PINTU bilik tidur
Yumika diketuk beberapa kali. Ayumi berdoa dalam hati agar kakak sulungnya itu
tidak terlalu sibuk dengan rekaan-rekaannya. Tidaklah dia mengganggu sangat
nanti. Yumika memang mempunyai minat yang mendalam terhadap seni rekaan fesyen.
Bermacam-macam fesyen yang telah dicipta olehnya sendiri. Dia bercita-cita
untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya.
Tidak berapa lama
selepas pintu itu diketuk, Yumika membuka pintu bilik tidurnya. Kepala
dijengul. Berkerut dahinya apabila melihat adik bongsunya yang mengetuk pintu
bilik tidurnya tadi.
“Kak Mika...”
“Kau nak apa?” soal
Yumika.
Ayumi tersengih.
“Yumi nak minta pendapat sikitlah. Boleh tak? Tapi kalau Kak Mika sibuk, tak pe
la. Yumi boleh tanya Kak Miha.”
Yumika menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Minta pendapat? Ada-ada jelah adik aku yang sorang
ni. Dia ada problem apa sampai nak
minta pendapat bagai?
Ayumi sudah serba
salah. Namun selepas Yumika mengangguk, dia tersenyum lebar. Kakinya melangkah
masuk ke dalam bilik tidur kakaknya itu apabila ia dibuka luas oleh Yumika. Beberapa
poster pereka fesyen yang menjadi idola Yumika ditampal pada dinding bilik itu.
Terkejut dia apabila terlihat banyak kertas yang bersepah-sepah di atas meja
belajar kakaknya. Itu pasti kertas rekaan yang sedang disiapkan oleh kakaknya.
“Kau nak tanya pasal
apa ni?” soal Yumika. Waktu itu dia sudah duduk di atas kerusi meja belajarnya.
Ayumi melabuhkan
punggung di atas tilam katil kakaknya. “Macam mana kalau orang yang kita baru
kenal minta kita buat sesuatu. Kalau kita tak buat, dia akan buat perkara yang
kita tak suka pada kita. Kira ugutlah tu,” dia memulakan bicara.
Semerta kening Yumika
berkerut. Apa ni? “Maksud Yumi? Cuba bagi contoh.”
Ayumi menggaru
kepala. Dia berfikir sebentar. “Contohnya, dia suruh kita jadi maid dia. Kalau kita tak nak, dia akan
buat apa saja yang yang kita tak suka.”
Mata Yumika membulat.
“Hah! Jadi maid? Apa punya contoh tu,
Yumi?”
“Err... hehehe.”
Ayumi tersengih. Tolonglah, Kak Mika!
“Okey. Akak faham.
Kalau akak berada dalam situasi ni, akak tak nak setuju. Yalah, siapa sanggup
jadi maid? Dahlah datang dari keluarga bangsawan, alih-alih kena jadi maid
pulak? Apa kes? Eh tapi bila fikir pasal ugut, akak peninglah! Cuba bagi contoh
apa yang orang tu akan buat kalau kita tolak.”
Ayumi terdiam.
Alamak! Contoh? Takkan nak cakap kiss?
Adeh memanglah! “Erm... dia akan kiss?”
teragak-agak dia sewaktu menyebut perkataan ‘kiss’
itu.
Sekali lagi, mata
Yumika membulat. “Kiss?! Gila ke
apa?”
Ayumi hanya membuat
muka tidak tahu apa-apa.
“Tapi akak tak kisah
juga kalau setakat kiss tu,”
tiba-tiba Yumika mengubah pandangan.
Kali ini mata Ayumi
membulat. Gila ke kakak aku ni? Dia kata dia tak kisah? Oh lupa pulak. Dia kan
dah dapat first kiss daripada boyfriend
dia tu. Memanglah dia boleh kata tak kisah. Tapi aku ni? Jatuh cinta tak
pernah. Couple pun tak pernah. First kiss? Jauh sekali. Huhuhu...
“Ala... Kiss je kan? Bukan apa-apa pun.”
Ayumi menyeringai
geli. “Memanglah kiss je. Kiss bukan
perkara besar. Tapi tu bagi Kak Mika yang dah dapat first kiss. Bagi Yumi yang belum ada boyfriend ni... susah...” Ayumi berkata separuh berbisik.
Yumika mengangkat
keningnya. Dia mendekatkan telinga ke arah Ayumi. Apa benda yang adik aku cakap
ni? “Heh, kau kata apa tadi?”
Ayumi tersentak. “Tak
ada apa-apa!”
Semakin pelik Yumika
melihat perangai adiknya. Dia ni dah kenapa?
“Eh sudahlah! Akak
sibuk gila ni! Banyak lagi rekaan yang tak siap. Kau boleh keluar sekarang!”
Yumika menghalau Ayumi. Dia bangkit dari kerusi di meja belajarnya dan menuju ke
arah adiknya itu. Tubuh adiknya ditolak sehingga ke luar bilik tidurnya.
“Bye,”
ucap Yumika sebelum mengunci semula pintu bilik tidurnya.
Ayumi mengetap
giginya. Ceh! Tadi tak cakap pun dia sibuk. Sesuka hati je halau aku dari bilik
dia. Hmm... tak apalah. Sekurang-kurangnya Kak Mika sanggup sumbang pendapat.
Tapi langsung tak dapat membantu! Ni la padahnya kalau tanya orang yang pernah
bercinta dan rasa nikmat first kiss.
Erk! Nikmat ke? Entah!
Sekarang ni masanya
untuk aku tanya Kak Miha pulak! Ayumi menuju ke arah bilik tidur kakak
keduanya, Umiha. Pintu bilik itu diketuk. Dia juga takut sekiranya kakak
keduanya itu sedang sibuk mencipta lagu atau mendengar lagu untuk dikaji. Umiha
mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan bercita-cita untuk menjadi
seorang penyanyi dan komposer terkenal.
Ketukan di pintu
bilik tidur Umiha terhenti apabila pintu itu tiba-tiba terbuka. Umiha tidak
keluar. Jadi terpaksalah Ayumi menjenguk ke dalam bilik tidur kakaknya itu. Dia
menolak pintu yang terkuak itu dan melangkah perlahan ke dalam bilik itu.
Seluruh kawasan bilik dipandang. Gitar terletak kemas di tepi almari katil.
Cantik gitar yang berwarna ungu dan hitam itu! Keyboard terletak rapi di sisi
meja belajar. Bermacam-macam poster penyanyi terkenal Jepun ditampal pada
dinding bilik tidur kakaknya itu. Ayumi tersenyum sendiri. Kalau kakaknya
tampal poster penyanyi terkenal Jepun, dia pula tampal poster penyanyi terkenal
Korea. Peminat K-poplah katakan. Hehehe...
“Kau nak apa?” soal
Umiha. Itu soalan yang sama seperti soalan Yumika sewaktu melihat Ayumi tadi.
Ayumi tersentak. Dia
berpaling ke arah Umiha yang sedang berbaring secara meniarap di atas katil.
Kakaknya yang sedang memakai fon kepala itu segera menanggalkannya dari kepala
dan menyangkutkannya di leher. Ayumi tersenyum. Pasti kakaknya itu sedang
mencipta lagu.
“Yumi nak minta
pendapat sikitlah,” Ayumi mula bersuara.
Dahi berkerut. Itu
ekspresi pertama Umiha. Adik aku ni dah kenapa? Tiba-tiba je ni?
Ayumi menarik nafas
dalam-dalam. “Macam ni. Apa yang Kak Miha akan buat kalau Kak Miha berada dalam
situasi ni. Kak Miha baru je kenal sorang mamat ni. Tiba-tiba je dia suruh kita buat apa yang dia
suruh. Kalau kita tak nak, dia akan buat sesuatu yang buruk pada kita.”
Sejak Ayumi mula
bersuara sehingga habis, dahi Umiha asyik berkerut. Keningnya bercantum. “Okay. I can’t understand it well. So just
give me example so that I can help you,” pintanya.
Ayumi menggaru kepala
yang tidak gatal. “Macam ni je la. Kak Miha baru je kenal sorang mamat ni. Kak
Miha terserempak dengan dia, then tiba-tiba je dia suruh Kak Miha jadi maid dia. And if you refuse, he will... kiss you!” sebaik sahaja habis
berkata, Ayumi terus memejamkan matanya. Tidak lama kemudian, kedengaran suara
Umiha terjerit. Peh, dahlah suara tinggi macam apa! Untung betul ada suara
tinggi ni. Boleh nyanyi, boleh jerit kuat-kuat. Untunglah tu kan?
“Gila ke apa? Dia nak
suruh akak yang datang dari rich family
ni jadi maid dia? Nonsense! And what? He will kiss me if I refuse? What
the hell?!” ambik! Dahlah Umiha
ni panas baran orangnya.
Lidah Ayumi jadi kelu
tiba-tiba. “Err...”
“If
I were in this situation, I will just say no! He wanna kiss me? So what? Kiss
me if he dares, I will kick his butt if he does so! He thinks I will scared of
him? Huh! In his dream!”
Sekali lagi, Ayumi
memejamkan matanya. Susah juga kalau minta pendapat daripada Umiha ni. Satu
saja sikapnya yang selalu jadi masalah sewaktu berbincang atau minta pendapat,
pemarah! Ya, Umiha ini seorang gadis yang panas baran. Mamanya pernah
memberitahu, Umiha mewarisi sikap papanya. Memang patut pun sampai sekarang
Umiha tidak pernah berjaya menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.
Tapi dia tidak tahulah bagaimana papanya yang panas baran itu boleh dapat
isteri yang selembut mamanya. Jodoh namanya?
“Erm... Kak Miha
bolehlah kick his butt. But not me.”
“Kick aje. Buat apa nak kisahkan dia? Biar dia mengerang kesakitan
macam mana pun, dia still tak ada hak
nak paksa orang yang dia baru kenal untuk jadi maid dia. Ingat senang ke jadi maid?
Dasar lelaki tak guna!” kasar betul ayat-ayat yang keluar dari mulut Umiha.
“Tapi... macam mana
kalau dia buat juga?” soal Ayumi tidak puas hati. Dia perlukan bantuan untuk
lari daripada Putera Ais itu!
Umiha merenung dalam
ke arah anak mata Ayumi. “Kejap. Tadi Yumi cakap baru dia baru kenal dengan
akak kan? Dia tahu ke semua maklumat akak?” dia menyoal kembali.
Ayumi menggeleng.
“Tak semua. Dia cuma tahu nama je,” jawabnya.
Umiha terus memetik
jarinya ke udara. “Ceh! Nama je? Tempat tinggal, sekolah dan phone number?”
Ayumi menggeleng
laju.
Umiha tergelak besar.
Pelik Ayumi dibuatnya. “So buat apa
nak takut dengan dia? Akak lari je la, bukannya dia boleh cari akak pun. Semua
maklumat peribadi pun dia tak tahu. Berani nak culik? Meh sini, akak belasah dia cukup-cukup! Terus tak jadi nak suruh
akak jadi maid karang!”
Sebaik sahaja Umiha
habis berkata-kata, wajah Ayumi berubah. Bercahaya. Yalah! Kenapalah dia tidak
pernah terfikirkan hal ini? Putera Ais itu bukannya tahu di mana dia tinggal
dan di mana dia bersekolah. Nombor telefon? Jauh sekali!
Ayumi segera bangun
dari kerusi belajar Umiha. Dia menuju ke arah Umiha yang sedang duduk di atas
katil itu dan terus menarik kakaknya itu ke dalam pelukan. Namun tidak sampai
sesaat dia memeluk Umiha, kakaknya itu terus sahaja menolak tubuhnya
menyebabkannya terdorong ke belakang. Walaupun diperlakukan seperti itu, dia
tetap senyum.
Bukannya Ayumi tidak
tahu sikap Umiha yang agak dingin itu. Kakaknya yang kedua inilah yang paling
dingin, kasar dan panas baran. Pantang dipeluk atau dicium, terus sahaja
ditolak atau ditepis. Bukan dia dan Yumika sahaja yang selalu berdepan dengan
sikap dingin tersebut, malah semua kawan baik Umiha pun sama. Tetapi dia tahu
Umiha tetap sayangkan semua ahli keluarga dan kawan baiknya. Sebab itu dia
tidak kisah.
“Terima kasih, Kak
Miha!” ucap Ayumi sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Umiha.
Yes!
Now
tak payahlah aku susah-susah sakitkan kepala fikir pasal ugutan Putera Ais tu.
Aku dah tak payah takut sekarang. Setakat kiss?
Eleh! Tak ada hal punyalah!
***
SHOUMIKI
membelek-belek foto gadis sedang berada di dalam tangannya. Kadang-kadang dia
tersenyum dan kadang-kadang juga dia tertawa sendirian. Nasib baik dia sedang
bersendirian di dalam bilik tidurnya. Jika ada manusia di hadapannya kini,
mungkin manusia itu akan fikir dia sudah gila.
“Ayumi... Ayumi...
kau fikir kau boleh lari daripada aku? Jangan harap! Aku akan cari kau sampai
ke lubang cacing walau macam mana sekalipun! Mungkin kau tertanya-tanya kenapa
aku tiba-tiba suruh kau jadi maid aku? Sorry
Ayumi, aku buat semua ni sebab aku nak berada lebih dekat dengan kau. Siapa
suruh kau buat aku jatuh minat kat kau? Tak pasal-pasal kau terpaksa jadi maid aku. Bukan setakat personal maid aku tau? Kau juga akan
jadi girlfriend aku kat sekolah
nanti! Hahaha!”
Gila! Shoumiki memang
sudah gila! Mengapa dia bercakap sorang-sorang dengan foto yang sedang berada
di tangannya itu? Dan oh ya! Foto siapakah itu? Ayumikah? Bagaimana foto Ayumi
boleh berada di tangannya pula? Pelik!
Shoumiki juga rasa
dia sudah gila. Perkataan yang lebih tepat ialah angau. Dia sudah angau
gara-gara bertemu dengan gadis bernama Ayumi! Memang, sewaktu pertemuan mereka
yang pertama, Shoumiki rasa menyampah dengan Ayumi. Sewaktu kepala mereka
bertembung, itulah yang membuatkan dia marah. Namun selepas gadis itu
memberinya pandangan maut dan memarahinya kembali, dia mula rasa sikap gadis
itu berbeza dengan gadis lain.
Sewaktu pertembungan
mereka yang kedua, Shoumiki semakin tertarik oleh sikap Ayumi. Dia fikir Ayumi
akan suka jika dia memperkenalkan Ayumi sebagai kekasihnya di hadapan Reina.
Tetapi sangkaannya salah sama sekali. Gadis itu semakin menunjukkan sikap
garangnya. Sewaktu bibir Shoumiki hampir-hampir mengenai bibir Ayumi, gadis itu
menampar pipi Shoumiki dengan berani. Langsung tidak terlihat rasa tergoda dengan
wajah kacak milik Shoumiki. Tindakan berani Ayumi menamparnya itulah yang
membuatkan dia jadi gila!
Ayumi berbeza dengan
gadis-gadis lain! Itu sudah cukup untuk membuatkan Shoumiki terjatuh hati.
Yalah, selama ini setiap gadis yang melihatnya pasti langsung tidak berani
untuk memarahinya walaupun sekali. Kalau mahu beri pandangan tajam seperti apa
yang Ayumi sudah lakukan? Huh, jauh sekali! Hanya pandangan menggoda sahaja
yang mereka beri. Tetapi, jangan harap Shoumiki akan tergoda!
Shoumiki
mengusap-usap gambar di tangannya itu. Terlukis senyuman indah di bibirnya tika
itu. Tiba-tiba dia membawa gambar itu dekat ke arah wajahnya dan... cup! Satu ciuman mengenai gambar
tersebut. Huh? Dia cium gambar Ayumi ke? Euww!
Tidak berapa lama
selepas itu, Shoumiki duduk daripada berbaring. Dia memanggil dua pengawal
peribadinya, Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara. Kedua-dua pengawal
peribadinya itu terus menurut perintah. Mereka berdiri tegak di tepi katil
Shoumiki.
“Ambil ni,” Shoumiki
menghulurkan foto bersaiz kecil yang berada di tangannya tadi kepada Pengawal
Kaname.
Pengawal Kaname
mengambil foto tersebut dari tangan Shoumiki. Dia merenung gadis di dalam foto itu dengan
pandangan pelik. Kemudian foto itu dihulurkan pula kepada Pengawal Tahara di
sebelahnya. Pengawal Tahara turut merenung foto itu dengan pandangan yang sama.
Siapa gadis di dalam foto ini? Hati mereka tertanya-tanya.
“Saya nak kamu berdua
cari maklumat-maklumat tentang gadis dalam foto tu. Kalau boleh, upah seorang
penyiasat peribadi. Saya akan bayar, jadi jangan risau,” Shoumiki mula
memberikan arahan sekaligus membuatkan kedua-dua pengawal peribadinya itu
terkebil-kebil.
“Siapa nama gadis
dalam foto ni?” Pengawal Kaname menyoal.
“Yang saya tahu, nama
dia Ayumi. Saya tak tahu nama keluarga dia.”
Pengawal Kaname dan
Pengawal Tahara mengangguk tanda faham.
“Jadi apa yang Tuan
Muda Miki nak kami buat?”
Pertanyaan daripada
Pengawal Tahara tadi membuatkan wajah Shoumiki terangkat memandang ke arahnya.
Soalan macam tu pun nak tanya ke? Sabar jelah....
“Saya nak kamu berdua
cari tahu nama sebenar Ayumi. Cari nombor telefon dia, alamat sekolah dia, alamat
rumah dia, dan... oh itu jelah!” terang Shoumiki. “Ah, satu lagi! Saya bagi
kamu berdua masa dua minggu je untuk
cari semua maklumat Ayumi. Lepas dah peroleh semuanya, saya akan bagi arahan
yang seterusnya pula,” tokok Shoumiki.
Pengawal Kaname dan
Pengawal Tahara memandang antara samu sama lain. Tidak pasal-pasal mereka
terpaksa jadi penyiasat peribadi pula. Tetapi mereka fikir lebih baik mereka
upah seorang penyiasat peribadi. Lagipun, mereka hanya diberi masa dua minggu
untuk menyiasat tentang Ayumi.
“Tapi ingat! Don’t ever dare to tell daddy and mummy
about this!” Shoumiki memberi amaran.
Pengawal Kaname dan
Pengawal Tahara segera mengangguk takut-takut. “Baik, Tuan Muda Miki!” serentak
mereka bersuara.
“Tuan Muda Miki, ada
apa-apa lagi arahan ke?” soal Pengawal Kaname.
“Tak ada. Both of you may go now.”
Pengawal Kaname dan
Pengawal Tahara. Mengangguk kemudian menundukkan badan. “Baiklah, Tuan Muda
Miki!”
***
PENSEL tekan
bermain-main di jarinya. Rasa rindu sedang menguasai hatinya tika ini.
Fikirannya buntu, buntu! Buntu kerana asyik memikirkan wajah itu. Wajah itu
telah membuatkannya jadi tidak keruan. Wajah itu membuatkan rasa rindu terhadap
Isaki yang telah lama bertamu di hati selama ini terubat sedikit. Wajah itu
asyik mengingatkannya pada memori lama.
“Arghh!!!” Shoukuro
menjerit. Tangannya memegang kepala.
Kenapa? Kenapa kau
baru muncul sekarang? Kenapa kau muncul lepas setahun aku terseksa? Kenapa? Apa
yang kau nak sebenarnya? Kau sengaja nak seksa perasaan aku? Kau sengaja nak
buat hidup aku tak menentu? Kau sengaja nak aku fikir pasal kau sepanjang masa?
Hurgh!!! Hati
Shoukuro menjerit. Pensel tekan di tangannya dicampak ke atas meja belajar.
Buku tulis di atas meja belajarnya itu terus ditolak jauh-jauh. Tengoklah!
Kerja rumah pun tidak mampu disiapkan. Semuanya gara-gara dia asyik memikirkan
wajah itu.
Masakoto Ayumi! Siapa
kau sebenarnya? Kenapa baru sekarang kau muncul dalam hidup aku? Apa yang kau
nak sebenarnya? Yang paling aku tak boleh lupa, wajah kau! Wajah kau seiras dengan
wajah Isaki! Cuma rambut dan hidung yang membezakan kau dengan Isaki. Rambut
kau panjang, tapi rambut Isaki pendek. Tapi kenapa wajah kau orang serupa?!
Tuhan, memang ini ke
takdir aku untuk bertemu semula dengan Isaki? Memang kau sengaja pertemukan aku
dengan Ayumi untuk ubati rindu aku pada Isaki? Jadi Ayumi ditakdirkan untuk
bersama dengan aku? Macam tu? Terlalu banyak persoalan di minda Shoukuro.
“Kalau macam tulah...
okey! Masakoto Ayumi, aku akan dapatkan kau sampai kau jadi milik aku. Aku akan
buat apa saja untuk buat kau jatuh cinta dengan aku. Apa saja, Ayumi, asalkan
aku dapat dekat dengan kau.”
P/S: ok ke ni? I hope so. ^_^
Yun oppa~~~! Saya dah jatuh cinta kat awak~ >_< Kyaaa! <3
LunaFly, hwaiting! :*
You're my Super hero~
No comments:
Post a Comment