Saturday 13 April 2013

My Prince 6



PINTU bilik tidur Yumika diketuk beberapa kali. Ayumi berdoa dalam hati agar kakak sulungnya itu tidak terlalu sibuk dengan rekaan-rekaannya. Tidaklah dia mengganggu sangat nanti. Yumika memang mempunyai minat yang mendalam terhadap seni rekaan fesyen. Bermacam-macam fesyen yang telah dicipta olehnya sendiri. Dia bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya.
    Tidak berapa lama selepas pintu itu diketuk, Yumika membuka pintu bilik tidurnya. Kepala dijengul. Berkerut dahinya apabila melihat adik bongsunya yang mengetuk pintu bilik tidurnya tadi.
       “Kak Mika...”
       “Kau nak apa?” soal Yumika.
      Ayumi tersengih. “Yumi nak minta pendapat sikitlah. Boleh tak? Tapi kalau Kak Mika sibuk, tak pe la. Yumi boleh tanya Kak Miha.”
      Yumika menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Minta pendapat? Ada-ada jelah adik aku yang sorang ni. Dia ada problem apa sampai nak minta pendapat bagai?
      Ayumi sudah serba salah. Namun selepas Yumika mengangguk, dia tersenyum lebar. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tidur kakaknya itu apabila ia dibuka luas oleh Yumika. Beberapa poster pereka fesyen yang menjadi idola Yumika ditampal pada dinding bilik itu. Terkejut dia apabila terlihat banyak kertas yang bersepah-sepah di atas meja belajar kakaknya. Itu pasti kertas rekaan yang sedang disiapkan oleh kakaknya.
       “Kau nak tanya pasal apa ni?” soal Yumika. Waktu itu dia sudah duduk di atas kerusi meja belajarnya.
       Ayumi melabuhkan punggung di atas tilam katil kakaknya. “Macam mana kalau orang yang kita baru kenal minta kita buat sesuatu. Kalau kita tak buat, dia akan buat perkara yang kita tak suka pada kita. Kira ugutlah tu,” dia memulakan bicara.
       Semerta kening Yumika berkerut. Apa ni? “Maksud Yumi? Cuba bagi contoh.”
     Ayumi menggaru kepala. Dia berfikir sebentar. “Contohnya, dia suruh kita jadi maid dia. Kalau kita tak nak, dia akan buat apa saja yang yang kita tak suka.”
       Mata Yumika membulat. “Hah! Jadi maid? Apa punya contoh tu, Yumi?”
       “Err... hehehe.” Ayumi tersengih. Tolonglah, Kak Mika!
      “Okey. Akak faham. Kalau akak berada dalam situasi ni, akak tak nak setuju. Yalah, siapa sanggup jadi maid? Dahlah datang dari keluarga bangsawan, alih-alih kena jadi maid pulak? Apa kes? Eh tapi bila fikir pasal ugut, akak peninglah! Cuba bagi contoh apa yang orang tu akan buat kalau kita tolak.”
     Ayumi terdiam. Alamak! Contoh? Takkan nak cakap kiss? Adeh memanglah! “Erm... dia akan kiss?” teragak-agak dia sewaktu menyebut perkataan ‘kiss’ itu.
       Sekali lagi, mata Yumika membulat. “Kiss?! Gila ke apa?”
       Ayumi hanya membuat muka tidak tahu apa-apa.
       “Tapi akak tak kisah juga kalau setakat kiss tu,” tiba-tiba Yumika mengubah pandangan.
      Kali ini mata Ayumi membulat. Gila ke kakak aku ni? Dia kata dia tak kisah? Oh lupa pulak. Dia kan dah dapat first kiss daripada boyfriend dia tu. Memanglah dia boleh kata tak kisah. Tapi aku ni? Jatuh cinta tak pernah. Couple pun tak pernah. First kiss? Jauh sekali. Huhuhu...
       “Ala... Kiss je kan? Bukan apa-apa pun.”
      Ayumi menyeringai geli. “Memanglah kiss je. Kiss bukan perkara besar. Tapi tu bagi Kak Mika yang dah dapat first kiss. Bagi Yumi yang belum ada boyfriend ni... susah...” Ayumi berkata separuh berbisik.
      Yumika mengangkat keningnya. Dia mendekatkan telinga ke arah Ayumi. Apa benda yang adik aku cakap ni? “Heh, kau kata apa tadi?”
       Ayumi tersentak. “Tak ada apa-apa!”
       Semakin pelik Yumika melihat perangai adiknya. Dia ni dah kenapa?
      “Eh sudahlah! Akak sibuk gila ni! Banyak lagi rekaan yang tak siap. Kau boleh keluar sekarang!” Yumika menghalau Ayumi. Dia bangkit dari kerusi di meja belajarnya dan menuju ke arah adiknya itu. Tubuh adiknya ditolak sehingga ke luar bilik tidurnya.
       “Bye,” ucap Yumika sebelum mengunci semula pintu bilik tidurnya.
    Ayumi mengetap giginya. Ceh! Tadi tak cakap pun dia sibuk. Sesuka hati je halau aku dari bilik dia. Hmm... tak apalah. Sekurang-kurangnya Kak Mika sanggup sumbang pendapat. Tapi langsung tak dapat membantu! Ni la padahnya kalau tanya orang yang pernah bercinta dan rasa nikmat first kiss. Erk! Nikmat ke? Entah!
       Sekarang ni masanya untuk aku tanya Kak Miha pulak! Ayumi menuju ke arah bilik tidur kakak keduanya, Umiha. Pintu bilik itu diketuk. Dia juga takut sekiranya kakak keduanya itu sedang sibuk mencipta lagu atau mendengar lagu untuk dikaji. Umiha mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan komposer terkenal.
       Ketukan di pintu bilik tidur Umiha terhenti apabila pintu itu tiba-tiba terbuka. Umiha tidak keluar. Jadi terpaksalah Ayumi menjenguk ke dalam bilik tidur kakaknya itu. Dia menolak pintu yang terkuak itu dan melangkah perlahan ke dalam bilik itu. Seluruh kawasan bilik dipandang. Gitar terletak kemas di tepi almari katil. Cantik gitar yang berwarna ungu dan hitam itu! Keyboard terletak rapi di sisi meja belajar. Bermacam-macam poster penyanyi terkenal Jepun ditampal pada dinding bilik tidur kakaknya itu. Ayumi tersenyum sendiri. Kalau kakaknya tampal poster penyanyi terkenal Jepun, dia pula tampal poster penyanyi terkenal Korea. Peminat K-poplah katakan. Hehehe...
       “Kau nak apa?” soal Umiha. Itu soalan yang sama seperti soalan Yumika sewaktu melihat Ayumi tadi.
Ayumi tersentak. Dia berpaling ke arah Umiha yang sedang berbaring secara meniarap di atas katil. Kakaknya yang sedang memakai fon kepala itu segera menanggalkannya dari kepala dan menyangkutkannya di leher. Ayumi tersenyum. Pasti kakaknya itu sedang mencipta lagu.
       “Yumi nak minta pendapat sikitlah,” Ayumi mula bersuara.
       Dahi berkerut. Itu ekspresi pertama Umiha. Adik aku ni dah kenapa? Tiba-tiba je ni?
      Ayumi menarik nafas dalam-dalam. “Macam ni. Apa yang Kak Miha akan buat kalau Kak Miha berada dalam situasi ni. Kak Miha baru je kenal sorang mamat ni.  Tiba-tiba je dia suruh kita buat apa yang dia suruh. Kalau kita tak nak, dia akan buat sesuatu yang buruk pada kita.”
     Sejak Ayumi mula bersuara sehingga habis, dahi Umiha asyik berkerut. Keningnya bercantum. “Okay. I can’t understand it well. So just give me example so that I can help you,” pintanya.
      Ayumi menggaru kepala yang tidak gatal. “Macam ni je la. Kak Miha baru je kenal sorang mamat ni. Kak Miha terserempak dengan dia, then tiba-tiba je dia suruh Kak Miha jadi maid dia. And if you refuse, he will... kiss you!” sebaik sahaja habis berkata, Ayumi terus memejamkan matanya. Tidak lama kemudian, kedengaran suara Umiha terjerit. Peh, dahlah suara tinggi macam apa! Untung betul ada suara tinggi ni. Boleh nyanyi, boleh jerit kuat-kuat. Untunglah tu kan?
      “Gila ke apa? Dia nak suruh akak yang datang dari rich family ni jadi maid dia? Nonsense! And what? He will kiss me if I refuse? What the hell?!ambik! Dahlah Umiha ni panas baran orangnya.
       Lidah Ayumi jadi kelu tiba-tiba. “Err...”
       “If I were in this situation, I will just say no! He wanna kiss me? So what? Kiss me if he dares, I will kick his butt if he does so! He thinks I will scared of him? Huh! In his dream!”
       Sekali lagi, Ayumi memejamkan matanya. Susah juga kalau minta pendapat daripada Umiha ni. Satu saja sikapnya yang selalu jadi masalah sewaktu berbincang atau minta pendapat, pemarah! Ya, Umiha ini seorang gadis yang panas baran. Mamanya pernah memberitahu, Umiha mewarisi sikap papanya. Memang patut pun sampai sekarang Umiha tidak pernah berjaya menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Tapi dia tidak tahulah bagaimana papanya yang panas baran itu boleh dapat isteri yang selembut mamanya. Jodoh namanya?
       “Erm... Kak Miha bolehlah kick his butt. But not me.
       “Kick aje. Buat apa nak kisahkan dia? Biar dia mengerang kesakitan macam mana pun, dia still tak ada hak nak paksa orang yang dia baru kenal untuk jadi maid dia. Ingat senang ke jadi maid? Dasar lelaki tak guna!” kasar betul ayat-ayat yang keluar dari mulut Umiha.
       “Tapi... macam mana kalau dia buat juga?” soal Ayumi tidak puas hati. Dia perlukan bantuan untuk lari daripada Putera Ais itu!
       Umiha merenung dalam ke arah anak mata Ayumi. “Kejap. Tadi Yumi cakap baru dia baru kenal dengan akak kan? Dia tahu ke semua maklumat akak?” dia menyoal kembali.
       Ayumi menggeleng. “Tak semua. Dia cuma tahu nama je,” jawabnya.
       Umiha terus memetik jarinya ke udara. “Ceh! Nama je? Tempat tinggal, sekolah dan phone number?”
       Ayumi menggeleng laju.
     Umiha tergelak besar. Pelik Ayumi dibuatnya. “So buat apa nak takut dengan dia? Akak lari je la, bukannya dia boleh cari akak pun. Semua maklumat peribadi pun dia tak tahu. Berani nak culik? Meh sini, akak belasah dia cukup-cukup! Terus tak jadi nak suruh akak jadi maid karang!”
     Sebaik sahaja Umiha habis berkata-kata, wajah Ayumi berubah. Bercahaya. Yalah! Kenapalah dia tidak pernah terfikirkan hal ini? Putera Ais itu bukannya tahu di mana dia tinggal dan di mana dia bersekolah. Nombor telefon? Jauh sekali!
      Ayumi segera bangun dari kerusi belajar Umiha. Dia menuju ke arah Umiha yang sedang duduk di atas katil itu dan terus menarik kakaknya itu ke dalam pelukan. Namun tidak sampai sesaat dia memeluk Umiha, kakaknya itu terus sahaja menolak tubuhnya menyebabkannya terdorong ke belakang. Walaupun diperlakukan seperti itu, dia tetap senyum.
      Bukannya Ayumi tidak tahu sikap Umiha yang agak dingin itu. Kakaknya yang kedua inilah yang paling dingin, kasar dan panas baran. Pantang dipeluk atau dicium, terus sahaja ditolak atau ditepis. Bukan dia dan Yumika sahaja yang selalu berdepan dengan sikap dingin tersebut, malah semua kawan baik Umiha pun sama. Tetapi dia tahu Umiha tetap sayangkan semua ahli keluarga dan kawan baiknya. Sebab itu dia tidak kisah.
       “Terima kasih, Kak Miha!” ucap Ayumi sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Umiha.
      Yes! Now tak payahlah aku susah-susah sakitkan kepala fikir pasal ugutan Putera Ais tu. Aku dah tak payah takut sekarang. Setakat kiss? Eleh! Tak ada hal punyalah!

***
SHOUMIKI membelek-belek foto gadis sedang berada di dalam tangannya. Kadang-kadang dia tersenyum dan kadang-kadang juga dia tertawa sendirian. Nasib baik dia sedang bersendirian di dalam bilik tidurnya. Jika ada manusia di hadapannya kini, mungkin manusia itu akan fikir dia sudah gila.
       “Ayumi... Ayumi... kau fikir kau boleh lari daripada aku? Jangan harap! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing walau macam mana sekalipun! Mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku tiba-tiba suruh kau jadi maid aku? Sorry Ayumi, aku buat semua ni sebab aku nak berada lebih dekat dengan kau. Siapa suruh kau buat aku jatuh minat kat kau? Tak pasal-pasal kau terpaksa jadi maid aku. Bukan setakat personal maid aku tau? Kau juga akan jadi girlfriend aku kat sekolah nanti! Hahaha!”
       Gila! Shoumiki memang sudah gila! Mengapa dia bercakap sorang-sorang dengan foto yang sedang berada di tangannya itu? Dan oh ya! Foto siapakah itu? Ayumikah? Bagaimana foto Ayumi boleh berada di tangannya pula? Pelik!
       Shoumiki juga rasa dia sudah gila. Perkataan yang lebih tepat ialah angau. Dia sudah angau gara-gara bertemu dengan gadis bernama Ayumi! Memang, sewaktu pertemuan mereka yang pertama, Shoumiki rasa menyampah dengan Ayumi. Sewaktu kepala mereka bertembung, itulah yang membuatkan dia marah. Namun selepas gadis itu memberinya pandangan maut dan memarahinya kembali, dia mula rasa sikap gadis itu berbeza dengan gadis lain.
       Sewaktu pertembungan mereka yang kedua, Shoumiki semakin tertarik oleh sikap Ayumi. Dia fikir Ayumi akan suka jika dia memperkenalkan Ayumi sebagai kekasihnya di hadapan Reina. Tetapi sangkaannya salah sama sekali. Gadis itu semakin menunjukkan sikap garangnya. Sewaktu bibir Shoumiki hampir-hampir mengenai bibir Ayumi, gadis itu menampar pipi Shoumiki dengan berani. Langsung tidak terlihat rasa tergoda dengan wajah kacak milik Shoumiki. Tindakan berani Ayumi menamparnya itulah yang membuatkan dia jadi gila!
      Ayumi berbeza dengan gadis-gadis lain! Itu sudah cukup untuk membuatkan Shoumiki terjatuh hati. Yalah, selama ini setiap gadis yang melihatnya pasti langsung tidak berani untuk memarahinya walaupun sekali. Kalau mahu beri pandangan tajam seperti apa yang Ayumi sudah lakukan? Huh, jauh sekali! Hanya pandangan menggoda sahaja yang mereka beri. Tetapi, jangan harap Shoumiki akan tergoda!
       Shoumiki mengusap-usap gambar di tangannya itu. Terlukis senyuman indah di bibirnya tika itu. Tiba-tiba dia membawa gambar itu dekat ke arah wajahnya dan... cup! Satu ciuman mengenai gambar tersebut. Huh? Dia cium gambar Ayumi ke? Euww!
    Tidak berapa lama selepas itu, Shoumiki duduk daripada berbaring. Dia memanggil dua pengawal peribadinya, Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara. Kedua-dua pengawal peribadinya itu terus menurut perintah. Mereka berdiri tegak di tepi katil Shoumiki.
      “Ambil ni,” Shoumiki menghulurkan foto bersaiz kecil yang berada di tangannya tadi kepada Pengawal Kaname.
       Pengawal Kaname mengambil foto tersebut dari tangan Shoumiki. Dia  merenung gadis di dalam foto itu dengan pandangan pelik. Kemudian foto itu dihulurkan pula kepada Pengawal Tahara di sebelahnya. Pengawal Tahara turut merenung foto itu dengan pandangan yang sama. Siapa gadis di dalam foto ini? Hati mereka tertanya-tanya.
       “Saya nak kamu berdua cari maklumat-maklumat tentang gadis dalam foto tu. Kalau boleh, upah seorang penyiasat peribadi. Saya akan bayar, jadi jangan risau,” Shoumiki mula memberikan arahan sekaligus membuatkan kedua-dua pengawal peribadinya itu terkebil-kebil.
       “Siapa nama gadis dalam foto ni?” Pengawal Kaname menyoal.
       “Yang saya tahu, nama dia Ayumi. Saya tak tahu nama keluarga dia.”
       Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara mengangguk tanda faham.
       “Jadi apa yang Tuan Muda Miki nak kami buat?”
     Pertanyaan daripada Pengawal Tahara tadi membuatkan wajah Shoumiki terangkat memandang ke arahnya. Soalan macam tu pun nak tanya ke? Sabar jelah....
      “Saya nak kamu berdua cari tahu nama sebenar Ayumi. Cari nombor telefon dia, alamat sekolah dia, alamat rumah dia, dan... oh itu jelah!” terang Shoumiki. “Ah, satu lagi! Saya bagi kamu berdua masa dua minggu je  untuk cari semua maklumat Ayumi. Lepas dah peroleh semuanya, saya akan bagi arahan yang seterusnya pula,” tokok Shoumiki.
       Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara memandang antara samu sama lain. Tidak pasal-pasal mereka terpaksa jadi penyiasat peribadi pula. Tetapi mereka fikir lebih baik mereka upah seorang penyiasat peribadi. Lagipun, mereka hanya diberi masa dua minggu untuk menyiasat tentang Ayumi.
       “Tapi ingat! Don’t ever dare to tell daddy and mummy about this!” Shoumiki memberi amaran.
     Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara segera mengangguk takut-takut. “Baik, Tuan Muda Miki!” serentak mereka bersuara.
       “Tuan Muda Miki, ada apa-apa lagi arahan ke?” soal Pengawal Kaname.
       “Tak ada. Both of you may go now.
      Pengawal Kaname dan Pengawal Tahara. Mengangguk kemudian menundukkan badan. “Baiklah, Tuan Muda Miki!”
***
PENSEL tekan bermain-main di jarinya. Rasa rindu sedang menguasai hatinya tika ini. Fikirannya buntu, buntu! Buntu kerana asyik memikirkan wajah itu. Wajah itu telah membuatkannya jadi tidak keruan. Wajah itu membuatkan rasa rindu terhadap Isaki yang telah lama bertamu di hati selama ini terubat sedikit. Wajah itu asyik mengingatkannya pada memori lama.
       “Arghh!!!” Shoukuro menjerit. Tangannya memegang kepala.
       Kenapa? Kenapa kau baru muncul sekarang? Kenapa kau muncul lepas setahun aku terseksa? Kenapa? Apa yang kau nak sebenarnya? Kau sengaja nak seksa perasaan aku? Kau sengaja nak buat hidup aku tak menentu? Kau sengaja nak aku fikir pasal kau sepanjang masa?
       Hurgh!!! Hati Shoukuro menjerit. Pensel tekan di tangannya dicampak ke atas meja belajar. Buku tulis di atas meja belajarnya itu terus ditolak jauh-jauh. Tengoklah! Kerja rumah pun tidak mampu disiapkan. Semuanya gara-gara dia asyik memikirkan wajah itu.
      Masakoto Ayumi! Siapa kau sebenarnya? Kenapa baru sekarang kau muncul dalam hidup aku? Apa yang kau nak sebenarnya? Yang paling aku tak boleh lupa, wajah kau! Wajah kau seiras dengan wajah Isaki! Cuma rambut dan hidung yang membezakan kau dengan Isaki. Rambut kau panjang, tapi rambut Isaki pendek. Tapi kenapa wajah kau orang serupa?!
       Tuhan, memang ini ke takdir aku untuk bertemu semula dengan Isaki? Memang kau sengaja pertemukan aku dengan Ayumi untuk ubati rindu aku pada Isaki? Jadi Ayumi ditakdirkan untuk bersama dengan aku? Macam tu? Terlalu banyak persoalan di minda Shoukuro.
       “Kalau macam tulah... okey! Masakoto Ayumi, aku akan dapatkan kau sampai kau jadi milik aku. Aku akan buat apa saja untuk buat kau jatuh cinta dengan aku. Apa saja, Ayumi, asalkan aku dapat dekat dengan kau.”

P/S: ok ke ni? I hope so. ^_^

Yun oppa~~~! Saya dah jatuh cinta kat awak~ >_< Kyaaa! <3
LunaFly, hwaiting! :*
You're my Super hero~