpa perasaan ke? Tengoklah muka dia tu. Macam tak ada apa-apa yang jadi je! Aku tengah bergelut nak jawab soalan-soalan parents dia ni!’
       Sedangkan Shoumiki waktu itu sudah berasa geram. Marah, tidak sabar, semua ada! Dari tadi dia tunggu bilalah mummy dan daddynya ingin membicarakan hal personal maid itu? Lagi cepat bukankah lagi bagus?
       “Ah, mak cik nak tanya ni. Kamu jawab sejujurnya ya?”
       Ayumi sudah mula rasa gelisah. Wajah Puan Takayama dipandang menunggu soalan.
      “Kenapa kamu nak jadi personal maid Miki? Kamu sanggup ke jadi personal maid ni? Kamu kan anak businessman, tak rasa janggal ke?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Puan Takayama.
       “Err...” Ayumi berfikir-fikir hendak jawab apa. Amaran Shoumiki sewaktu sebelum dia berjumpa dengan Encik dan Puan Takayama kembali menerjah kotak memorinya.
       “Ingat ni! Kalau parents saya tanya soalan yang berkait dengan hal ni, awak jawab je apa-apa. Tapi mesti bagi jawapan yang logik dan munasabah. Kalau tak, siaplah awak!”
      “Sebab papa pun dah tak jadi businessman. Lagipun memang Yumi nak bantu famili. Kesian tengok dia orang bertungkus lumus sara hidup kami. Yumi tak nak terkecuali daripada membantu,” Ayumi mengeluarkan jawapan yang dikira paling logik. Harap-harap diterima.
       Terlukis senyuman bangga pada wajah Puan Takayama dan suaminya sebaik sahaja jawapan itu yang keluar dari bibir Ayumi. Namun sebelum mereka senyum, Shoumiki sudah terlebih dahulu senyum memanjang.
       ‘Ceh! Ayumi, kau memang hebat!’ hati Shoumiki berkata gembira.
     “Bagusnya Yumi ni! Kamu sama macam papa kamu, sentiasa nak membantu orang di sisi,” Encik Takayama bersuara.
       “Tapi kamu sanggup jadi personal maid Miki ni? Kamu tak tahu perangai dia ni macam mana,” Puan Takayama sengaja menduga Ayumi.
       Mata Shoumiki membulat. “Mummy!”
       Ayumi terpandang ke arah Shoumiki. ‘Tahu pulak kau marah? Ingatkan hati kering sangat!’
       “Shh... diamlah! Biar Ayumi jawab,” marah Puan Takayama.
    Ayumi menunduk memandang ke arah lantai. “Sejujurnya, saya memang belum kenal perangai dia sepenuhnya. Tapi atas sebab tugas, saya akan cuba selami dan...” Ayumi berjeda seketika sebelum menyambung. “Saya akan cuba jadi personal maid yang baik dan bertanggungjawab terhadap tugas.”
      Puan Takayama dan suaminya mengangguk seraya mengukir senyum. Sedangkan Shoumiki yang mendengar pula sudah menyampah dengan jawapan Ayumi.
       ‘Masalahnya, aku lantik kau bukan sebab nak suruh kau jadi seorang yang bertanggungjawab atau apa ke, tapi aku cuma nak berada dekat dengan kau. Faham?’ hatinya berkata sendiri.
     Dah mula dah hati aku ni. Dah mula dah! Shoumiki cuba menahan perasaan. Dia berdehem membuatkan semua mata memandang ke arahnya. “Apa?” soalnya dengan wajah tidak berperasaan.
       Ayumi hanya menjeling. Menyampah!
       “Atau Yumi nak jadi personal maid Miki atas sebab lain?” Puan Takayama menduga lagi.
       Bulat mata Ayumi. “Err... maksud mak cik?”
       Puan Takayama senyum penuh makna. “Yalah... Miki tu kan hensem. Semua ada pada dia. Jadi Yumi nak jadi personal maid dia sebab nak dekat dengan dia kan?”
       Bulat mata Ayumi, menjegil. “Eh? Mana ada! Tak adalah! Yumi langsung tak teringin nak dekat dengan Putera Ais ni! Yumi langsung tak...” tiba-tiba saja kata-katanya terhenti setelah tersedar dia sudah terlepas cakap. Dia menekup mulutnya pantas. Hatinya mengutuk-ngutuk diri sendiri akibat keterlanjurannya.
       “Kelakar la kamu ni, Yumi!” Encik Takayama meluahkan tawanya.
       Shoumiki pula? Dia terus mengepal penumbuknya sebaik sahaja mendengar jawapan Ayumi tadi. Amboi... aku tahulah kau tak suka aku, tapi tak payahlah sampai gelar aku ni Putera Ais! Pandai betul!
       Ayumi tertunduk malu. Ah... bengangnya aku! Kau punya pasallah, Putera Ais!
      “Baru mak cik ingat. Miki ada cadangkan pada kami supaya sekolahkan kamu di Sekolah Tinggi Sakurai. Kamu setuju ke?” Puan Takayama menyoal.
       Kali ini soalan inilah yang membuatkan dada Ayumi terasa lebih sesak berbanding tadi. Apa yang dia harus jawab?
       ‘Ah, hentam sajalah!’
      “Err... pasal tu. Yumi takut la. Famili Yumi bukan macam dulu. Kalu dulu, bolehlah nak sekolah kat tempat macam tu. Tapi sekarang...” belum sempat Ayumi menghabiskan ayatnya, Puan Takayama memotong.
       “Ala... mak cik fahamlah. Kamu tahu tak, dulu parents kamu dah banyak tolong kami. Dulu hidup kami susah juga. Sampai la satu hari tu, papa Yumi pinjamkan kami wang untuk buka syarikat sendiri. Tengoklah, sekarang hidup kami dah senang sangat. Semuanya berkat pertolongan papa kamu, Yumi.”
       Encik Takayama mengiakan. “Betul. Sampai sekarang, kami tetap ingat jasa dia. Sebab tu kali ni biar kami pula yang tolong dia.”
      Ayumi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba mencerna maksud setiap kata-kata mereka itu, tetapi gagal. “Jadi?”
       Shoumiki yang menjadi pemerhati sedari tadi hampir tergelak melihat kelakuan Ayumi itu. Namun sedaya upaya dia menahan gelaknya daripada terhambur keluar. Apa punya orang ni? Lembap, blur! Hahahaha!
       “Jadi... pasal yuran sekolah tu, biar kami yang uruskan,” kata-kata Encik Takayama buat Ayumi terkejut.
       “Hah?”
       “Yumi... untuk pengetahuan kamu, kamilah pemilik Sekolah Tinggi Sakurai tu!” Puan Takayama tergelak.
Ayumi pula? Sudah tidak mampu berkata apa. Yang terlihat pada wajahnya hanyalah mata yang bulat tanda terkejut gila.
       Shoumiki senyum sinis. ‘Wah, tengoklah dia! Terkejut nak mampus! Hei, bangga tau aku jadi anak pemilik sekolah tu! Hohoho!
       “Macam ni la, apa kata balik ni kamu bincang balik dengan parents kamu? Mak cik risau juga kalau dia orang nak tarik balik keputusan dia orang benarkan kamu bekerja sebagai personal maid di sini,” Encik Takayama memberi cadangan.
       Ayumi hanya mampu mengangguk sedangkan dia sudah berasa gementar saat memikirkan reaksi papa dan mamanya apabila mendapat tahu tentang hal ini.

Ah~! OMJ! Comelnya Mario Maurer! #Mata bercahaya bak bintang berkerlipan di malam hari. Ececeh! XP

My Prince 7

Miura Haruma as Shoumiki Takayama. ;)

SEMINGGU sudah berlalu. Sudah lebih seminggu Ayumi menjalankan rutin harian sebagai orang biasa. Papa dan mamanya bersama-sama membuka restoran makanan Korea setelah mendapat pinjaman daripada bank. Untunglah mamanya mahir tentang makanan Korea. Yumika dan Umiha juga telah bersetuju untuk membantu papa dan mamanya menguruskan restoran tersebut. Mereka berdua turut meyebarkan tentang restoran itu di internet. Kadang-kadang Ayumi juga membantu tetapi tidak boleh selalu kerana dia masih bersekolah. Walaupun mereka sekeluarga berasa janggal sewaktu mula-mula hidup sebagai orang biasa, tetapi semakin lama mereka semakin terbiasa.
      Sudah lebih seminggu juga dia tidak dibelenggu masalah Putera Ais. Selama itulah hidupnya tenang sahaja. Tiada masalah hati, tiada masalah mental. Selagi hidupnya tidak diganggu oleh Putera Ais yang menyampah itu, semuanya okey! Dan dia juga sangat berharap Putera Ais itu tidak akan muncul lagi dalam hidupnya dan tidak menganggu hidupnya lagi. Semoga harapannya itu kekal sampai hujung nyawa.
      Cuma satu sahaja yang buat hidup Ayumi jadi tidak tenang. Hatinya sering gelisah disebabkan perkara ini.. Selama seminggu lebih ini, dia asyik rasa takut setiap kali berjalan atau berbasikal sendirian. Tidak kiralah sama ada sewaktu pergi atau pulang dari sekolah, sewaktu bersiar-siar pun ada sahaja rasa tidak enak dalam hatinya. Dia perasan ada seseorang yang selalu memerhatikannya dari jauh. Namun cepat-cepat perasaannya itu ditepis. Dia hanya buat tidak tahu sahaja, kononnya malas hendak layan perasaan tidak enak dalam hatinya.
       “Yumi, tolong ambilkan pesanan kat meja nombor 3 tu!” Puan Masakoto menjerit dari arah dapur restoran sekaligus mematikan lamunan Ayumi.
       “Baik!” Ayumi menurut arahan. Dia berjalan menuju ke arah meja makan nombor 3 yang terletak di penjuru restoran. Terdapat tiga orang gadis sedang duduk di meja makan tersebut. Ayumi menghadiahkan satu senyuman manis buat mereka bertiga. Pesanan diambil.
       Restoran keluarga yang diberi nama Masashi Korean Restaurant itu kelihatan agak sibuk pada hari itu. Semua pelanggan yang singgah pada hari itu kebanyakannya ialah pelanggan baru kerana restoran tersebut baru dibuka pada tiga hari yang lepas. Ramai juga pelanggan yang datang. Ada pelanggan yang datang dari luar daerah. Wajah mereka begitu bercahaya sewaktu pertama kali merasa makanan yang dipesan. Kata mereka, masakan Puan Masakoto sangat enak. Ada juga yang mahu tahu resipi makanan Korea Puan Masakoto. Sebelum pulang, mereka asyik berkata bahawa mereka akan datang lagi pada hari lain.
       “Syukurlah, ramai pelanggan yang datang hari ni,” Puan Masakoto bersuara setelah selesai mengemas restoran. Pintu utama restoran dimangga sebelum masuk ke dalam kereta.
Encik Masakoto mula memandu.
       “Seronok kan mama, bila makanan kita disukai pelanggan?” Ayumi yang duduk di belakang mamanya menyoal sambil senyum.
       Puan Masakoto mengangguk dengan wajah cerianya. “Mestilah seronok! Mama pun tak sangka yang restoran kita boleh jadi popular secepat ni. Semua ni berkat bantuan semua. Terima kasih!” ucapnya gembira.
       “Sama-sama!” Yumika, Umiha dan Ayumi membalas serentak. Kemudian mereka menghamburkan gelak.
      Encik Masakoto mengukir senyuman bahagia. Sebenarnya dia sangat berterima kasih pada Puan Masakoto. Masashi Korean Restaurant itu adalah hasil daripada idea isterinya itu sendiri. Sewaktu dia sedang tertekan dengan masalah syarikatnya yang sudah muflis dan juga masalah kewangan, isterinyalah yang banyak memberikan dorongan serta semangat. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik, cantik dan bijak seperti Puan Masakoto.
***
“BOS, saya dah dapat semua maklumat Ayumi yang bos nak. Bos nak saya bagi sekarang ke?”
       Shoumiki kelihatan agak terkejut mendengar kata-kata peyiasat peribadi di hadapannya itu. Dah dapat? Wah, cepat betul! Baru seminggu lebih. Bagus ni! Tanpa sedar, dia terus menganggukkan kepala tanda dia mahu.
       Sebaik sahaja Shoumiki mengangguk, penyiasat peribadi tersebut terus menghulurkan satu sampul surat coklat bersaiz A4 kepada Shoumiki. Tetapi sewaktu tangan Shoumiki ingin menyambut sampul surat tersebut, tiba-tiba penyiasat peribadi tersebut menarik semula sampul surat itu sambil menghulurkan tangannya yang sebelah lagi.
       Shoumiki buat muka poyo. Ceh! Nak duitlah tu! Apa? Kau fikir aku tak boleh bayar kau ke? Kalau tak ada duit, buat apa aku suruh kau jadi penyiasat peribadi aku? Heh, ni anak Takayama Kento, tokoh perniagaan terkenal kat Tokyo la! Masuk top 10 tau!
      Oleh sebab Shoumiki rasa tidak sabar lagi untuk memperoleh maklumat-malumat peribadi Ayumi, dia terus sahaja menghulurkan sampul surat coklat bersaiz sederhana besar kepada penyiasat peribadi di hadapannya itu. Kedua-dua sampul surat coklat kini telah bertukar tangan. Shoumiki memeriksa isi di dalam sampul surat coklat yang telah berada dalam tangannya. Dia tersenyum puas. Begitu juga dengan penyiasat peribadi tadi. Setelah melihat ada cek di dalam sampul surat coklat di tangannya, dia tersenyum puas.
       “You may go now,” arah Shoumiki kepada  penyiasat peribadi itu. “Pengawal Tahara, tolong hantarkan dia sampai luar kafe,” arahnya kepada Pengawal Tahara pula.
       Penyiasat peribadi itu segera bangkit dari duduk. Apabila dia sudah berdiri, Pengawal Tahara yang setia berdiri dengan Pengawal Kaname di belakang Shoumiki sedari tadi terus berjalan laju ke arahnya. Pengawal Tahara mengiringinya keluar dari kafe. Tidak lama selepas itu, Pengawal Tahara kembali semula ke dalam kafe.
       “Saya nak balik,” Shoumiki bersuara seraya bangun dari kerusi.
    Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara menundukkan badan serentak. Mereka  mengiringi Shoumiki sehingga sampai di hadapan kereta mewah milik keluarga Takayama. Pemandu Tabe yang sejak tadi menunggu di dalam kereta terus menghidupkan enjin. Setelah semuanya sudah berada di dalam kereta, kereta mewah milik keluarga Takayama itu meluncur laju membelah jalan raya.
      “Lambatnya balik?” satu suara muncul secara tiba-tiba saat kaki Shoumiki sudah melangkah ke dalam vila.
       “Kakak! Buat Miki terkejut aje,” Shoumiki mengurut-urut dadanya.
       Yuuna hanya mengukir senyum sinis.
       “Heh, apasal balik lambat sangat ni? Tengok jam dah pukul berapa sekarang!”
       Shoumiki melirik ke arah jam tangannya. “Eleh! Baru pukul 10 malam kut. Rileks la, Kak Yuuna. Lagipun, esok tak sekolah kan? Miki ada hal sikit tadi,” jawabnya.
       “Kita kena tidur awal. Tak elok tidur lambat,” Yuuna menegur.
      Shoumiki mencebik. “Mummy and daddy bukannya ada kat rumah pun. Dia orang selalu tak ada kat rumah, busylah sangat! So buat apa kita nak ikut sangat rules kan?” pandai dia menjawab.
       Yuuna hanya mampu menggeleng-geleng. Sudah malas untuk berdebat dengan adiknya yang seorang ini. Dia mengekori langkah Shoumiki yang sedang menuju ke arah bilik tidur dengan ekor matanya sahaja. Biarlah budak itu dengan dunianya.
       Kadang-kadang, Yuuna berasa pelik dengan sikap Shoumiki yang sukar dijangka dan asyik berubah tidak ikut masa. Sekejap ceria, sekejap nakal dan degil, sekejap dingin dan sekejap jadi pendiam. Dulu, sebelum berusia lapan tahun, Shoumiki tidak seperti itu. Dulu dia selalu ceria. Nakal itu memang ada, tetapi itu perkara biasa bagi seorang kanak-kanak. Tetapi dia tiada sikap dingin, dia bukan seorang yang degil dan juga bukan seorang yang pendiam dan dingin. Kadang-kadang dia boleh jadi seorang yang panas baran juga!
       Yuuna pernah membuat tekaan sendiri berdasarkan pemerhatiannya. Mungkin kematian datuk mereka yang membuatkan sikap Shoumiki berubah. Siapa tidak sedih kalau orang yang disayangi mati di hadapan mata sendiri? Ya, mendiang datuk mereka mati dibunuh di hadapan mata Shoumiki. Sejak datuk mereka meninggallah, Shoumiki jadi ‘orang lain’.
***
SHOUMIKI menghempaskan punggung ke atas katil selepas melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu sudah dikunci awal-awal lagi. Itu langkah keselamatan! Dibuatnya Yuuna atau Erika masuk secara tiba-tiba dengan pintu yang tidak berkunci, mati dia!
       Shoumiki membuka sampul surat coklat bersaiz A4 tadi dengan pantas. Nampak sangat dia sudah tidak sabar! Segala isi di dalam sampul surat tersebut dikeluarkan. Ada gambar dan kertas bertulis maklumat tentang Ayumi. Shoumiki meneliti setiap maklumat Ayumi.
       Mata Shoumiki terbeliak.
      “Ayah dia, Masakoto Kenji ke? Pemilik Syarikat Wind yang baru bankrap tu? Takkanlah! Macam mana dia orang hidup sekarang?”
      Kenal sangat dia dengan nama Masakoto Kenji itu. Dia itulah sahabat ayahnya dalam dunia perniagaan. Tetapi dia sudah lama tidak dengar ayahnya bercerita tentang Masakoto Kenji. Ayahnya tokoh perniagaan terkenal di Tokyo. Jadi tidak hairanlah kalau dia boleh mengenal hampir semua nama tokoh-tokoh perniagaan yang terkenal di Jepun.
       Shoumiki meneruskan pembacaan.
      “Dia ada dua orang kakak, Masakoto Yumika dan Masakoto Umiha. Jadi dia ni anak bongsu? Eish, mesti anak manja ni! Dahlah asal daripada keluarga kaya!” Shoumiki mengagak.
Pembacaan diteruskan lagi.
       “Wah, Ayumi! Kita sebayalah! Kau lahir pada 9 Julai. Birthday aku, 27 Jun. Ceh! Tak jauh pun hari. Tapi nasib baik aku lagi tua.”
       Mata Shoumiki membulat lagi.
     “Tak adalah jauh sangat tempat tinggal dia dari kawasan vila aku ni. Dia pernah tinggal kat Fukuoka sebelum pindah ke Tokyo. Keluarga dia berpindah sebaik saja Syarikat Wind diisytiharkan bankrap. Jadi vila dia orang ditinggalkan macam tu aje ke? Ruginya!”
      Setelah habis meneliti segala maklumat Ayumi, Shoumiki membelek gambar-gambar yang turut disertakan sekali dengan maklumat Ayumi. Banyak gambar yang telah diambil penyiasat peribadi itu. Ada gambar Ayumi  dengan keluarganya sedang keluar bersama. Ada gambar Ayumi berbasikal sewaktu baru pulang dari sekolah dan...
       “Eh?” Shoumiki terkejut melihat gambar yang sedang berada di tangannya sekarang. “Masashi Korean Restaurant. Ni restoran keluarga dia ke? Aku rasa aku pernah jumpa iklan pasal restoran ni kat internet tempoh hari. Tapi sekali imbas je.”
       Shoumiki memetik jari ke udara. Lebih baik dia cari maklumat tentang Masashi Korean Restaurant itu di internet sekarang juga. Dia segera bangun dari katil dan menuju ke arah meja komputer di bilik tidurnya. Setelah komputer dibuka, laman web Google pula dibuka. Nama Masashi Korean Restaurant ditaip laju.
      Nah! Semua maklumat sudah keluar. Shoumiki menekan salah satu nama blog yang tertera di skrin komputernya. Setiap maklumat Masashi Korean Restaurant diteliti.
       “Baru dirasmikan pada tiga hari yang lepas, tapi dah ramai pelanggan yang datang. Mak dia pakai ilmu apa hah? Ramai sangat yang komen kata makanan Korea yang Puan Masakoto masak terlalu sedap. Ah lagi satu, pelanggan-pelanggan yang datang tu tak kenal ke siapa keluarga Masakoto yang sebenarnya? Pelik!”
       Shoumiki cepat-cepat menyalin alamat Masashi Korean Restaurant yang tertera di skrin komputer. Sambil mengukir senyuman lebar, dia memasang angan-angan. Esok dia ingin pergi ke restoran itu. Esok kan cuti sekolah. Jadi bolehlah dia ‘singgah’ sebentar di restoran itu. Nampaknya selepas ini Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara kena bersedia untuk menculik Ayumi esok. Hahaha!

Nah~ hadiah! ^_^

P/S: Huhu... Eyfa demam la~ Tak baik-baik ni. :'( ubatnya, kena jumpa pakwe sekarang jugak! Hehehe. XP