Saturday 4 May 2013

My Prince 7

Miura Haruma as Shoumiki Takayama. ;)

SEMINGGU sudah berlalu. Sudah lebih seminggu Ayumi menjalankan rutin harian sebagai orang biasa. Papa dan mamanya bersama-sama membuka restoran makanan Korea setelah mendapat pinjaman daripada bank. Untunglah mamanya mahir tentang makanan Korea. Yumika dan Umiha juga telah bersetuju untuk membantu papa dan mamanya menguruskan restoran tersebut. Mereka berdua turut meyebarkan tentang restoran itu di internet. Kadang-kadang Ayumi juga membantu tetapi tidak boleh selalu kerana dia masih bersekolah. Walaupun mereka sekeluarga berasa janggal sewaktu mula-mula hidup sebagai orang biasa, tetapi semakin lama mereka semakin terbiasa.
      Sudah lebih seminggu juga dia tidak dibelenggu masalah Putera Ais. Selama itulah hidupnya tenang sahaja. Tiada masalah hati, tiada masalah mental. Selagi hidupnya tidak diganggu oleh Putera Ais yang menyampah itu, semuanya okey! Dan dia juga sangat berharap Putera Ais itu tidak akan muncul lagi dalam hidupnya dan tidak menganggu hidupnya lagi. Semoga harapannya itu kekal sampai hujung nyawa.
      Cuma satu sahaja yang buat hidup Ayumi jadi tidak tenang. Hatinya sering gelisah disebabkan perkara ini.. Selama seminggu lebih ini, dia asyik rasa takut setiap kali berjalan atau berbasikal sendirian. Tidak kiralah sama ada sewaktu pergi atau pulang dari sekolah, sewaktu bersiar-siar pun ada sahaja rasa tidak enak dalam hatinya. Dia perasan ada seseorang yang selalu memerhatikannya dari jauh. Namun cepat-cepat perasaannya itu ditepis. Dia hanya buat tidak tahu sahaja, kononnya malas hendak layan perasaan tidak enak dalam hatinya.
       “Yumi, tolong ambilkan pesanan kat meja nombor 3 tu!” Puan Masakoto menjerit dari arah dapur restoran sekaligus mematikan lamunan Ayumi.
       “Baik!” Ayumi menurut arahan. Dia berjalan menuju ke arah meja makan nombor 3 yang terletak di penjuru restoran. Terdapat tiga orang gadis sedang duduk di meja makan tersebut. Ayumi menghadiahkan satu senyuman manis buat mereka bertiga. Pesanan diambil.
       Restoran keluarga yang diberi nama Masashi Korean Restaurant itu kelihatan agak sibuk pada hari itu. Semua pelanggan yang singgah pada hari itu kebanyakannya ialah pelanggan baru kerana restoran tersebut baru dibuka pada tiga hari yang lepas. Ramai juga pelanggan yang datang. Ada pelanggan yang datang dari luar daerah. Wajah mereka begitu bercahaya sewaktu pertama kali merasa makanan yang dipesan. Kata mereka, masakan Puan Masakoto sangat enak. Ada juga yang mahu tahu resipi makanan Korea Puan Masakoto. Sebelum pulang, mereka asyik berkata bahawa mereka akan datang lagi pada hari lain.
       “Syukurlah, ramai pelanggan yang datang hari ni,” Puan Masakoto bersuara setelah selesai mengemas restoran. Pintu utama restoran dimangga sebelum masuk ke dalam kereta.
Encik Masakoto mula memandu.
       “Seronok kan mama, bila makanan kita disukai pelanggan?” Ayumi yang duduk di belakang mamanya menyoal sambil senyum.
       Puan Masakoto mengangguk dengan wajah cerianya. “Mestilah seronok! Mama pun tak sangka yang restoran kita boleh jadi popular secepat ni. Semua ni berkat bantuan semua. Terima kasih!” ucapnya gembira.
       “Sama-sama!” Yumika, Umiha dan Ayumi membalas serentak. Kemudian mereka menghamburkan gelak.
      Encik Masakoto mengukir senyuman bahagia. Sebenarnya dia sangat berterima kasih pada Puan Masakoto. Masashi Korean Restaurant itu adalah hasil daripada idea isterinya itu sendiri. Sewaktu dia sedang tertekan dengan masalah syarikatnya yang sudah muflis dan juga masalah kewangan, isterinyalah yang banyak memberikan dorongan serta semangat. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik, cantik dan bijak seperti Puan Masakoto.
***
“BOS, saya dah dapat semua maklumat Ayumi yang bos nak. Bos nak saya bagi sekarang ke?”
       Shoumiki kelihatan agak terkejut mendengar kata-kata peyiasat peribadi di hadapannya itu. Dah dapat? Wah, cepat betul! Baru seminggu lebih. Bagus ni! Tanpa sedar, dia terus menganggukkan kepala tanda dia mahu.
       Sebaik sahaja Shoumiki mengangguk, penyiasat peribadi tersebut terus menghulurkan satu sampul surat coklat bersaiz A4 kepada Shoumiki. Tetapi sewaktu tangan Shoumiki ingin menyambut sampul surat tersebut, tiba-tiba penyiasat peribadi tersebut menarik semula sampul surat itu sambil menghulurkan tangannya yang sebelah lagi.
       Shoumiki buat muka poyo. Ceh! Nak duitlah tu! Apa? Kau fikir aku tak boleh bayar kau ke? Kalau tak ada duit, buat apa aku suruh kau jadi penyiasat peribadi aku? Heh, ni anak Takayama Kento, tokoh perniagaan terkenal kat Tokyo la! Masuk top 10 tau!
      Oleh sebab Shoumiki rasa tidak sabar lagi untuk memperoleh maklumat-malumat peribadi Ayumi, dia terus sahaja menghulurkan sampul surat coklat bersaiz sederhana besar kepada penyiasat peribadi di hadapannya itu. Kedua-dua sampul surat coklat kini telah bertukar tangan. Shoumiki memeriksa isi di dalam sampul surat coklat yang telah berada dalam tangannya. Dia tersenyum puas. Begitu juga dengan penyiasat peribadi tadi. Setelah melihat ada cek di dalam sampul surat coklat di tangannya, dia tersenyum puas.
       “You may go now,” arah Shoumiki kepada  penyiasat peribadi itu. “Pengawal Tahara, tolong hantarkan dia sampai luar kafe,” arahnya kepada Pengawal Tahara pula.
       Penyiasat peribadi itu segera bangkit dari duduk. Apabila dia sudah berdiri, Pengawal Tahara yang setia berdiri dengan Pengawal Kaname di belakang Shoumiki sedari tadi terus berjalan laju ke arahnya. Pengawal Tahara mengiringinya keluar dari kafe. Tidak lama selepas itu, Pengawal Tahara kembali semula ke dalam kafe.
       “Saya nak balik,” Shoumiki bersuara seraya bangun dari kerusi.
    Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara menundukkan badan serentak. Mereka  mengiringi Shoumiki sehingga sampai di hadapan kereta mewah milik keluarga Takayama. Pemandu Tabe yang sejak tadi menunggu di dalam kereta terus menghidupkan enjin. Setelah semuanya sudah berada di dalam kereta, kereta mewah milik keluarga Takayama itu meluncur laju membelah jalan raya.
      “Lambatnya balik?” satu suara muncul secara tiba-tiba saat kaki Shoumiki sudah melangkah ke dalam vila.
       “Kakak! Buat Miki terkejut aje,” Shoumiki mengurut-urut dadanya.
       Yuuna hanya mengukir senyum sinis.
       “Heh, apasal balik lambat sangat ni? Tengok jam dah pukul berapa sekarang!”
       Shoumiki melirik ke arah jam tangannya. “Eleh! Baru pukul 10 malam kut. Rileks la, Kak Yuuna. Lagipun, esok tak sekolah kan? Miki ada hal sikit tadi,” jawabnya.
       “Kita kena tidur awal. Tak elok tidur lambat,” Yuuna menegur.
      Shoumiki mencebik. “Mummy and daddy bukannya ada kat rumah pun. Dia orang selalu tak ada kat rumah, busylah sangat! So buat apa kita nak ikut sangat rules kan?” pandai dia menjawab.
       Yuuna hanya mampu menggeleng-geleng. Sudah malas untuk berdebat dengan adiknya yang seorang ini. Dia mengekori langkah Shoumiki yang sedang menuju ke arah bilik tidur dengan ekor matanya sahaja. Biarlah budak itu dengan dunianya.
       Kadang-kadang, Yuuna berasa pelik dengan sikap Shoumiki yang sukar dijangka dan asyik berubah tidak ikut masa. Sekejap ceria, sekejap nakal dan degil, sekejap dingin dan sekejap jadi pendiam. Dulu, sebelum berusia lapan tahun, Shoumiki tidak seperti itu. Dulu dia selalu ceria. Nakal itu memang ada, tetapi itu perkara biasa bagi seorang kanak-kanak. Tetapi dia tiada sikap dingin, dia bukan seorang yang degil dan juga bukan seorang yang pendiam dan dingin. Kadang-kadang dia boleh jadi seorang yang panas baran juga!
       Yuuna pernah membuat tekaan sendiri berdasarkan pemerhatiannya. Mungkin kematian datuk mereka yang membuatkan sikap Shoumiki berubah. Siapa tidak sedih kalau orang yang disayangi mati di hadapan mata sendiri? Ya, mendiang datuk mereka mati dibunuh di hadapan mata Shoumiki. Sejak datuk mereka meninggallah, Shoumiki jadi ‘orang lain’.
***
SHOUMIKI menghempaskan punggung ke atas katil selepas melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu sudah dikunci awal-awal lagi. Itu langkah keselamatan! Dibuatnya Yuuna atau Erika masuk secara tiba-tiba dengan pintu yang tidak berkunci, mati dia!
       Shoumiki membuka sampul surat coklat bersaiz A4 tadi dengan pantas. Nampak sangat dia sudah tidak sabar! Segala isi di dalam sampul surat tersebut dikeluarkan. Ada gambar dan kertas bertulis maklumat tentang Ayumi. Shoumiki meneliti setiap maklumat Ayumi.
       Mata Shoumiki terbeliak.
      “Ayah dia, Masakoto Kenji ke? Pemilik Syarikat Wind yang baru bankrap tu? Takkanlah! Macam mana dia orang hidup sekarang?”
      Kenal sangat dia dengan nama Masakoto Kenji itu. Dia itulah sahabat ayahnya dalam dunia perniagaan. Tetapi dia sudah lama tidak dengar ayahnya bercerita tentang Masakoto Kenji. Ayahnya tokoh perniagaan terkenal di Tokyo. Jadi tidak hairanlah kalau dia boleh mengenal hampir semua nama tokoh-tokoh perniagaan yang terkenal di Jepun.
       Shoumiki meneruskan pembacaan.
      “Dia ada dua orang kakak, Masakoto Yumika dan Masakoto Umiha. Jadi dia ni anak bongsu? Eish, mesti anak manja ni! Dahlah asal daripada keluarga kaya!” Shoumiki mengagak.
Pembacaan diteruskan lagi.
       “Wah, Ayumi! Kita sebayalah! Kau lahir pada 9 Julai. Birthday aku, 27 Jun. Ceh! Tak jauh pun hari. Tapi nasib baik aku lagi tua.”
       Mata Shoumiki membulat lagi.
     “Tak adalah jauh sangat tempat tinggal dia dari kawasan vila aku ni. Dia pernah tinggal kat Fukuoka sebelum pindah ke Tokyo. Keluarga dia berpindah sebaik saja Syarikat Wind diisytiharkan bankrap. Jadi vila dia orang ditinggalkan macam tu aje ke? Ruginya!”
      Setelah habis meneliti segala maklumat Ayumi, Shoumiki membelek gambar-gambar yang turut disertakan sekali dengan maklumat Ayumi. Banyak gambar yang telah diambil penyiasat peribadi itu. Ada gambar Ayumi  dengan keluarganya sedang keluar bersama. Ada gambar Ayumi berbasikal sewaktu baru pulang dari sekolah dan...
       “Eh?” Shoumiki terkejut melihat gambar yang sedang berada di tangannya sekarang. “Masashi Korean Restaurant. Ni restoran keluarga dia ke? Aku rasa aku pernah jumpa iklan pasal restoran ni kat internet tempoh hari. Tapi sekali imbas je.”
       Shoumiki memetik jari ke udara. Lebih baik dia cari maklumat tentang Masashi Korean Restaurant itu di internet sekarang juga. Dia segera bangun dari katil dan menuju ke arah meja komputer di bilik tidurnya. Setelah komputer dibuka, laman web Google pula dibuka. Nama Masashi Korean Restaurant ditaip laju.
      Nah! Semua maklumat sudah keluar. Shoumiki menekan salah satu nama blog yang tertera di skrin komputernya. Setiap maklumat Masashi Korean Restaurant diteliti.
       “Baru dirasmikan pada tiga hari yang lepas, tapi dah ramai pelanggan yang datang. Mak dia pakai ilmu apa hah? Ramai sangat yang komen kata makanan Korea yang Puan Masakoto masak terlalu sedap. Ah lagi satu, pelanggan-pelanggan yang datang tu tak kenal ke siapa keluarga Masakoto yang sebenarnya? Pelik!”
       Shoumiki cepat-cepat menyalin alamat Masashi Korean Restaurant yang tertera di skrin komputer. Sambil mengukir senyuman lebar, dia memasang angan-angan. Esok dia ingin pergi ke restoran itu. Esok kan cuti sekolah. Jadi bolehlah dia ‘singgah’ sebentar di restoran itu. Nampaknya selepas ini Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara kena bersedia untuk menculik Ayumi esok. Hahaha!

Nah~ hadiah! ^_^

P/S: Huhu... Eyfa demam la~ Tak baik-baik ni. :'( ubatnya, kena jumpa pakwe sekarang jugak! Hehehe. XP   

No comments:

Post a Comment