Monday 20 October 2014

My Prince 13


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

REI mengatur langkah kaki ke arah bilik menonton sambil membawa dua mug di kedua-dua belah tangannya. Televisyen dilihat terpasang, menayangkan filem Korea kegemarannya, A Werewolf Boy. Terbit sekuntum senyuman pada wajahnya apabila matanya tertancap pada susuk tubuh seorang gadis berambut ikal di atas sofa. Itulah adik kesayangannya, Ayaka.

“Wuargh!!!”

“Kyaaa…!”

“Wahahahaha!” terburai tawa besar Rei kerana telah berjaya memeranjatkan adik perempuannya itu. Sambil meletakkan mug di atas meja kopi, kepalanya digeleng beberapa kali. Sisa tawa masih kedengaran.

“Abang! Jahat!” marah Ayaka sebelum tangannya hinggap pada paha Rei.

“Hahaha! Tu la… fokus sangat!” ejek Rei seraya menoleh pada tv yang terpasang. “Dah sampai scene mana ni?” soalnya pada Ayaka.

Tanpa menjawab soalan Rei, Ayaka sambung menonton. Tetapi wajahnya memang jelas kelihatan bengang.

“Oh… patutlah. Dah sampai scene Sunhee ajar Cheolsu menulis. Patutlah terkejut beruk.” Rei sengaja memerli adiknya. Terburai lagi tawa jahatnya apabila melihat tiada riak pada wajah Ayaka.

“Hey…” tangan Rei terus hinggap di atas kepala Ayaka. Diusap-usap kepala adik kesayangannya itu. Kali ini barulah Ayaka memberinya perhatian, tapi dengan mata yang tajam.

“Kenapa?” soal Ayaka.

“Hehehe… kalau Aya tengah marah, abang buat macam ni ajelah. Macam Sunhee selalu buat kat Cheolsu. Hee…” jawab Rei sebelum tersengih.

“Tak kelakarlah, abang. I’m not a werewolf…”

Rei terus membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Ayaka. Kepalanya disengetkan.

“Eh… ya ke?”

“Yalah! Abang ni!”

Rei mengangkat kening sebelah dan garu kepala yang tidak gatal.

“Well…” Rei berjeda sebelum menyambung, “it’s so confusing. You’re definitely not a werewolf but you act like one.”

“Apa maksud abang?!” Ayaka segera menyoal dengan mata mencerlung memandang abangnya. Wah… sekarang dia rasa seperti hendak mencekik leher si abang yang nakal di sebelahnya ini.

Rei merenung adiknya sambil senyum senget. Ah… tiba-tiba dia terasa senyuman sengetnya hampir menandingi senyuman senget Kai EXO yang seksi dan nakal. Agak logik juga kan? Wahaha! Maaf...

“Sebab Aya garang gila!” jawab Rei sebelum ketawa lagi.

Mata Ayaka membulat.Wah… tengok! Sekarang ni dia betul-betul mahu mencekik leher abangnya! Bantal yang berada di atas sofa diambil dan sepantas kilat dia memukul badan Rei dengan bantal tersebut. Rasakan!

“Hei hei hei! Sakitlah!” luah Rei sambil menepis-nepis serangan bantal yang dilancarkan oleh adiknya.

Ayaka pula, walaupun serangan bantalnya ditepis berkali-kali, namun tangannya tetap tidak mahu berhenti menyerang.

“Aya…!” jerit Rei seraya memegang tangan Ayaka, membuatkan gadis itu terdorong ke hadapan. Tiba-tiba suasana menjadi senyap apabila tubuh mereka berdua berada dekat antara satu sama lain.

“Aya…” perlahan suara Rei sewaktu menuturkan lagi nama Ayaka, sambil matanya tidak lepas daripada menatap mata cantik milik Ayaka.

Untuk seketika, Ayaka terhanyut dalam pegangan Rei, seorang jejaka yang bergelar abangnya, tapi hanya pada status, bukan pada keturunan. Rei, abang angkatnya sejak umurnya 10 tahun. Rei, yang amat sayangkannya. Tapi Rei sayangkannya sebagai orang lain, bukan sebagai seorang adik. Dan dia pula, hatinya bukan pada Rei tapi pada Shoumiki.

“Erk! Lepas…” pinta Ayaka apabila telefon pintar miliknya berdering minta diangkat. Ah… mummy yang call.

Rei yang baru tersedar terus menegakkan semula badannya. Wargh… dia kaku! Apa nak buat?! Oh ya! Terpandangkan mug di atas meja kopi, tangannya terus mencapai mug itu. Diteguknya dengan laju tanpa terfikir bahawa air kopi yang baru dibancuh itu masih panas. Aih… melecur lidahnya!

“Jadi…” Ayaka yang masih di telefon berjeda dan memandang abangnya sekilas. “mummy dan daddy tak boleh balik hujung minggu ni?”

Sebaik sahaja soalan tersebut keluar dari bibir Ayaka, Rei berasa terkejut sampai tak terasa lagi sakit di lidahnya. Dia terus berpaling pada adiknya di sebelah.

‘Aya…’ hati Rei berkata saat melihat bibir Ayaka mengukir sebuah senyuman. Senyuman… apa tu?

“Tak apa. Aya faham. Haha. Abang Rei kan ada. Okey… jaga diri!” Ayaka mematikan talian selepas selesai berbual. Tidak lama selepas itu, senyuman tadi terus sirna.

Rei segera meletakkan mug di atas meja kopi semula. Fokusnya kini hanya pada Ayaka seorang. Gadis itu diihat menundukkan mukanya, merenung kaki yang sedang bersila.

“Aya…” panggil Rei, tapi panggilan tersebut langsung tidak disahut oleh Ayaka.

“Isk… isk…” bunyi tangisan terhambur jua, membuatkan Rei terpanar.

Aya menangis!

Perlahan-lahan Rei bergerak mendekati Ayaka yang masih menunduk dengan bahu yang bergoncang-goncang. Rei mengangkat tangannya lalu dengan lembut, kepala adik kesayangannya itu diusap-usap. Usapan yang penuh dengan rasa cinta.

Ayaka angkat wajah, kemudian memandang Rei dengan mata yang berair. Pipinya basah.

“Abang, hujung minggu ni… hujung minggu ni…” Ayaka hendak menyambung.

“Tahu,” potong Rei sebelum tersenyum manis. “Hari lahir Aya.” Sambung Rei dengan senyuman yang semakin mekar.

Selepas Rei menuturkannya, pipi Aya sekali lagi basah dengan air mata. Tanpa dipinta oleh Rei, dia membenamkan wajahnya pada dada jejaka itu. Habis basah baju T yang dipakai oleh Rei dek air matanya. Tapi Ayaka tahu, Rei tak mungkin marahkannya. Tak mungkin…

“Aya… Abang kat sini. Abang takkan pergi ke mana-mana. Abang sentiasa ada di sisi Aya. Sentiasa!” Rei memujuk sambil tangannya tidak berhenti mengusap kepala adik angkatnya itu.

Tangis Ayaka tiba-tiba meninggi. Bagi Rei, tangis Ayaka bagaikan belati menghujam ke jantungnya. Namun dia membiarkan ia berterusan tanpa mahu menoktahkannya.

“Abang sayang Aya. I love you.” Ucap Rei untuk ke sekian kalinya walaupun dia tahu, luahan hatinya itu tidak akan dibalas oleh Ayaka.

Malam itu dicengkam kesedihan.


KEPALA Ayaka terangguk-angguk dengan telefon dilekapkan pada telinga kanannya. Wajahnya kelihatan agak serius ketika bercakap dengan seseorang di talian. Kadang-kadang dahinya berkerut kerana memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang berlegar-legar dalam kepalanya.

“Oh, tak! Aku rasa idea tu bukanlah idea yang bagus. Tak apalah Reina. Bila aku dapat idea untuk hapuskan perempuan tu, kau orang pertama yang akan tahu. Tapi, kau mesti sabar. Okey? Bye.”

Ayaka mematikan talian. Tiba-tiba telinganya mengutip satu suara yang memanggil namanya membuatkan dirinya dipagut oleh kejutan yang mendorong dia untuk berpusing ke belakang.

“Abang!” mulut Aya ternganga diiringi oleh mata yang terbuntang memandang kelibat Rei di muka pintu biliknya.

Hati Ayaka jadi resah apabila mulut Rei tidak mengeluarkan sebarang suara beserta wajah yang kosong. Tiada perasaan, tidak seperti wajah yang selalu ditunjukkan sebelum ini. Masing-masing mengunci mulut, membiarkan masa berlalu dengan kesejukan malam.

Mata tajam milik Rei memancarkan seribu satu perasaan yang tidak diketahui oleh Ayaka. Tubuh gadis itu mula menggigil menggambarkan rasa takut yang sedang bergelora dalam hati. Akalnya sudah membayangkan bermacam-macam perkara buruk berdasarkan riak wajah Rei yang dilihatnya.

“Ab…” Belum sempat Ayaka menghabiskan panggilan itu, Rei terus membuka bicaranya dengan soalan yang semakin membuatkan Ayaka dihambat keresahan.

“Betul ke apa yang abang dengar tadi?”

Lidah Ayaka kelu. Dia rasa tidak mampu untuk menjawab soalan Rei itu. Ia nampak senang, namun amat sukar baginya untuk menjawab apabila orang yang menyoal itu Rei. Walaupun dilanda keresahan, tetapi mindanya tetap ligat berputar mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Rei.

“Abang, sebenarnya…”

Siap dengan tangan yang dilipat ke dada, Rei mengulangi soalannya. Kali ini suaranya kedengaran lebih tegas.

“Abang tanya, betul ke apa yang abang dengar tadi?”

Ayaka tersentak tatkala disoal sebegitu oleh Rei. Mujurlah jantungnya duduknya masih kemas di dalam dada. Lalu lambat-lambat walaupun dalam gaya teragak-agak, dia mengangguk juga dalam keterpaksaan. Niat awalnya ingin menafikan, tetapi sikap Rei yang ditunjukkan pada saat itu membatalkan niat tersebut.

Dengan penuh rasa kesal, Rei menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kesal melihat sikap gadis kesayangannya itu. Ayat Ayaka yang didengarinya secara tidak sengaja tadi kembali terngiang di dalam kepalanya. Dia tidak mengangka bahawa gadis seperti Ayaka sanggup tunduk pada kejahatan.

Rei tersedar semula. Tidak! Dia tidak akan membiarkan perkara itu menguasai Ayaka dan juga dirinya.

“Ayaka, abang mohon, tolonglah jangan terus cari idea untuk hapuskan orang,” rayu Rei sambil merenung ke anak mata Ayaka.

Keresahan dan ketakutan yang membelenggu diri Ayaka tadi serta-merta hilang sebaik-baik sahaja mendengar rayuan Rei itu. Terus sahaja dia menunjukkan wajah bengisnya.

“Tak! Abang tak kenal siapa dia! Hati Aya ni hancur… hancur tengok lelaki yang Aya suka selama ni kena rampas dengan perempuan lain!” akhirnya bibir Ayaka memuntahkan perasaan hatinya.
Rei terus terdiam seribu bahasa tatkala mendengar ayat terakhir Ayaka. Selama ni… hati gadis itu ada pada lelaki lain? Ia sudah dicuri?

Namun Rei tetap tidak mahu berdiam diri. Dia tidak mahu hati orang lain pula hancur akibat rancangan jahat Ayaka.

“Tapi abang tak kiralah sama ada abang kenal dia atau tak, abang tetap nak Aya batalkan niat Aya untuk hapuskan dia. Itu tak betul!”

Nafas Ayaka semakin kuat naik dan turun. Ketika ini hanya wajah Shoumiki dan wajah Ayumi sahaja yang berlegar dalam ruang kepalanya. Kebenciannya terhadap Ayumi meluap-luap.

“Habis tu apa yang betul bagi abang? Hah?! Abang tahu ke cara lain? Tak kan?”
Rei menggelng lagi.

“Aya, ini tak betul. Ayaka sebenar bukan macam ni. Janganlah hanya disebabkan cinta, Aya jadi macam ni. Abang tak sanggup tengok hati Aya terseksa. Abang tak nak tengok hati orang lain pun terseksa disebabkan niat Aya tu!”

“Habis tu, abang nak Aya ikut cara abang ke? Aya kena tunggu lelaki yang Aya suka tu macam abang tunggu Aya selama ni?!” terlepas lagi ayat-ayat pedas daripada bibir Ayaka, cukup untuk menyentap hati lelaki Rei.

Akhirnya Rei menganggukkan kepalanya. Itu bukan petanda bahawa dia sudah putus asa, tetapi kerana hati dan otaknya penat dengan segala peristiwa yang telah berlaku hari ini.

“Fine…” itu perkataan terakhir daripada bibir Rei sebelum dia mengangkat kaki dari kamar tidur Ayaka.

Tubuh Ayaka melorot ke bawah sehingga ke lantai selepas Rei pergi dari situ. Dia menyesal.

P/S: Post ini mungkin akan menjadi last post for this year. Wish me luck the upcoming SPM. Dengan doa sepanjang usaha dan tawakkal setelah berusaha, kami pasti boleh! ^^ Sayang pembaca <3

<Rei>
Siapa kenal jejaka ini? Saya tak kenal tapi main save aje. :P

Assalamualaikum... 



Monday 21 October 2013

My Prince 12

P/S: First af all, I wanna say sorry. Eyfa always lambat update chapter baru untuk novel. Form 4 world make me busy all the time. So... that's all I'm gonna say. Enjoy!  ^_^ My Prince Chapter 12...

HANCUR berderai hati para gadis peminat fanatik Shoumiki bagai kaca apabila mengetahui gosip tentang hubungan Shoumiki dengan Ayumi. Lebih hancur lagi hati mereka apabila mendapat tahu bahawa Shoumiki sendiri yang mengaku Ayumi teman wanitanya.
       Bagi Shoumiki, dia menghadapi gosip itu dengan senang hati. Tetapi bagi Ayumi, gosip itu membuatkan dia semakin tidak betah bersekolah di Sekolah Tinggi Sakurai. Setiap hari datang ke sekolah, pasti ada sahaja mata-mata gadis yang penuh dengan perasaan cemburu, benci dan dengki memandangnya bagai hendak menelannya hidup-hidup. Ada juga yang berani melemparkan jelingan maut kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dia menerima pula bermacam-macam kata cacian daripada gadis-gadis peminat fanatik Shoumiki.
       “Ala… dia sengaja nak cari populariti kat sekolah ni. Dia kan budak baru. Sebab tu dia jadi girlfriend salah sorang daripada top student kat sekolah ni. Nak tumpang famous la katakan…”
       Yang itu, Ayumi boleh tahan lagi. Tapi yang ni hah, memang tak boleh blah!
      “Perempuan tu gilakan harta Putera Miki je. Tak cukuplah tu, harta famili dia untuk dia!”
      Wei, agak sikit eh! Mak bapak, famili jangan main! Karang aku tomoi kepala kau orang kang… baru kau orang tahu sape aku an? Huh!
      Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Ayumi sewaktu sibuk dihina oleh gadis-gadis gila yang tidak kenal malu itu. Hanya kerana statusnya sebagai teman wanita Shoumiki, dia sudah dimusuhi oleh beberapa orang gadis. Silap! Perkataan ‘beberapa’ tu dah tak boleh pakai, sebab lebih separuh daripada gadis sekolah itu memusuhinya. Semua yang dilakukan di sekolah hanya dipandang jelek. Semua tidak kena! Entah apa kenalah dengan otak mereka. Negara dah maju, tambahan pula, asal mereka daripada golongan elit. Tapi fikiran kolot mengalahkan manusia yang tinggal dalam gua! Mengalahkan manusia zaman Prasejarah!
       Mujur ada Misuki, yang sudah rasmi menjadi kawan baiknya di Sekolah Tinggi Sakurai kini. Gadis itu selalu menyokongnya dari belakang. Setiap kali ada perempuan yang ingin mengapa-apakannya, Misuki yang back up. Apa yang seronok kan, Misuki ada ilmu Taekwondo. Daebak (terbaik)…!
      “Wei, aku nak pergi tandas sekejap la. Kau main sorang-sorang eah? Tak tahan dah ni…” Misuki bersuara sewaktu pelajar-pelajar kelas 2-B sedang sibuk bermain di padang Sekolah Tinggi Sakurai. Waktu itu, mereka sedang menjalani kelas Pendidikan Jasmani.
       Ayumi yang waktu itu sedang mendribel bola terus mengangkat muka. Dia baru hendak membuka mulut, tetapi Misuki sudah lesap ke tandas. Dia tergelak kecil seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hmm… bosan pulak main sorang-sorang.
       Ayumi menuju ke sebuah kerusi panjang di tepi padang dan duduk di situ. Dia memerhatikan pelajar-pelajar lain yang sedang seronok bermain bola. Mereka ramai geng, memanglah seronok. Dia hanya dapat berkawan dengan Misuki. Tiada gadis lain lagi yang ingin berkawan dengannya.
       Sewaktu khusyuk memerhatikan pelajar-pelajar kelas 2-B bermain, mata Ayumi terarah pada Shoumiki yang sedang asyik bermain tenis dengan Shoukuro. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Tidak bergerak langsung bebola matanya daripada memerhatikan susuk tubuh Shoumiki. Shoumiki beralih ke kanan, bebola matanya bergerak ke kanan. Shoumiki beralih ke kiri, bebola matanya bergerak ke kiri. Dan begitulah seterusnya.
       ‘Hensem jugak Shoumiki ni. Bila tengok dia main tenis dengan penuh perasaan macam tu, seronok pulak.’ Ayumi terperangkap dalam ilusinya sewaktu memerhatikan Shoumiki.
       Sudah banyak cerita yang Ayumi dengar tentang kehebatan Shoumiki di Sekolah Tinggi Sakurai. Siapa lagi yang cerita, kalau bukan Misuki? Shoumiki termasuk dalam senarai top 10 pelajar pintar sekolah. Dalam kelas, Shoumiki tidak pernah terkeluar dari nombor satu hingga tiga. Shoumiki juga pernah meraih anugerah pelajar cemerlang di sekolah! Selain itu, Shoumiki juga banyak melibatkan diri dalam pertandingan bola tenis kerana itulah minatnya sejak kecil, tenis. Setiap kali bertanding, pasti Shoumiki menang. Jarang-jarang sekali untuk melihat dia kalah.
       Satu sikap Shoumiki yang amat popular di sekolah, yang semua pelajar Sekolah Tinggi Sakurai sedia maklum dan yang membuatkan semua gadis pemujanya tidak senang, iaitu sombong! Ya, buktinya, cuba lihat sendiri di sekolah. Betapa ramainya gadis yang dok gila memujanya, tetapi seorang pun tidak dipandang olehnya. Paling menghibakan, cuba beranikan diri luahkan perasaan suka pada jejaka itu. Dia akan menghamburkan ayat-ayat pedas sampai gadis di hadapannya itu rasa macam mahu menangis dan kemudian dia akan angkat kaki dengan selamba. Cuba beranikan diri, beri surat cinta kepada Shoumiki. Huh, Dia akan campak sahaja surat itu ke dalam tong sampah!
       Ayumi tidak faham sebenarnya, mengapa sampai begitu sekali sikap Shoumiki terhadap gadis-gadis pemujanya? Bagi Ayumi, tidak patut Shoumiki buat begitu. Sekalipun tidak mahu terima cinta mereka, janganlah sampai keluarkan kata-kata pedas sampai buat mereka rasa hendak menangis. Sekalipun tidak mahu balas surat cinta mereka, janganlah sampai membuang surat mereka ke dalam tong sampah. Pulangkan semula, apa salahnya?
       Kadang-kadang Ayumi suka menebak sendiri. Mungkin Shoumiki tidak mahu terima cinta gadis-gadis pemujanya kerana masih dibayangi kenangan pahit dia dengan Sawagi. Tetapi setiap kali memikirkan perkara itu, Ayumi jadi keliru. Tidak mungkin hanya disebabkan Sawagi, Shoumiki jadi begitu. Apa salahnya jika menerima cinta gadis-gadis yang menyayanginya?
      ‘Mungkin ke dia nak aku jadi girlfriend dia sebab aku tak pernah suka dia?’ Ayumi menduga. Kemudian dia cepat-cepat menepis perasaan aneh yang bertamu di hati. Pandangan matanya dialihkan ke tempat lain. Takut jika dia lama-lama merenung Shoumiki, dia akan menyerah pada jejaka itu.
       “Ayumi Masakoto… girlfriend Putera Miki!”
       Suara yang bernada sinis itu membuatkan Ayumi mengangkat wajahnya, memandang ke arah si pemilik suara. Ayaka! Sebaik sahaja tahu bahawa Ayaka pemilik suara sinis itu, Ayumi menoleh ke arah lain. Malas mahu cari gaduh!
       Di belakang Ayaka, ada tiga lagi gadis yang setia berdiri di belakangnya. Nazumi, Inomei dan Izuka. Mereka juga pelajar kelas 2-B, dan mereka itu konco-konco setia Ayaka. Apa yang Ayaka cakap, mereka tak pernah bantah. Dah macam orang bodoh pun ada.
       Ayaka mendekati Ayumi yang sedang duduk di kerusi panjang itu. Ayumi masih enggan memandang ke arahnya.
       “Aku tak faham la dengan kau ni. Apa yang buat kau kebal sangat eak, sampai bermacam-macam benda teruk yang kita orang buat kat kau pun, kau boleh bertahan lagi? Dah dekat sebulan kau sekolah kat sini.” Ayaka membuka bicara. Tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Ah, memang dia tidak pernah senyum pun sewaktu berhadapan dengan Ayumi!
       Ayumi hanya diam, tiada balasan yang keluar dari mulutnya. Dia masih tidak memandang ke arah Ayaka.
       Ayaka yang belum puas, bersuara lagi. “Kau sayang sangat ke dengan Putera Miki sampai tak sanggup tinggalkan dia?”
       Berkerut wajah Ayumi mendengarnya. ‘Euww… sayang? Aku masih tak ada apa-apa perasaan pun lagi pada mamat tu la!’ hatinya yang bersuara.
       “Atau kau nak kita orang buat lagi teruk dari semua ni? Biar makin teruk, makin kau tak tahan. Lepas tu, kau terus tinggalkan sekolah ni. And lepas tu, baru la kita orang puas!”
       Masih tidak memandang wajah Ayaka yang sedang bercakap dengannya, Ayumi mencebik. Matanya dihalakan ke atas, kemudian berpusing ke bawah, seperti menjeling.
       ‘Fine! Buat je la apa-apa pun yang kau orang nak. Aku tak kisah! Yang aku tahu, aku memang takkan kalah dengan taktik kotor kau orang tu! Kau orang fikir aku takut ke? Oh pelish…!’
       Apabila melihat tiada sebarang reaksi daripada Ayumi, Ayaka jadi berang. Sedari tadi, Ayumi langsung tidak menoleh ke arahnya. Padahal dia sedang bercakap dengan gadis itu.
       “Hei, aku tengah cakap dengan kau la! Kau dengar ke tak? Pekak ke?!” Ayaka bersuara dalam jerit yang tertahan.
       ‘Telinga aku still berfungsi dengan baik la! Tak pekak lagi! Aku malas je nak layan kau, membazir masa dan air liur je!’ hati Ayumi membalas.
       Tidak betah lagi duduk di situ dek kehadiran Ayaka dan konco-konconya, Ayumi segera bangun dari kerusi panjang itu. Ayaka yang terkejut dengan perbuatannya itu terus bangun dan merentap tangan Ayumi dengan kasar.
       “Eh, sakitlah!” Ayumi terjerit kecil seraya menyentap semula tangannya dari pegangan Ayaka. Selepas itu, Ayaka tiba-tiba memegang dagunya kasar.
       “Ada suara pun kau kan? Tak bisu lagi, tak pekak lagi,” Ayaka bersuara sinis.
       Sementara itu, Shoumiki yang sedang sibuk bermain tenis dengan Shoukuro terpandang ke arah Ayumi yang sedang dikerumuni oleh geng Ayaka. Semerta, dahinya berkerut. Dia terhenti daripada bermain.
       ‘Apa yang Ayaka buat kat Ayumi tu?’
      Tanpa membuang waktu, Shoumiki cepat-cepat meluru ke arah Ayumi dan geng Ayaka. Membulat matanya apabila matanya terarah pada dagu Ayumi yang dipegang kasar oleh Ayaka. Namun hanya sekejap. Ayaka terus melepaskan dagu Ayumi sebaik sahaja tersedar ada dia di situ. Gadis itu melemparkan senyuman manis kepadanya.
       “Apa yang kau orang buat kat girlfriend aku ni?” Shoumiki menyoal. Segera dia mendekati Ayumi. Wajah comel Ayumi dibelek-belek, risau jika ada tercalar atau luka. Melampau betul tu!
       Wajah Ayumi pula sudah merona merah tatkala melihat perlakuan Shoumiki yang melebih itu. Dia sedaya upaya mengelakkan pertembungan mata. Takut jatuh cinta!
       “Yumi, awak okey?” Shoumiki menyoal lembut.
       “Saya okey la!” Ayumi menjawab, matanya masih mengelak daripada memandang Shoumiki.
       ‘Ish, tak faham ke? Aku malu la!’ hati Ayumi membentak.
     Shoumiki baru tersedar sesuatu. Terus sahaja dia berhenti membelek wajah Ayumi. Dalam hati, dia tertawa sendiri.
      ‘Eheh! Tu la… comel sangat. Aww…!’
    Ayaka terasa semakin panas hatinya. Dia seolah-olah tidak wujud di depan mata Shoumiki yang dipujanya macam nak mati itu!
       “Guys, let’s go!” arah Ayaka pada konco-konconya sebelum mengangkat kaki dari situ.
       “Eh, Aya! Kau serius tak nak kacau dia orang tadi? Aku macam tak boleh percaya la!” Nazumi terus bersuara sebaik sahaja mereka sudah berada jauh dari Shoumiki dan Ayumi.
       “Ha’ah la, Aya. Patutnya kau kacau dia orang tadi. Kau goda la Putera Miki cukup-cukup!” Inomei pula bersuara.
       “Kau nampak tak tadi? Putera Miki layan Ayumi mengalahkan puteri! Depan kita pulak tu!” Inomei meluahkan rasa geramnya.
       Mencerlung mata Ayaka mendengar kata-kata mereka bertiga.
       “Eh, kau orang jangan jadi bodoh la! Cuba fikir, takkan la aku nak goda Putera Miki macam tu je? Buat malu aku je, nanti Putera Miki fikir aku ni perempuan murahan je!”
       Dalam hati Nazumi, Inomei dan Izuka, ‘eleh! Dia memang dah anggap yang kau ni perempuan murahan kut!’
       “So, what are you going to do with that Ayumi now?” Inomei bertanya.
       Ayaka mengukir senyuman sinis.
       Just wait and see, guys. I know what to do! Kau orang pun akan bantu aku jalankan plan ni!”


[Reed Deming of X-Factor USA] ;)

Sunday 14 July 2013

My Prince 11

“TUAN Muda Miki, kami dah sediakan sarapan ni. Tolonglah bangun!” Ayu, salah seorang daripada pembantu rumah Vila Sakurai mengetuk pintu bilik Shoumiki buat kesekian kalinya.
       Beberapa orang pembantu rumah lain yang sejak tadi berdiri di hadapan bilik tidur Shoumiki sudah tidak tahu lagi hendak buat apa. Sudah banyak kali pintu bilik tuan muda mereka itu diketuk namun sampai sekarang tiada respon daripada Shoumiki. Semua tahu yang Shoumiki memang agak liat untuk bangun pagi lebih-lebih lagi pada hari cuti.
       Tidak lama kemudian, Ayumi bergegas menuju ke bilik Shoumiki dengan kunci di tangan. Dia menyuruh pembantu-pembantu rumah yang sedang berdiri tercegat di hadapan bilik tidur Shoumiki agar memberi laluan kepadanya. Kunci di tangannya terus dicucuk ke tombol pintu bilik Shoumiki.
       “Yumi, kau nak buat apa? Nanti kalau dia marah, mati kau!” Ayu mula resah.
       “Shhh… senyap je sudahlah. Tengok je apa aku nak buat,” Ayumi tidak mempedulikan kata-kata Ayu itu. Apabila pintu sudah terkuak, dia menolak pintu itu dan terus menapak masuk ke dalam bilik Shoumiki. Pintu bilik Shoumiki ditutup semula.
       “Miki… bangun!” Ayumi menolak-nolak lembut tubuh Shoumiki yang sedang berselubung dengan comforter di atas tilam katil yang empuk. Oh… mentang-mentang tidur atas tilam empuk, terus tak nak bangun dah?
       “Emm…” Shoumiki mengeluarkan suara malas. Diatidak mempedulikan kehadiran Ayumi.
     “Miki… bangunlah!” Ayumi sudah duduk di atas katil bersebelahan dengan Shoumiki. Tangannya menolak-nolak tubuh Shoumiki.
      “Emm…” Shoumiki masih tidak mahu membuka matanya. Sebenarnya dia sudah terjaga, Cuma dia sengaja ingin menguji kesabaran Ayumi.
       “Miki…”
       Tiba-tiba dalam keadaan mamai itu, Shoumiki mendapat idea nakal untuk mengenakan Ayumi. Tangan kecil Ayumi yang sedang menolak tubuhnya terus ditarik sehingga tubuh gadis itu terjatuh di atas tubuhnya. Comforter yang menyelubungi tubuhnya diselak sehingga paras dada.
       “Miki… apa ni?!” Ayumi geram. Dia cuba untuk bangun tetapi Shoumiki pula sudah memeluk tubuhnya kuat membuatkan dia hampir tidak boleh bernafas.
       “Miki, lepaskan saya!” Ayumi menjerit kecil. Dia meronta kuat.
       Shoumiki terus melepaskan tubuh Ayumi lalu dia menghamburkan gelaknya. Acah je tu!
       “Gila la awak ni!” Ayumi merengus geram sambil mengibas-ngibas uniform pembantu rumahnya.
       “Mana sarapan saya?” tanpa mempedulikan Ayumi yang sedang menahan marah terhadapnya, Shoumiki menyoal. Dia yang ketika itu sedang bersandar pada kepala katil masih berada dalam keadaan mamai.
    “Ada kat luar tu. Dah, pergi basuh muka! Lepas ni keluar, pergi makan kat ruang makan. Jangan mengada-ngada nak makan kat atas katil macam anak raja!”
       Shoumiki mencebik. ‘Ceh! Garang betul minah ni!’ Hatinya sempat berkata sewaktu memerhatikan sikap Ayumi.
       “Ayumi!” Shoumiki memanggil nama Ayumi sewaktu gadis itu baru sahaja hendak memulas tombol pintu biliknya untuk keluar.
       Ayumi menoleh. “Yes?”
       “Dukunglah saya…” Shoumiki merengek seperti kanak-kanak kecil.
      Ayumi buat muka menyampah! Dia ni sengaja nak cari pasal? Tak kesian ke kat aku dengan maids kat luar tu?
       “Don’t be childish, okay? Bangun sendiri! Ada kaki kan?” habis berkata-kata, Ayumi terus keluar dari bilik Shoumiki. Tidak tahan dia kalau berlama-lama di dalam bilik lelaki itu! Oh pelis!
       Shoumiki tersengih sendirian. Hailah hati… Kalau hari-hari macam ni pun best. Ayumi garang pun tak apa, asalkan dia dapat jumpa gadis comel itu hari-hari. Kena marah dan sound hari-hari pun tak apa, asalkan dia dapat dengar suara comel gadis itu! Ahaks dah mula dah hati ni! Shoumiki tersengih-sengih lagi.
       “Hey, tunggu apa lagi tu? Cepatlah!” terjengul kepala Ayumi di muka pintu bilik Shoumiki.
       “Yelah…” Shoumiki turun dari katil.
       Ayumi mengiringi Shoumiki ke meja makan selepas jejaka itu selesai membasuh muka. Selepas Shoumiki duduk di kerusi makan, dia menghidangkan makanan untuk jejaka itu. Kemudian dia berdiri di sisi Shoumiki.
       “Mana yang lain?” Shoumiki menyoal.
      “Cik Muda Yuuna kata dia nak pergi rumah kawan dia. Cik Muda Erika pulak kata dia ada study group kat luar dengan kawan-kawan dia,” laju sahaja Ayumi menjawab.
       Terjungkit sebelah kening Shoumiki. ‘Cik Muda Yuuna? Cik Muda Erika? Amboi, ‘cik muda’ konon! Yang aku ni, tak nak pulak dia panggil aku Tuan Muda Miki? Dia kan personal maid aku!’
       “Awal-awal pagi dah keluar?”
       Ayumi berdecak sinis.
     “Awal-awal pagi awak cakap? Hei, awak yang bangun lambat! Dia orang bangun awal, tak macam awak!”
       Shoumiki berwajah selamba. Dia sudah mendekatkan sudu yang berisi sup ke mulutnya, tetapi kemudian perlakuannya itu terhenti. Pandangannya dialihkan ke arah wajah Ayumi yang sedang tercegat di sebelahnya. Wajah gadis itu tidak beriak.
       “Apa?” Ayumi menyoal.
       Shoumiki mengukir senyuman manis buat Ayumi.
       “Ayumi, duduk sebelah saya,” arah Shoumiki.
       Ayumi terus menggelang laju.
       “Tak nak!” jawabnya sepatah.
       ‘Entah apa pulak la yang kau nak buat kat aku nanti!’ hati Ayumi menyambung.
       Shoumiki lantas menjuih bibir. Sengaja buat muka comel.
       “Ala… kenapa tak nak? Saya bosan la makan sorang-sorang.”
       “Tak nak! Lagipun buat apa saya nak duduk sebelah awak? Saya dah makan kut.”
      Shoumiki tidak mahu mengalah. Lantas lengan kecil gadis itu ditarik sehingga tubuh gadis itu terjatuh di atas kerusi di sebelahnya.
       “Miki!”
       “Suapkan saya. Aaaa…!” Shoumiki membuka mulutnya.
       Mata Ayumi membulat. Dia tidak mahu menurut.
      “Cepat la! Aaaa…!” Shoumiki menggoyang-goyangkan tubuh Ayumi.
       “Hisy… Miki! Ada maids lain la kat sini. Malu…!”
       Shoumiki tergelak. Namun dia tidak peduli. Dia harus merapatkan dirinya dengan Ayumi. Dia harus buat gadis itu jatuh cinta padanya. Dia pasti boleh!
       “Cepat…!” Shoumiki merengek lagi lalu membuka mulutnya luas-luas.
      Ayumi merengus kasar. Kali ini, dia tiada pilihan lain lagi. Daripada Shoumiki terus merengek macam bayi, lebih baik dia… lari!
       Tanpa menunggu sesaat, Ayumi cepat-cepat bangun dari kerusi dan membuka seribu langkah. Panggilan Shoumiki di belakang tidak dipedulikan. Dia menuju ke taman bunga Vila Sakurai dan berharap agar Shoumiki tidak akan mengejarnya.
       “Dah besar, makan la sendiri! Gedik!” Ayumi mengutuk. Dia duduk di atas kerusi batu yang terletsk di tengah-tengah taman bunga.
       Ayumi termenung sejenak. Dia terfikir tentang keluarganya. Agaknya apa yang mereka sedang buat sekarang? Tengah sibuk uruskan restoran ke? Hari ini kan hari cuti, pasti kakak-kakaknya membantu mama dan papanya sekali. Kalau mama dan papanya tidak dibantu, pasti mereka tak menang tangan mahu melayan pelanggan. Yalah, nak ambil pekerja lain pun mana cukup duit nak bayar gaji.
       Tiba-tiba sekuntum bunga ros berwarna merah diletakkan betul-betul di hadapan Ayumi. Ayumi terkejut lalu memalingkan muka ke belakang. Seorang gadis comel tersengih-sengih di belakangnya.
       “Cik Muda Erika!”
       Erika melabuhkan punggung di atas kerusi batu bersebelahan dengan Ayumi. Beg sandangnya diletakkan di atas meja batu.
       “Sekejapnya cik muda pergi?”
       Erika tersenyum.
       “Tak jadi study group, cancel. Ada ramai members yang tiba-tiba tak jadi datang,” jawab Erika.
     Ayumi menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia kemudian mencapai bunga ros merah pemberian Erika tadi di atas meja batu lalu mendekatkannya ke hidung. Emm… wangi!
       “Wangi kan?”
       Ayumi memandang Erika. Dia mengangguk. Selepas itu, suasana menjadi senyap seketika sebelum Erika bersuara.
       “Emm… nak tanya sikit boleh? Betul ke awak ni girlfriend abang saya, Miki?”
       Ayumi terpana tatkala mendengar soalan Erika. Soalan cepumas ni! Apa dia nak cakap?! Erika ni adik Shoumiki!
       “Err…”
     Erika mencapai jari-jemari Ayumi dan meramas-ramasnya lembut. Gadis itu terkejut dengan perlakuannya yang tidak dijangka itu.
     “Sekarang dah tersebar luas gosip pasal awak dengan abang saya tau! Jadi tak payah la nak sembunyikan lagi.”
       Ayumi tercengang. Eh?
      “Ayumi, mula-mula bila saya dapat tahu yang abang saya dah ada girlfriend dan awak orangnya, saya memang terkejut. Saya tak sangka, betul-betul tak sangka!”
       Ayumi tersengih sendiri. ‘Betul, betul! Ni hah, aku sendiri pun tak sangka! Huh!’
      “Let me tell you a story about my brother. Dia pernah suka sorang perempuan dulu. Bukan tahap suka je, tapi dah sampai tahap cinta mati! Nama dia Sawagi. Tapi dia tak pernah luahkan pada perempuan tu sampailah satu hari tu…”
***
MATA Sawagi tidak berkelip merenung Shoumiki di hadapannya. Jejaka itu pula kelihatan resah. Wajah Shoumiki menunduk, memandang makanan di atas meja sambil mengetap bibir. Hai… macam perempuan! Pemalu sangat!
       “Miki…” Sawagi bersuara.
       Shoumiki mengangkat muka. Namun hanya sekilas sebelum dia kembali menunduk. Aduh, dia memang tidak tahu mahu letak mukanya di mana lagi waktu ini! Sudah lama dia simpan perasaan ini. Sejak Sawagi mendekatinya.
       Ya, dia amat sukakan Sawagi, gadis yang paling popular di sekolah kerana kecantikannya. Gadis itu selalu  mendekatinya. Gadis itu yang menegurnya dahulu. Sawagi selalu ada sewaktu dia dilanda masalah. Gadis itu sentiasa bermulut manis, dan senyumannya juga sangat manis! Gadis itu seolah-olah memberinya harapan untuk dia menjadi teman lelakinya.
       Lagipun, dia yakin Sawagi belum berpunya. Selama mengenali Sawagi, dia tidak pernah melihat gadis itu dengan lelaki lain. Malah hanya dia kawan lelaki Sawagi. Sawagi pernah kata yang dia rimas dengan lelaki-lelaki yang ingin mendekatinya.
       “Miki, awak serius? Serius awak sukakan saya?” Sawagi bertanya.
       Tanpa mengangkat muka, Shoumiki mengangguk. “But I’m not forcing you. I’m just telling you about my feelings for you. Kalau awak tak nak terima…”
       Sawagi terus menggeleng laju. “Tak! Siapa cakap saya tak nak terima?”
     Terus Shoumiki mengangkat wajahnya. Tiba-tiba semangat datang, membuatkan dia berani untuk menentang mata Sawagi.
       “Be… betul…?”
       Sawagi mengangguk perlahan. Dia mengukir senyuman manis.
       “Awak tak ada boyfriend?”
       Lambat-lambat, Sawagi menggeleng.
       “Saya mana ada boyfriend! Awak tak kan tak sedar lagi, saya kan selalu dengan awak. Mana ada lelaki lain yang saya kawan,” terang Sawagi.
       “Tapi… awak terus terima?”
      “Miki, awak tak yakin lagi ke? Betul, saya terima. Lagipun, saya pun sukakan awak. Takkan la saya terima kalau saya tak sukakan awak kan?”
     Jawapan Sawagi itu membuatkan mata Shoumiki bercahaya. Senyuman lebar terlukis di wajahnya. Wah… setelah sekian lama dia menyimpan perasaan ini, baru sekarang dia dapat luahkannnya dan terus dibalas! Alangkah indahnya dunia!
       Shoumiki terus mencapai tangan lembut milik Sawagi yang diletakkan di atas meja. Gadis itu kelihatan terpana.
       “Sawagi… I promise. I promise, I won’t break your heart! Saya akan kekalkan hubungan kita. Okay?”
       Sawagi mengangguk seraya tersenyum.
       “Saya pun janji takkan putuskan hubungan kita. Tapi…”
       “Tapi apa?” Shoumiki menyoal tidak sabar.
       “Awak famous, ramai perempuan nakkan awak kat sekolah. Tak takut ke? Saya takut la…”
      “Tak, saya akan lindungi awak walau macam mana sekalipun. Itu janji saya! Eleh, lagipun ramai lagi la lelaki hensem kat luar sana. Kat sekolah kita pun, bukannya 10 orang je yang hensem, ramai lagi la saya tengok!”
       Sawagi mencebik.
     “Ceh! Cakap orang… awak pun sama. Banyak-banyak perempuan kat sekolah kita tu, kenapa awak pilih saya jugak?”
       Shoumiki tersengih. “Sebab awak yang termasuk dalam hati saya.”
       Sawagi tersenyum malu-malu. Tiba-tiba sahaja dia terasa ingin ke tandas.
       “Miki… saya nak pergi tandas sekejap la. Sekejap je, okey?”
       “Okey!”
       Selepas Sawagi berlalu, Shoumiki menghirup sedikit air jus di atas meja. Dia tersenyum lebar, kemudian tersengih, kemudian ketawa sendirian. Sekali pandang, dah macam angau! Oh, dia memang dah angau pun. Hehehe
       Sewaktu Shoumiki leka melayan perasaan angaunya itu, dia terdengar bunyi deringan yang datang daripada telefon bimbit milik Sawagi. Dia mencapai telefon bimbit gadis itu. Skrin ditatap. Ada mesej.
       ‘Hai… Sawagi ni tertinggal handphone dia kat sini pulak? Terlupa la tu nak bawa sekali masa pergi tandas’ hati kecil Shoumiki bersuara.
        Shoumiki berkira-kira sama ada mahu menunggu Sawagi untuk membuka mesej tersebut dahulu atau dia yang baca dahulu, kemudian barulah dia memberitahu gadis itu.
       ‘Hesy… tak baik la kalau aku baca. Ni handphone dia. Mesej ni untuk dia, bukan aku!’
       ‘Eh, tapi kau kan dah rasmi jadi boyfriend dia, apa salahnya kalau kau baca kan?’
       Shoumiki tersengih sendiri. Dia menjungkit kening dengan senyuman. Nak baca ke tak nak?
       Baca!
       Shoumiki terus membuka mesej yang baru masuk tadi. Sebaik sahaja membaca mesej itu, matanya terus menjegil. Nafasnya turun naik. Mesej ini dihantar oleh Midori. Siapa Midori?!
       Sayang, saya dah lama tunggu awak ni. Awak kat mana sekarang? Cepat sikit datang, okey? Saya tunggu!
       ‘Sayang’? Kenapa Midori gelar Sawagi sebagai sayang? Sawagi ada boyfriend lain ke? Kalau dah ada boyfriend, kenapa dia terima aku? Kenapa dia terus terima tanpa fikir panjang?
       Shoumiki cepat-cepat menggeleng. ‘Tidak! Mungkin si Midori ni yang tergila-gilakan Sawagi. Mungkin lelaki tu bertepuk sebelah tangan je. Ya, mungkin… jadi mesej ni tak bermakna Midori ni boyfriend Sawagi kan? Lagipun tak mustahil la kalau ramai lelaki yang sukakan Sawagi yang cantik jelita mengalahkan ratu cantik tu. Beruntung aku dapat jadi boyfriend dia.’ Shoumiki menyedapkan hati.
       Tiba-tiba, akalnya mendapat satu lagi idea. ‘Lebih baik aku baca sikit mesej-mesej dalam  inbox dia ni.’
       Shoumiki menekan salah satu mesej di dalam peti masuk telefon bimbit Sawagi. Mesej daripada Kounosuke. Sengaja dia memilih mesej yang dihantar oleh lelaki untuk dibaca. Baca mesej daripada perempuan kepada Sawagi, buat apa? Buang masa je!
       Sekali lagi, mata Shoumiki menjegil selepas membaca mesej daripada Kounosuke itu.
       Thanks for everything, Sawagi. Awak balas jugak cinta saya kan? Thanks!
       Hah? Sawagi balas cinta Kounosuke? Maknanya Kounosuke tu boyfriend Sawagi? Tak mungkin!
       Shoumiki masih tidak berpuas hati. Dia membaca satu lagi mesej yang pernah diterima oleh Sawagi baru-baru ini. Mesej yang diterima oleh Ryu semalam.
       Sayang, saya dah masukkan 50 000 Yen yang awak minta hari tu dalam akaun bank awak. Esok awak ambil la.
       Nafas Shoumiki semakin turun naik. Dadanya terasa berombak. Matanya terjegil. Dia tidak percaya, tapi inilah realitinya! Selain dia sendiri, Midori, Kounosuke dan Ryu, siapa lagi yang menjadi mangsa Sawagi? Dia rasa ramai lagi!
       “Shit!” Shoumiki menyumpah dan tanpa sedar, dia melempar telefon bimbit Sawagi yang berada di tangannya ke lantai. Pecah berderai telefon itu. Bunyi bising yang datang daripada telefon bimbit yang dilempar ke atas lantai itu membuatkan semua mata pelanggan yang berada di dalam kafe terus terarah pada tempat telefon bimbit itu dibaling.
      Shoumiki sudah tidak mahu berada di situ lama-lama lagi. Dia terus bangun tanpa mempedulikan pandangan pelanggan-pelanggan di dalam kafe itu. Mereka bukan sesiapa!
       “Miki…! Kenapa dengan handphone saya ni?” Sawagi yang baru pulang dari tandas terkejut apabila ternampak telefon bimbitnya sudah pecah di atas lantai. Habis isinya terkeluar. Dia segera mendekati Shoumiki yang sudah bangkit dari kerusi. Wajah jejaka itu kelihatan merah padam.
       “Sampai hati kau tipu aku!”
       Sawagi tersentak. Perlahan-lahan, tangannya mencapai tangan Shoumiki tetapi jejaka itu cepat-cepat menepis. Melihat perlakuan Shoumiki itu, dia sudah tidak sedap hati.
       “Miki… kita discuss kat luar eah?  Malu orang tengok,” Sawagi bersuara lembut seraya menarik tangan Shoumiki ke luar kafe.
       ‘Tahu pun malu? Dah tipu orang, tak malu pulak?’ hati Shoumiki mengutuk sewaktu melangkah keluar dari kafe.
       Sebaik sahaja sampai di luar kafe, Shoumiki menyentap tangannya daripada pegangan tangan Sawagi.
      “Apa masalah awak sebenarnya?” Sawagi menyoal. Baru tadi Shoumiki gembira kerana dia telah membalas perasaan jejaka itu. Tapi apa yang dah jadi sekarang?
       Shoumiki tertawa sinis. Wajah Sawagi dipandang tajam.
      “Aku tak de masalah tapi kau yang ada masalah. Aku nak tanya, memang seronok eah pasang boyfriend lebih dari satu?”
       Mata Sawagi semerta membulat. Dia mengetap bibirnya.
       ‘Aduh, macam mana dia boleh tahu ni? Selama ni, tak pernah sekalipun aku kantoi! Pasal hal ni ke, sampai dia campak handphone aku kat dalam kafe tadi?’
       “Miki, awak check handphone saya ke? Kenapa? Awak tak berhak!”
      “Eh, aku pun tak pernah ingin la check handphone kau tu! Tapi kalau tak disebabkan bunyi mesej telefon kau tu, aku memang tak sentuh handphone kau! Ni, tak pergi jumpa Midori ke? Kesian dia, dah lama tunggu kau,” Shoumiki bersuara sinis.
       Sawagi sudah tercengang. Dia terkebil-kebil memandang Shoumiki.
       “Miki… semua ni bukan macam yang awak sangka,” suaranya mengendur.
       Sekali lagi Shoumiki menghamburkan tawa yang kedengaran sinis.
       “Aku tak bodoh la, Sawagi! Mesej daripada Midori, Kounosuke, Ryu tu semua tak cukup lagi ke untuk buktikan yang dia orang tu boyfriends kau? Dasar playgirl!”
       Sawagi semakin gelisah. Wajah Shoumiki semakin menyinga, jelas menunjukkan yang jejaka itu sangat marah padanya.
       “Miki…” Sawagi mencapai lengan Shoumiki lembut.
       Shoumiki mengerling ke arah tangan Sawagi yang mendarat di lengannya. Terus sahaja tangan itu ditepis kasar. Dulu boleh la kalau kau nak pegang tangan aku, tapi sekarang… jangan harap!
       “Ah… I forgot! Kau dah keluarkan belum duit 50 000 yen dari akaun bank kau? Kalau belum, baik kau ambik sekarang. Ryu dah pesan. Aku rasa kau pun dah baca mesej tu. Lagi satu, Kounosuke! Beruntung dia kan, ahirnya dapat jugak jadi boyfriend kau. Tapi dalam tuah, nasib malang pulak. Jatuh cinta pada playgirl! Nasib dia sama macam aku kan? Cuma yang bezanya, aku sedar dulu daripada dia. Memang bertuah sebab aku sedar dulu, and I hope one day, dia pun akan sedar jugak!”
       Sawagi telan liur. Payau! Inilah kali pertama dia nampak wajah Shoumiki ketika marah. Inilah kali pertama dia diherdik oleh Shoumiki. Sebelum ni, jejaka itu tidak pernah berkasar dengannya. Tidak pernah, walaupun sekali.
       “Aku rasa kau ni memang perempuan yang gilakan harta kan? Kesian Ryu, dah tertipu dengan taktik kotor kau tu! Nasib baik aku belum tertipu lagi. Selamat duit aku, tak jatuh kat tangan playgirl macam kau ni!”
      “Miki…” sekali lagi Sawagi mencapai lengan Shoumiki, dan sekali lagilah tangannya ditepis dengan kasar.
       “Sawagi, listen here! Start from today…” Shoumiki sengaja menggantung ayatnya. Dia memandang tajam wajah Sawagi.
       Sawagi menggeleng-geleng laju, bagai sudah dapat mengagak ayat Shoumiki yang seterusnya.
      Shoumiki menokok, “I don’t want to see your face anymore! Persahabatan kita yang dulu pernah terjalin, putuskan! Aku tak nak ada kena-mengena lagi dengan kau! You get it?”
       “Miki!” Shoumiki tidak mempedulikan panggilan Sawagi. Dia berlalu dari situ dan terus masuk ke dalam perut kereta mewah milik keluarganya. Dia mengarahkan kepada Pemandu Tabe supaya pergi dari situ cepat-cepat. Tidak lama selepas itu, kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya.
***
MULUT Ayumi ternganga luas. Matanya bulat memandang Erika yang baru habis bercerita tentang kisah cinta tragis Shoumiki.
       “Sejak tu, abang jadi benci pada perempuan yang suka pada dia. Mana-mana perempuan yang berani dekat dengan dia, tak kira la perempuan tu cantik mengalahkan artis atau model atau ratu cantik ke, dia takkan pernah layan!
       Awak tahu? Lepas kejadian tu kan, abang berkeras suruh daddy dengan mummy buang Sawagi dari Sekolah Tinggi Sakurai. Daddy dengan mummy tak berani nak buang, last-last Sawagi terpaksa pindah ke sekolah lain. Padan muka!”
       “Hah! Sampai macam tu sekali?”
       Erika mengangguk laju.
       “Dengan abang saya, awak jangan main-main. Dia kalau dah benci atau marah, tak boleh jangka dia nak buat apa lepas tu! Muka je hensem, tapi perangai… ish ish ish!”
       Ayumi tertawa. Memorinya mengimbas kembali peristiwa sewaktu dia bertembung dengan Shoumiki buat pertama kalinya. Dia terlanggar Shoumiki sewaktu menunggang basikal selepas pulang dari sekolah. Marah betul Soumiki waktu itu sampai menolak-nolak tubuhnya dengan kasar. Tidak cukup dengan itu, bahunya pula ditonjok-tonjok dengan kasar.
       “Saya pun benci kat Sawagi tu. Mula-mula dia dekati abang saya. Lepas dapat dekat, dia jadi bestfriend abang saya. Selalu dia datang vila ni. Tengok muka dia je, saya dah menyampah! Tahu la cantik, tapi berlagak! Dia pernah warning kat saya, jangan ganggu hubungan dia dengan abang saya. Ada ke patut? Nasib baik saya tak bagitau abang tau!
       Masa abang jumpa Sawagi buat last time tu, saya ada dalam kereta, abang suruh teman. dari A sampai Z abang cerita kat saya lepas balik.”
       Ayumi tertawa lagi. Entah kenapa, dia rasa seronok dan terhibur sewaktu Erika bercerita tentang Shoumiki.
       “Ayumi… saya mintak supaya awak jaga hubungan awak dengan abang eah?”
       Ayumi tersentak. Tawanya terhenti terus. Ada perasaan aneh di hatinya tika ini.
       “Abang sanggup lindungi orang yang dia sayang. Dia tahu banyak risiko kalau dia bagitau yang awak ni girlfriend dia kat sekolah. Tapi tak sangka, dia berani ambik risiko kan?”
       Ayumi tersenyum tawar. ‘Tapi Miki sayang ke kat aku? Heh!’
       “Don’t ever break his heart, okay?” Erika merayu lembut.
       Ayumi menunduk, memandang lantai.
       “Tapi saya cuma personal maid dia la…”
       Erika tersenyum.
      “Tapi saya tak kisah! Awak kan anak kawan baik daddy and mummy? Takkan awak tak tahu kenapa abang saya lantik awak as his own personal maid?”
      “Hah?” Ayumi mengerutkan dahi tanda tidak faham. ‘Shoumiki ada sebab ke kenapa dia suruh aku jadi personal maid dia?’
       “Hei, serius awak tak tahu? Mestilah sebab dia nak awak selalu ada dekat dengan dia!” Erika tertawa.
       “Eh?” Ayumi terpinga-pinga. ‘Ah, whatever la!’ dia malas memikirkannya.
       “Ayumi, please… jaga hati abang saya. Jangan cari lelaki lain tau!”
       “Ceh!” Ayumi tertawa kecil. Kemudian dia terdiam. “Tapi kita orang kan still muda. Nanti kat universiti, lagi ramai perempuan cantik yang dia jumpa!”
       Erika menggelengkan kepalanya.
       “Tapi abang tu seorang yang setia. Erika kenal dia la, jangan risau. Saya boleh tolong awak kalau awak ada masalah dengan dia.”
       Ayumi menjungkit kening sebelah. Pulak dah?
       “Saya boleh tolong rapatkan awak dengan dia lagi. Kalau awak gaduh dengan abang saya, cakap je! Saya tahu apa nak buat!” Erika mengenyit mata kirinya.
       Ayumi tersengih bagai kerang busuk.
       ‘Adeh, makin lama makin parah!’
       “Eh, tak payah la!”
       Erika mencapai tangan Ayumi yang terletak di atas meja batu.
       “Tak pe! Lagipun saya dengan Kak Yuuna la yang banyak tahu pasal abang.”
       Ayumi hanya mengukir senyuman tawar.
      “Emm… tapi saya pelik la. Macam mana abang boleh couple dengan awak eak? Eh, cuba la cerita sikit, pasal awak dengan abang Miki!”
       “Err…” lidah Ayumi kelu. Dia tidak tahu mahu jawab apa. Takkan nak cerita pasal dia dan Shoumiki tu musuh? Oh tak!!! Mampus nanti!
       Erika tertawa. “Saya gurau je la! Tapi saya sokong dengan pilihan abang kali ni. Abang tak salah pilih. Saya tertanya-tanya je, dia kan tak suka perempuan yang suka dekati dia, perempuan gedik semua tu. So, awak tak pernah dekati abang saya la kan? Macam  mana kau orang boleh bercinta eak? Ayumi, awak suka abang saya ke tak?”
       Ayumi sudah hampir pengsan akibat asyik diberi soalan maut oleh Erika.
     “Eh, mesti la saya suka! Suka sangat..! Dia dah macam nyawa saya. Kalau dia tak de, saya tak tahu macam mana hidup saya…” bohong Ayumi.
       Terjungkit kening Erika, dia seronok mendengarnya.
       “Ikhlas?” soal Erika.
       Ayumi mengangguk laju. Hai… terpaksa la dia tipu. “Ikhlas!”
       Sementara itu, Shoumiki sudah tersenyum lebar, selebar-lebarnya di sebalik pintu keluar ke taman bunga Vila Sakurai. Sejak tadi dia menahan seyum, sejak mendengar Ayumi mengatakan yang gadis itu sukakannya. Kedua-dua tangannya dikepal dan dia menyeringai gembira seraya menyebut yes tanpa suara.
       Shoumiki berjanji. Mulai sekarang, hanya Ayumi gadis yang layak menjadi kekasihnya.


Hey, who knows who is this? BTS Jung Kook, the maknae!!! this cute little maknae lagi muda daripada Eyfa. Eyfa lahir  on 21st July, sedangkan dia lahir on 1st September!!! And we both were born in the same year, 1997~!!! Going crazy ^o^
My birthday is coming soon. nasib la terkena kat bulan Ramadhan... ^_^

BTW, 'pakwe' K-pop Eyfa yang Top 3 mula dengan letter 'J'. Sungguh Eyfa tak sangka. hehe. B1A4 Jin Young, LC9 J. Hyo and BTS Jung Kook! ;)
Ok la, bye, guys! dah pukul berapa ni. kang esok tak pasal-pasal terlepas sahur. huhu T^T But seriously, I'm still not sleepy yet. :P

nah~ hadiah! XD