Friday 7 June 2013

My Prince 9

“HAH? Jadi personal maid? Biar betul kamu ni, Yumi? Kamu dah tak waras ke?!” begitu terkejut Puan Masakoto saat mendengar tentang hal anak bongsunya itu ingin menjadi pembantu peribadi.

       Encik Masakoto sabar menenangkan isterinya di sebelah.

       Ayumi merenung lantai.

       “Yumi minta maaf, mama. Tapi Yumi buat semua ni demi kebaikan keluarga kita. Yumi sanggup jadi maid sekalipun asalkan beban keluarga kita dapat dikurangkan. Tolong izinkan, mama, papa!” Ayumi merayu.

       “Kalau ya pun nak kurangkan beban, kenapa mesti kamu nak jadi maid juga? Tak ada kerja lain ke?” Puan Masakoto menyoal tidak puas hati.

       “Tak apalah, mama. Lagipun Yumi bekerja bawah keluarga Takayama, kawan baik keluarga Masakoto jugak,” Ayumi memberitahu.

       Terdiam seketika Puan Masakoto yang mendengar. Encik Masakoto juga terdiam.

       “Dia orang kata masa Yumi kerja kat sana nanti, Yumi boleh bersekolah kat Sekolah Tinggi Sakurai,” beritahu Ayumi lagi.

       “Tapi bukan ke Sekolah Tinggi Sakurai tu sekolah swasta? Macam mana kami nak tanggung? Kita ni dah...” kata-kata Puan Masakoto terhenti apabila bahunya diusap oleh suaminya di sebelah.

       “Sabarlah... dengar dulu sampai habis,” Encik Masakoto memujuk.

       Ayumi menarik nafas, mencari kekuatan dalam diri. “Dia orang kata dulu masa dia orang susah, papa dan mama selalu bantu dan pinjamkan duit pada dia orang sampai dia orang boleh berjaya sekarang. Jadi sebagai balasan, dia orang bantu keluarga kita pula. Dia orang akan tanggung yuran Yumi kat sekolah tu nanti. Papa dan mama jangan risau ya?”

       Rasa amarah dalam diri Puan Masakoto surut. Dia mengusap-usap kepala Ayumi dengan lembut. Wajah suaminya di sebelah dipandang. Suaminya itu hanya memberi satu anggukan dan mengukir senyuman. Dia turut sama tersenyum.

       “Tolonglah, mama...” rayu Ayumi lagi.

       Akhirnya, Puan Masakoto mengangguk. “Baiklah.”

      Selepas mendapat persetujuan daripada mamanya, Ayumi berkalih pandang ke arah papanya pula. “Papa?”
       Encik Masakoto juga mengangguk. Ayumi tersenyum seraya memeluk kedua-dua orang tuanya.

       “Terima kasih!” ucapnya.
***
TELEFON bimbit Ayumi di atas meja belajarnya bergetar menandakan satu panggilan telah masuk. Ayumi yang sedang khusyuk membuat kerja sekolah terus sahaja mencapai telefon bimbitnya itu. Dahinya berkerut apabila terpandang nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbitnya. Punat hijau ditekan.

       “Helo,” Ayumi menegur pemanggil di talian.

       “Helo, Ayumi!” suara itu menyebut namanya.

       Dahi Ayumi berkerut. Rasanya ini suara lelaki. Siapakah si pemanggil yang menelefonnya ketika ini?

       “Hei, ni sayalah, Shoumiki!” akhirnya si pemanggil memberitahu.

       Sebaik sahaja mendengar nama Shoumiki, terus Ayumi jadi alergi. “Awak nak buat apa call saya ni? Kacau saja saya nak buat kerja,” marahnya.

       Shoumiki tergelak di talian. “Salah ke saya nak telefon girlfriend sendiri?”

       Mata Ayumi membulat. “Eh, tolong sikit eah! Tak ingin saya jadi girlfriend awak! Sedangkan jadi girlfriend palsu pun saya dah benci, inikan pula jadi girlfriend betul. Eee...!”

       “Ya ke benci? Atau suka?” Shoumiki menduga.

       Ayumi semakin menyampah. Meluat sungguh dia! “Dah habis cakap ke? Kalau dah, saya nak letak sekarang. Okey bye!” Ayumi sudah berura-ura ingin menekan punat merah pada telefon bimbitnya apabila Shoumiki menjerit.

       “Nanti! Tunggu!”

       Ayumi mendekatkan kembali telefon bimbitnya ke telinga. Dia tertawa kecil. Padan muka!

       “Yelah, yelah! Ni, saya telefon ni bersebab. Saya nak tanya pasal hal tu. Macam mana perbincangan awak dengan parents awak? Ok?”

       “Huh! Pasal ni ke? Mula-mula mama saya tak bagi tapi lepas saya beritahu pasal keluarga Takayama, dia setuju. Saya terpaksa merayu, awak tahu tak? Menyusahkan betul nak merayu hanya sebab ni!”

       Terdengar suara Shoumiki tertawa di talian. “Baguslah kalau dia orang dah setuju,” ujar Shoumiki bernada ceria.

       Ayumi menjeling. Kalau Shoumiki ada di hadapannya kini, pasti mata lelaki itu sudah buta akibat asyik diberi jelingan maut! Geram gila!

       “Awak jangan fikir saya sanggup merayu mama saya supaya bersetuju tu bermakna saya suka jadi personal maid awak tau. Tak pernah sama sekali! Saya, nak dekat dengan mamat tak ada perasaan macam awak? Huh! Memang taklah! Memang tak, okey!”

       Shoumiki terdiam seketika di talian.

       “Sampai macam tu ke awak tak suka saya?” kali ini suara Shoumiki kedengaran serius.

       Ayumi mencebik. Perangai dia berubah lagi!

       “Memang pun. Awak tu annoying!” Ayumi menjawab soalan Shoumiki itu dengan sepenuh hatinya. Memang dia tidak sukakan Shoumiki!

       “Okey!” pendek sahaja balasan Shoumiki sebelum Ayumi mendengar dia memutuskan talian.

       Ayumi memandang telefon bimbitnya, kosong. Ceh! Macam tu je ke? Memang dasar Putera Ais, lelaki yang dingin beku macam air batu! Huh!

       Tidak lama selepas talian itu dimatikan, telefon Ayumi bergetar lagi. Kali ini menandakan ada mesej pula yang masuk. Ayumi membuka mesej tersebut.

       Mummy saya cakap awak boleh mula bekerja seminggu lagi. Jadi awak terpaksalah tinggalkan rumah dan keluarga kesayangan awak tu untuk tinggal di Vila Sakurai yang selesa macam istana! J

      Ayumi mendengus kasar. Memang vila itu selesa, tetapi penghuni di vila itu saja yang buat orang menyampah! Tiba-tiba Ayumi mendapat idea untuk meletakkan nama Shoumiki di senarai kenalan. Dia menulis ‘Putera Ais Lembap’.

       Save! Okey!

       Ayumi ketawa sendiri.

P/S: Jeongmal mianhae! sebab dah lama Eyfa tak update blog ni. Eyfa sibuk... sibuk bercuti! bercuti lepas exam la katakan... hehe :P Hope you all enjoy reading. 
Oh ya! malam sabtu ni, don't forget to watch Sebenarnya, Saya Isteri Dia! tau! Bye~ ;)

Yoohhooo~!!! B1A4 punya album baru makin daebak!!! muah muah muah!! :*

nah, hadiah!
tengok la betapa comelnya adik Eyfa yang sememangnya comel lagi hensem ni!
He is Dakota Goyo, actor in Real Steel (as Max Kenton). Through this exciting movie la Eyfa suka dia! Omo daebak! 
Dia adik Eyfa, tak mau amik eah? nak amik, cakap dulu ngan akak dia yang comel lote ni. hik hik. #pengsan orang yang baca. XDD



What'Going On?
B1A4