Friday 29 March 2013

My Prince 5


(ini bukan Shoumiki, tapi ini Shoukuro! ^_^)

“ALA... bolehlah, mummy!” Shoumiki masih tidak berputus asa. Ibu bapanya perlu terus dipujuk!
       Puan Takayama menggeleng pantas. “Mummy kata tak boleh! Miki ni faham ke tak?”
       “Miki nak jugak!”
       “Tak boleh!” Puan Takayama berkeras.
      Apabila melihat ibunya tidak mahu beralah, akhirnya Shoumiki beralih ke arah ayahnya di sebelah. “Daddy, boleh eah? Bolehlah...” ayahnya pula dipujuk. Inilah akibatnya kalau sudah dimanjakan dengan kesenangan sejak kecil. Setiap kemahuan tetap ingin diturutkan!
       Encik Takayama memandang wajah anaknya. “Kamu nak apa sebenarnya, sampai nak suruh kami terima personal maid kamu? Ada apa-apa ke ni? Patutnya kami yang pilihkan personal maid untuk kamu. Ni tak, kamu yang pilih personal maid kamu sendiri.”
       Shoumiki terdiam. Bibirnya diketap sambil akalnya sibuk mencari idea untuk menjawab segala soalan yang ditujukan kepadanya. Argh...! Apa nak jawab ni?!
        “Itu... err... kenapa? Tak boleh?” akhirnya hanya soalan yang keluar dari mulutnya, bukan jawapan.
Encik Takayama tergelak kecil. “Tengok tu, tengok tu! Orang tanya dia, dia tanya orang balik!”
       Shoumiki tersengih.
       “Miki, tak payah degil. Mummy takkan benarkan kamu bawa masuk personal maid sembarangan! Tak boleh! Kalau kamu degil jugak, siaplah kamu,” Puan Takayama memberi amaran.
       Shoumiki menoleh laju ke arah ibunya. Ceh! Mummy ni biar betik?!
       “Mummy, daddy, Miki tahulah siapa yang layak dan siapa yang tak layak jadi personal maid Miki.”
       “Tapi kamu...”
      Belum sempat Puan Takayama menghabiskan kata-katanya, Shoumiki memotong. “Perempuan yang gedik, mengada-ngada, perangai macam orang yang tak berpelajaran dan stalker sememangnya tak layak untuk jadi personal maid Miki kan? Kan kan?”
      Puan Takayama dan Encik Takayama memandang anak lelaki mereka itu serentak. Betullah apa kata Shoumiki itu.Mereka bukan apa, sebenarnya mereka risau jika anak mereka itu membawa masuk gadis yang entah datang dari mana untuk dijadikan pembantu peribadi. Mereka Cuma tidak mahu tersilap pilih orang. Yalah, tahu saja yang Shoumiki mempunyai wajah yang kacak dan ramai peminat. Sepanjang menjaga Shoumiki, sudah macam-macam perkara yang berlaku.
       Masih diingat sewaktu Shoumiki bersekolah di tadika. Setiap kali tiba waktu rehat, pasti ada sahaja budak perempuan yang memberinya makanan. Bukan sedikit, tapi banyak! Sudahnya, makanan itu terpaksa diberi kepada orang lain kerana terlalu banyak makanan yang diterima. Setiap kali tiba hari jadi Shoumiki, ramai gadis yang memberinya hadiah. Biasanya cikgu akan mengadakan sebuah parti hari jadi untuk mereka yang menyambutnya. Cikgu juga akan mengadakan sesi ‘bercium’ sebelum sesi memotong kek. Ada kanak-kanak perempuan yang tidak ingin melepaskan ciuman mereka sewaktu mencium Shoumiki!
       Masih diingat juga sewaktu Shoumiki bersekolah di sekolah rendah. Baru sahaja masuk di sekolah itu, dia sudah ada ramai peminat sehingga sebuah kelab peminat ditubuhkan khas untuknya. Shoumiki juga mempunyai kawan baik sewaktu bersekolah di situ. Shoukuro namanya. Nama mereka hampir sama. Shoukuro juga sama seperti Shoumiki. Shoukuro mempunyai ramai peminat dan ada juga kelab peminat yang ditubuhkan khas untuknya. Selain kelab peminat, Shoumiki selalu diberi bermacam-macam bentuk hadiah apabila tiba hari jadinya. Sama seperti di tadika.
       Apabila sudah membesar menjadi remaja dan pelajar sekolah tinggi, lain pula perangai peminat Shoumiki. Shoumiki, Shoukuro dan beberapa orang pelajar lelaki yang kacak dilabel sebagai ‘top students’ walaupun ada antara mereka yang tidak berapa pandai dalam pelajaran. Setiap hari di sekolah, mereka didekati oleh beberapa orang pelajar perempuan. Bukan cuma itu, mereka juga sudah mempunyai kelab peminat masing-masing. Setiap hari, pasti ada surat yang diletakkan di dalam lokar mereka. Tidak dinafikan, ada juga pelajar perempuan yang terlalu obses terhadap Shoumiki sehingga mereka sanggup mengintip setiap pergerakan Shoumiki! Bukan Cuma itu, mereka juga sanggup mencederakan gadis yang mempunyai hubungan dengan mana-mana pelajar lelaki yang dilabel sebagai ‘top students’! Akibat daripada si pengintip-pengintip tidak bertauliah itulah, Encik Takayama dan Puan Takayama terpaksa memasang pengawal peribadi untuk Shoumiki. Bukan Cuma Shoumiki yang mempunyai pengawal peribadi, malah hampir semua pelajar yang dilabel sebagai ‘top students’ mempunyai pengawal peribadi masing-masing termasuk Shoukuro. Menyusahkan betul!
       Hah! Lupa yang ni. Bukan hanya golongan gadis yang menaruh perasaan terhadap Shoumiki, tahu? Cikgu pun ada! Selain cikgu, ada juga pemuda yang akan terpegun saat melihat wajah Shoumiki di hadapan mata. Bukan gay, tapi kagum dengan kekacakan dan kepandaian Shoumiki. Hebat, bukan?
       “Betul apa yang kamu cakap tu. Tapi bukan ke kamu dah ada bodyguards? Mereka tu tak cukup lagi ke?”
     Shoumiki buat muka masam. Ceh, bodyguards tu? “Mereka tu lainlah, mummy, daddy! Mereka lelaki. Mereka bodyguard, bukan personal maid! Banyak perbezaan,” dia menekan perkataan ‘bodyguard’ dan ‘personal maid’. Memang tak sama!
      Encik Takayama memandang ke arah isterinya, Puan Takayama. Isterinya itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.
      “Bolehlah...” Shoumiki merayu lagi sambil tangannya meraih tangan Encik Takayama dan Puan Takayama.
Puan Takayama merenung Shoumiki. Shoumiki buat muka comel. Ceh! Mentang-mentang muka handsome! Puan Takayama tergelak kecil melihat gelagat anak lelakinya itu.
       Shoumiki masih buat muka comelnya. Mummy ni takkan tak terpikat kut tengok budak handsome ni buat muka comel plus manja? Cepatlah setuju, mummy! Daddy pun sama....
       “Ala... mummy, daddy, biarkan ajelah dia nak ambil personal maid. Bagus jugak tu. Lagipun Yuuna rasa kalau ada personal maid, dia lagi senang kut nak ubah perangai tak elok tu. Betul tak?” tiba-tiba Yuuna muncul di ruang tamu dan terus mencelah. Dengan pandangan nakal, dia mengangkat kening memandang adiknya.
       Daripada muka comel, terus jadi muka monyet. Eh, monyet pun comel apa?  Shoumiki menjeling Yuuna. Isy, kalau ikutkan hati mahu saja dipukul-pukul paha kakaknya itu. Nakal sangatkah dia di rumah? Tapi memandangkan kakaknya juga menyokong rancangannya untuk mengambil pembantu peribadi sendiri, dia rasa seronok. Ada juga manusia yang mendengar rayuannya. Yes! Arigatou (terima kasih), Kak Yuuna sayang! I lebiu...!
       Encik Takayama dan Puan Takayama memandang wajah Shoumiki dan Yuuna silih berganti. Dahi mereka berkerut. Isy, boleh percaya ke ni?
       “Hmm... baiklah! Daddy benarkan.”
       Shoumiki terus menoleh ke arah ayahnya. Keningnya terangkat, matanya membulat. “Betul ke ni, daddy?”
       “Abang, senangnya abang cakap?” Puan Takayama terkejut.
       Encik Takayama menghadiahkan sebaris senyuman buat isterinya. “Tapi, dengan satu syarat!”
       “Apa dia?” Shoumiki menyoal tidak sabar.
     “Kamu mesti bawa gadis tu jumpa kami sebelum dia sah jadi personal maid kamu. Ini wajib kalau dia betul-betul nak kerja di vila ni!”
       Shoumiki tersenyum. “Oh, Miki tahulah! Bukan ke itu memang ada dalam prosedur? Baiklah, daddy dan mummy!”
       “Ceh! Sukalah tu,” Yuuna menyampuk.
       “Mestilah Miki suka. Apasal? Kak Yuuna pun nak personal maid ke?”
     “Ceh! Tak ingin! Akak dah cukup baik, tak payah nak amik personal maid segala. Akak boleh jaga diri sendiri, berdikari. Tak macam kamu, nakal, tak pandai berdikari!” Yuuna mengenakan adiknya. Serentak itu, dia mencampak bantal yang berada di atas sofa tepat mengenai kepala Shoumiki. Padan muka! Hahaha!
     “Kak Yuuna...!” bergema ruang tamu vila dengan jeritan Shoumiki. Shoumiki membaling bantal itu semula, juga tepat mengenai kepala Yuuna. Selepas itu, dia cepat-cepat bangkit dari duduk dan berlari laju ke arah pintu.
       Yuuna mengetap bibir. Walaupun berasa geram, tetapi bantal yang dibaling ke arahnya tadi tidak dibaling semula ke arah Shoumiki, sebaliknya ia hanya dipegang. Hisy budak kecik ni memang tau! Tak guna punya adik! Nakal betul! Tak padan dengan muka handsome tu! Malang betul jadi kakak dia.
       “Kamu nak pergi mana tu, Miki?” soal Puan Takayama apabila melihat Shoumiki seperti ingin keluar.
       “Miki nak ajak Kuro main tenis.”
      “Eh, tak nak main tenis kat sini aje ke? Daddy kan dah sediakan gelanggang tenis khas untuk kamu kat vila kita ni.”
       Shoumiki menggeleng laju. “Tak naklah. Sesekali nak jugak main tennis kat luar. Bye-bye!”
     “Tunggu kejap, Miki!” arahan Encik Takayama membuatkan Shoumiki tidak jadi untuk membuka pintu. Mana handphone saya?” Encik Takayama menyoal isterinya.
       “Nah,” Puan Takayama menghulurkan telefon bimbit suaminya.
       Encik Takayama terus mendail nombor seseorang, kemudian dia melekapkan telefon bimbitnya ke telinga. “Helo, Pengawal Kaname. Miki nak keluar main tenis dengan Kuro sekarang. Beritahu Pemandu Tabe sekarang juga. Saya nak kamu dan Pengawal Tahara perhatikan orang-orang di sekeliling dia terutamanya gadis! Faham? Okay, bye.
       Shoumiki yang mendengar, terus memuncungkan mulutnya. Sambil melangkah keluar dari dalam vila, dia membebel, “Aku nak main tenis kena bawa bodyguards, nak lepak dengan Kuro kena bawa bodyguards, nak join study group pun kena bawa bodyguardsYosh!” Lagi-lagi pengawal, lagi-lagi pengawal! Bosan, tahu tak? Dahlah tu, tak bebas pulak.
     “Erika mana, Yuuna?” Encik Takayama menyoal anak sulungnya itu setelah kelibat Shoumiki hilang daripada pandangan.
       “Dia keluar sekejap tadi. Ah Yuuna baru ingat! Dia kan ada kelas tuisyen hari ni. Takkan mummy and daddy tak ingat kut?”
       Encik Takayama dan isterinya mengeluh. Memang sekarang mereka mudah terlupa tentang rutin harian anak-anak mereka akibat kesibukan bekerja. Semakin sibuk, semakin tiada masa untuk diluangkan bersama keluarga.
***
SEJAK setengah jam yang lalu, Ayumi asyik berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilik tidurnya tanpa henti. Ada kalanya dia menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal. Lagaknya itu sudah seperti kucing kehilangan anak sahaja.
       “Aduh, macam mana ni?” Ayumi menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut.
       Sudah semalaman dia berfikir tentang permintaan ‘Putera Ais’ yang ditemuinya tempoh hari. Putera Ais? Tak ada nama lain ke nak bagi kat mamat hati batu tu? Kalau ya pun tak tahu nama mamat tu, tak payahlah sampai gelar dia Putera Ais. Yalah, dah kata ‘mamat hati batu’ kan? Gelaran ‘Putera Ais’ tu memang sesuailah kan? Tapi disebabkan Putera Ais itulah, dia tak dapat tidur lena malam semalam! Ada ke patut dia disuruh menjadi maid?! Kalau dia tolak, dia akan dicium! Euww... taknak!
       Jadi maid? Ya, maid! Apa jenis maid yang dia nak suruh aku jadi? Aku ni harap aje pandai akademik, tapi hampeh kalau bab kerja rumah ni! Yang paling jelas sekali, aku ni manalah pandai masak! Memang tak cukup kriteria sebagai maid la! Aku tahu kemas bilik tidur je. Itu je! That’s all! Ayumi membebel dalam hati.
       “Aish...! Macam mana nak cakap kat mama and papa ni? Kalau aku cakap pun, dia orang nak ke izinkan aku jadi maid? Tak mungkinlah...!”
      “Apa yang tak mungkin, Yumi?” Puan Masakoto yang muncul secara tiba-tiba di pintu bilik tidur Ayumi menyoal ingin tahu.
       Ayumi hampir terlompat sewaktu mendengar suara Puan Masakoto. Matanya membulat sewaktu menoleh ke arah mamanya yang sedang berdiri di pintu bilik tidurnya itu. Kedengaran nafasnya dilepaskan.
       “Tak ada apa-apalah, mama.”
      Puan Masakoto mengukir senyuman manis buat Ayumi. Dah pandai berahsia pulak. Ada-ada ajelah anak aku ni.
       “Err... mama pulak kenapa tiba-tiba muncul ni?” soal Ayumi.
       “Ah, lupa pulak mama. Mama nak panggil kamu makan malamlah.”
       “Eh? Kenapa tak panggil Yumi dari bawah je?” Ayumi menyoal lagi, pelik. Kan boleh panggil dari bawah je, kenapa sampai nak naik ke biliknya pulak? Rumah baru  mereka ni pun bukannya besar sangat macam vila mereka yang dulu.
       Puan Masakoto tergelak, sinis. “Sebab tu la mama naik atas ni. Mama dah panggil nama kamu banyak kali, bukannya kamu nak sahut. Turun ke bawah pun tak,” jawabnya.
      Bush! Kena batu sebiji kat kepala! Semerta pipi Ayumi bertukar warna. Merah macam disapu dengan blusher! Aduh, mama dah panggil ke tadi? Bengangnya... Putera Ais, ni semua kau punya pasal!!! Siaplah kau kalau aku jumpa nanti! Penumbuk dikepal. Tak pasal-pasal, Putera Ais pula yang disalahkan.
       “Sudahlah, Yumi. Cepat turun makan. Kamu tak makan sejak pagi tadi. Berkurung je kat dalam bilik ni. Mama dah puas ajak, tapi kamu kata tak ada seleralah, streslah, tak laparlah. Macam-macamlah kamu ni! Tahu tak papa risau gila tengok kamu macam tu? Dahlah kamu ada gastrik. Kang tak pasal-pasal terbaring sakit perut kat dalam bilik sorang-sorang. Dibuatnya pengsan nanti, macam mana?” Nah! Sekarang giliran Puan Masakoto pula yang membebel. Hoho!
       Tersengih memanjang sahaja Ayumi sewaktu mendengar bebelan mamanya. Telinganya digosok sesekali. Mamanya ini kalau sudah membebel, tak cukup dakwat pen nak salin!
       “Baiklah, mama....”
       “Yumi, kalau ada masalah cakap ajelah. Mama tak bolehlah tengok kamu macam ni.”
       Kening Ayumi semerta bertaut. Eh mama ni macam tahu-tahu aje aku ada problem. “Siapa kata Yumi ada masalah? Ish mama ni, pandai-pandai je,” dia menafikan.
       “Tapi mama boleh...”
      Belum sempat untuk Puan Masakoto menghabiskan kata-katanya, Ayumi terus mencelah. “Mama, Yumi laparlah. Jom kita makan sekarang. Mesti papa dengan kakak-kakak Yumi dah tunggu lama kat dapur tu kan? Jom!” tangan mamanya dicapai.
    Puan Masakoto terpaksa berhenti daripada meneruskan kata-katanya yang terbengkalai tadi. Ayumi memang pandai tutup topik! Dia membuntuti Ayumi di belakang.

***
SHOUKURO melabuhkan punggung di atas sebuah bangku panjang yang telah disediakan di gelanggang tenis. Zip beg galasnya dibuka. Semua alat yang diperlukan sewaktu bermain tenis dikeluarkan. Kasut sukan disarungkan ke kaki. Beres!
       Sementara menunggu Shoumiki sampai, lebih baik dengar beberapa lagu kegemarannya. Tidaklah bosan sangat. Shoukuro mengeluarkan MP3 dari dalam kocek seluar sukannya. Fon telinga dilekapkan pada telinga kanannya.
       Wajah Shoukuro tiba-tiba jadi keruh. Matanya berair. Lagu yang bermain di telinganya waktu ini, lagu All Memories With You. Lagu ini adalah hasil ideanya bersama Isaki, teman wanitanya yang sudah setahun meninggalkannya. Mereka karang lirik lagu ini bersama-sama. Minat mereka terhadap muzik mendorong mereka mencipta lagu ini bersama-sama. Dan yang paling penting, mereka cipta lagu ini berdasarkan memori cinta mereka.
       Kisah lama terimbas kembali di kotak fikiran Shoukuro.
      Tidak berapa lama selepas lagu All Memories With You itu dicipta, hubungan mereka tidak seperti dulu. Isaki mula menjauhkan diri daripadanya. Pada mulanya, dia tidak pernah tahu apa sebab gadis itu menjauhkan diri daripadanya sampailah satu malam, kawan baik Isaki iaitu Misuki memberitahunya perkara sebenar yang telah berlaku.
       “Kuro, cepat!” Misuki bersuara di talian. Nafasnya kedengaran turun naik.
       Dahi Shoukuro berkerut. Dah kenapa dengan perempuan ni? Tiba-tiba je call aku, suruh cepat. Cepat apa?
       “Kuro, Saki dah larang aku bagitahu kau pasal ni. Tapi aku rasa kau kena tahu juga!”
       Shoukuro semakin pelik. Namun rasa ingin tahu membuak-buak kerana hal itu membabitkan Isakinya.
     “Kau tak tahu kan kenapa dia cuba jauhkan diri daripada kau? Sebenarnya, dia disahkan menghidap kanser otak. Lepas dapat tahu, dia terus berubah. Dia dah tak ceria macam dulu. Masa tu aku sorang je yang tahu pasal ni sebab aku ada dengan dia masa doktor beritahu dia ada kanser otak. Aku nak beritahu kau tapi dia asyik larang. Dia pun cuba jauhkan diri daripada kau.”
       Shoukuro terkesima. Sewaktu mendengar ayat kedua Misuki itu pun matanya sudah membulat. Lidahnya kelu.
     “Tapi kau kena tahu yang cinta dia pada kau tak pernah kurang. Dia sayangkan kau, tapi malangnya penyakit dia tu jadi penghalang hubungan kau orang. Dia kata, beritahu kau pasal penyakit dia tu lebih terseksa berbanding dia sendiri yang dapat tahu pasal penyakit dia. Jadi dia pilih untuk berdiam diri.”
       Shoukuro menggeleng laju. Tak mungkin! Misuki tipu kan? Ini semua mimpi kan? Pipi ditampar. Sakit!
Isaki! Hanya nama itu yang terlintas di fikirannya sekarang.
       “Mana Isaki?! Mana? Aku nak jumpa dia sekarang! Cepat beritahu!” Shoukuro menjerit di talian.
      “Dia tengah terseksa sekarang, Kuro. Cepat datang hospital! Aku ada kat sini. Kuro, jangan lambat! Aku nak kau ada di sisi dia waktu ni. Cepat!” Misuki juga hampir menjerit.
       Talian terputus.
      Tanpa membuang waktu, Shoukuro bergegas keluar dari biliknya. Dia berdiri di luar vila. Dia cepat-cepat menelefon pemandunya. Dia mesti cepat! Tidak berapa lama selepas pemandunya dipanggil, kereta milik keluarganya berhenti di hadapannya. Shoukuro segera masuk ke dalam kereta.
       “Cepat! Pergi hospital!” arah Shoukuro.
      Sebaik sahaja sampai di hospital, Shoukuro mencari wad khas yang menempatkan katil Isaki. Mujur Misuki sudah memberitahu nombor wad itu awal-awal melalui mesej pesanan ringkas. Tidaklah susah-susah dia ingin bertanya dengan jururawat di hospital itu.
       Wad 276! Yes, jumpa!
      Perlahan-lahan, pintu wad itu di tolak. Shoukuro terpempan di pintu wad apabila melihat ramai yang berada di dalam wad itu. Dia melangkah setapak demi setapak. Hatinya tersa bagai hendak gugur sahaja waktu ini.
       “Kuro!”
     Shoukuro menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Misuki! Dia dapat lihat mata gadis itu sembap. Mungkin akibat terlalu banyak menangis.
       “Cepat!” Misuki menarik tangan Shoukuro.
       Shoukuro hanya mengikut sahaja ke mana arah Misuki membawanya.
       “Isaki!” Shoukuro terpempan. Kakinya terhenti sebaik sahaja tiba di hadapan katil Isaki.
      Tuhan! Beginikah azab yang ditanggung oleh pesakit kanser? Shoumiki hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Wajah Isaki jelas kelihatan pucat. Berat badannya susut, tidak seperti dulu lagi. Rambutnya telah banyak gugur.
      “Maaf, puan. Kami tak dapat selamatkan pesakit ini lagi,” doktor yang ditugaskan untuk merawat penyakit Isaki memberitahu ibu Isaki yang setia berdiri di sisi anaknya itu.
       “Tak mungkin! Doktor, saya yakin masih sempat. Doktor tolonglah selamatkan anak saya. Tolong!” ibu Isaki merayu.Pipi wanita tua itu sudah lencun dek air mata.
     Shoukuro juga sudah menangis. Air mata lelakinya jatuh juga saat melihat kekasih sendiri sedang menghadapi saat genting. Bagaimana hidupnya nanti jika Isaki pergi? Bagaimana dia ingin belajar? Bagaimana dia ingin melakukan rutin hariannya jika asyik teringatkan Isaki?
       “Doktor! Saya minta doktor jangan berhenti rawat Isaki! Saya perlukan dia. Kami perlukan dia!” Shoukuro mendesak doktor di hadapannya itu.
      “Tapi kami memang tak jumpa cara lain lagi untuk selamatkan dia. Kanser otaknya dah mencapai tahap paling bahaya.”
       Air mata Shoukuro semakin laju menuruni pipinya saat mendengar jawapan doktor itu.
       “Kuro...” lembut suara Isaki menyebut nama Shoukuro.
       “Saki!” Shoukuro mendekati Isaki. Pipi gadis itu diusap lembut sebelum jari-jemarinya dicapai.
       Isaki menghadiahkan senyuman paling manis buat Shoukuro. Rindunya dia pada jejaka itu. Rindunya dia pada memori mereka sewaktu bersama dahulu. Kalau dia tidak manghidap penyakit kanser otak ini, sudah pasti mereka dapat bersama seperti dulu. Belajar bersama, makan bersama, buat kerja rumah bersama, semuanya dilakukan bersama.
       “Kuro, maafkan saya. Saya tak dapat tunaikan janji saya nak teman awak selama-lamanya. Saya tak dapat buat awak happy macam dulu lagi. Maafkan saya,” suara Isaki tersekat-sekat sewaktu menuturkan kata-kata itu.
       Shoukuro menggeleng kepalanya laju. “Tak! Jangan minta maaf. Awak tak pernah buat salah. Saya tahu awak sayang saya. Awak tak pernah lupakan saya. Saya tahu tu. Saki, saya minta awak jangan tinggalkan saya. Tengoklah ibu awak ni. Dia sayangkan awak.”
       Isaki mengalihkan pandangan ke arah ibunya. Dilihatnya wanita tua itu sedang menangis teresak-esak memandangnya. Dia cuba untuk menghadiahkan senyuman manis buat ibunya itu. Mungkin itu adalah pandangan dan senyuman terakhir untuk ibunya.
       “Ibu, jangan nangis. Kenapa ibu nangis? Senyumlah, bu. Senyum,” dia berkata dengan suara yang tetap kedengaran tersekat-sekat. Dia tidak dapat bercakap dengan lancar waktu ini. Kesakitan semakin dirasai.
       Ibu Isaki semakin teresak-esak. Anakku, macam mana ibu nak berhenti menangis? Macam mana ibu nak senyum? Ibu tak sanggup, nak. Ibu tak sanggup. Bisik hati kecilnya. Namun begitu, dia cuba juga untuk senyum.
       Isaki mengalihkan pandangan ke arah Shoukuro semula. Pipi jejaka itu sudah lencun dek air mata. Dia tertawa kecil. “Lelaki pun menangis ke? Apalah. Tak malu!” dia bergurau.
       Shoukuro tidak ketawa. Senyum jauh sekali. Dia tidak dapat berhenti menangis. Macam mana dia nak berhenti kalau girlfriend tengah sakit teruk macam ni?
       Isaki menggenggam erat jari-jemari Shoukuro. Dia ingin sekali menyanyi sebuah lagu buat kekasihnya itu. Mungkin inilah saat-saat terakhir mereka dapat bersama.

All I remember
Memories with you, my love
I won't forget, my dear I promise

All I remember
Memories with you
And no one can separate us

If Then God takes you from me
I won't forget you
Our memories will last forever
And I know you always be with me

All I know, you know
I love you
I love you


       Isaki  menyanyikan lagu All Memories With You, khas untuk Shoukuro. Air matanya jatuh juga setelah lama ditahan.
       “Saki, jangan...! Saya tak nak awak tinggalkan saya. Tolonglah!” Shoukuro merayu. Semakin lebat air matanya.
       Ini yang terakhir, Kuro. Saya sayang awak juga. Saya pun tak nak tinggalkan awak, tapi saya tak boleh. Saya tak boleh... hati kecil Isaki menangis.
      Isaki memandang ibunya. “Ibu, saya sayang ibu. Terima kasih sebab jaga saya dari kecil sampai sekarang. Maafkan saya sebab tak sempat nak balas jasa ibu,” ucapnya.
       Ibu Isaki hanya mampu mengalirkan air mata dan mengangguk. 
      Selepas itu, Isaki memandang sahabat baiknya yang sentiasa berada di sisinya selama ini, Misuki. Air matanya mengalir laju. “Misuki, aku sayang kau. Terima kasih sebab kau sanggup tolong ibu aku jaga aku. Aku dah banyak menyusahkan kau selama ni. Terima kasih, Misuki. Aku sayang kau.”
      Misuki sudah tidak dapat bertahan lagi. Dia hampir sahaja rebah di situ. Mujur dia sempat berpegang pada besi katil Isaki. Ibu Isaki juga memeluk bahunya, mengerti akan kesedihan yang dirasai waktu ini.
       “Aku pun sayang kau, Saki. Aku ikhlas jaga kau. Aku buat semua tu sebab aku sayang kau,” dia bersuara lirih. Air matanya tidak mahu berhenti mengalir. Perlahan-lahan, dia mendekati Isaki. Jari-jemari gadis itu dicapai.
       Isaki memandang wajah Shoukuro pula. Dia cuba mengukir senyuman. “Awak janji jangan berhenti capai impian walaupun saya tak ada kat sini lagi. Jangan cari perempuan lain tau! Haha.”
       Shoukuro tidak mampu untuk berhenti menangis. “Saki... jangan pergi!”

All I know, you know
I love you
I love you

       Isaki menyanyikan rangkap terakhir dalam lagu All Memories With You.
      “Aishiteru (saya cinta awak),” Itulah ucapan Isaki yang terakhir buat Shoukuro sebelum menghembusan nafas terakhir.
      Air mata Shoukuro mengalir lagi. Isaki! Bukan ke awak dah janji tak akan tinggalkan saya? Tapi kenapa awak mungkiri janji tu?
       “Kuro!” satu suara mengejutkan Shoukuro dari lamunan yang agak panjang. Itu suara Shoumiki dari luar gelanggang tenis!
       Shoukuro cepat-cepat menyeka air matanya. Lebih baik dia keringkan air mata itu sebelum Shoumiki ternampak. Kantoi nanti!
       “Kau dah lama tunggu?” soal Shoumiki yang sudahpun memasuki gelanggang tenis.
       Shoukuro hanya memberi anggukan sebagai jawapan.
       Shoumiki pelik melihat sikap Shoukuro. Berbeza. “Err... kau okey ke?” teragak-agak dia menyoal.
       Sekali lagi, Shoukuro hanya menjawab dengan anggukan.
       Shoumiki mendekati Shoukuro. Bahu sahabatnya itu disentuh. “Kuro, kau ni macam tak okey je.”
     Kali ini Shoukuro mengangkat wajah, memandang wajah Shoumiki. “Kan aku angguk. That means I’m okay. Shall we start now?
       Shoumiki mengangguk. “Okey. Jom mula.”

P/S: Guys, sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update blog. Jeongmal choeseonghamnida! *bow*
Sorry kalau bab 5 ni bosan. Eyfa tengah badmood time ni. :(
But still, I hope you enjoy reading! ~_^
Lagu All Memories With You ni, Eyfa karang sendiri lirik dia. Hentam sajalah. Hahaha! -_-

Zhang He gege~ I miss you. :'(

Wednesday 6 March 2013

My Prince 4

SHOUMIKI merengus geram. Hisy... rimas betul! Rimas, rimas! Apa pasallah budak ni degil sangat? Perangai tak ubah macam perempuan gedik! Oh bukan, dia memang gedik! Dahlah tu, keanak-anakan pulak! Huh! Shoumiki membentak-bentak dalam hati. Masam mukanya.
       “Miki, awak dengar tak ni? Saya cakap ni...” gadis di sebelah Shoumiki yang bernama Reina mencapai lengan Shoumiki. Siap dengan gaya gedik, dia bermain-main rambutnya dengan jari.
      Wajah Shoumiki tetap masam, malah lebih masam berbanding tadi. Dia menarik lengannya daripada pegangan Reina dengan sepantas kilat. Lehernya digosok dengan tangan. Giginya diketap dengan kuat. Wajah Reina langsung tidak dipandang. Menyampah!
        Perempuan ni kan! Agaknya kalau aku bagi penumbuk, baru dia nak blah kut? Kalau aku cakap tak nak tu, tak naklah! Apa pasal dia nak paksa pulak?! Dasar perempuan tak tahu malu! Dahlah tak bagi aku pergi dari sini! Rimasnya...!
       “Awak...”
       “Saya cakap tak nak!” Shoumiki naik angin. Kali ini dia merenung tajam mata Reina.
     “Kenapa tak nak? Susah sangat ke? Kenapa? Awak dah ada girlfriend? Siapa dia? Siapa yang dah rampas awak daripada saya? Dia lebih cantik daripada saya ke?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Reina. Macam peluru!
       Semakin sakit telinga Shoumiki mendengar suara Reina yang dah macam apa! Perasan nak mampus dia ni! Cantik? Heh, tak guna muka cantik kalau perangai tak tahu malu! Dahlah suara sengaja digedikkan depan aku! Eeii... geli aku dengar tahu tak?!
       “Siapa perempuan tu? Beritahu saya!” Reina semakin mendesak. Tidak cukup dengan itu, dia menarik wajah Shoumiki supaya memandangnya.
       Shoumiki sudah mati akal. Mana aku nak cari ‘girlfriend palsu’ ni? Dah lah Kak Yuuna dengan Erika tak dapat nak tolong macam selalu. Hari ni juga nak sibuk! Adeh, mati aku macam ni. Agaknya kalau aku lari, boleh tak? Eish! Tak boleh, sebab nanti perempuan gila ni kejar aku pulak!
       Dalam sibuk mencari akal, Shoumiki terpandang satu susuk tubuh seorang gadis berada tidak jauh dari dia dan Reina di luar kafe. Gadis itu sedang membongkok seperti mencari sesuatu. Entah mengapa, dia tertarik untuk memandang gadis itu lebih daripada 10 saat. Eh, tunggu?! Bila dipandang lama, dia rasa dia kenal gadis itu.
       Yes, idea dah datanglah! Bagus, Miki! Kau memang sangat genius! Shoumiki tersenyum sendiri.
     “Eh, kenapa senyum? Dah boleh terima permintaan saya ke?” Reina menyoal. Namun tanpa dijangka, Shoumiki menolak kasar jemarinya yang sedang memegang wajah Shoumiki. Dia terkejut dengan tindakan jejaka itu.
       Shoumiki segera bangun dari kerusi. “Awak tunggu sini. Jangan pergi mana-mana!” arahnya sebelum melangkah keluar dari kafe. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Ya, jahat... hehehe
        “Hei, awak nak ke mana?” soalan Reina tidak dipedulikan.
      Ayumi masih membongkok. Dia sudah berada di tengah-tengah Bandar Tokyo lebih daripada dua puluh minit! Namun benda yang dicarinya itu tetap tidak dijumpai. Dia tidak mahu putus asa! Dia tidak akan balik sebelum benda yang dicarinya itu dijumpai! Dia tidak peduli langsung dengan pandangan orang yang sedang lalu-lalang di Bandar Tokyo.
       Tiba-tiba tubuh Ayumi dilanggar oleh seseorang. Akibat berdiri dalam keadaan membongkok, dia hilang pertimbangan dan terjatuh. Aduh, sakitnya punggung! Ayumi mengangkat wajah, memandang ke arah orang yang melanggarnya tadi. Tak ada niat nak tolong ke?
       Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata orang yang melanggarnya tadi, terus Ayumi kau. Mata tu... mata tu... mata tu...!
       “Awak lagi?!”
       Shoumiki mengangguk. “Apasal? Awak nak saya tolong?” dia menyoal. Tangan dihulurkan bagi membantu gadis di hadapannya itu bangun.
     Cis! Dah sedap langgar orang, dia boleh tanya macam tu selamba je! Ayumi mengutuk di dalam hati. Tangan jejaka itu disambut. Dia cuba untuk berdiri walaupun punggungnya terasa sakit.
       “Ok, sekarang awak pula tolong saya,” Shoumiki berkata. Tangannya masih memegang tangan Ayumi.
       Ayumi mengetap bibir, geram. Cis! Mamat ni memang tau! Sengaja langgar aku, lepas tu pura-pura tolong aku sebab nak aku tolong dia pulak?! Heh, ingat aku tak tahu ke?
        Apabila tiada suara keluar dari mulut Ayumi, Shoumiki menjongket bahu. “Nama awak siapa?” soalnya.
       “Perlu ke saya beritahu nama saya kat awak?” sinis Ayumi bertanya. “Ni, tangan saya awak lepaskan boleh tak?”
        Shoumiki senyum sinis. Oh, tak nak beritahu nama ya? Tak pe, tapi aku tak nak lepaskan tangan kau!
     “Lepaslah!” Ayumi cuba menarik tangannya daripada pegangan Shoumiki, namun cubaannya itu gagal akibat pegangan yang terlalu kuat. Sakit pun ada!
       “Saya tanya lagi sekali, siapa nama awak?” Shoumiki mengulangi soalannya.
       “Huh! Ayumi! Puas hati awak?!”
      Shoumiki mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman jahat, sekali lagi. Akhirnya... Ayumi ya nama kau?
       “Now, ikut aku!”
       “Ikut? Ikut pergi mana?” Ayumi menyoal.
      “Ikut ajelah. Tak payah banyak cakap!” Shoumiki terus menarik tangan Ayumi ke dalam kafe tadi. Dia berhenti di hadapan Reina.
       Reina mengangkat wajah. Apabila dia terpandang seorang gadis di sebelah Shoumiki, dahinya berkerut. Pelik. Pandangannya beralih kepada Shoumiki pula.
       “Miki, siapa perempuan ni?” Reina bertanya.
     “Tadi awak nak tahu sangat kan siapa girlfriend saya? Sekarang, saya dah bawa girlfriend saya jumpa awak. Kenalkan, ni Ayumi.” dengan gaya selamba, dia memperkenalkan Ayumi sebagai ‘girlfriend’nya di hadapan Reina.
       Mata Ayumi membulat. Apa? Girlfriend? Aku? Aku girlfriend dia? Mangkuk ayun! Sesedap mulut je dia kata aku ni girlfriend dia! Bila masa aku jadi girlfriend dia ni? Nama dia pun aku tak tahu! Dia ni memang! Hurgh...! Hatinya membara.
       Mata Reina waktu itu terkebil-kebil. “Hah? Ni girlfriend awak?” dia menyoal.
      “Reina, awak pekak? Nak saya ulang? Dia ni memang girlfriend saya. Saya cintakan dia dan saya takkan pergi kat sesiapa termasuk awak! Lepas ni awak jangan tegur saya lagi. Kalau bertembung kat sekolah, jangan tegur saya dengan gaya gedik awak tu!” Shoumiki berkata dengan tegas.
       Ayumi terpanar. Cinta? Apa semua ni?!
       Reina merengus kasar. Wajah Ayumi di hadapannya itu direnung tajam. Huh! Melepas aku kali ni! Ayumi, kali ni kau menang. Sekarang, Miki milik kau. Tapi nanti, dia milik aku!
      Ayumi sudah cuak apabila terus-terusan direnung tajam oleh Reina. Tidak pasal-pasal dia mendapat musuh. Selama ini, hidupnya aman sahaja. Tetapi hatinya mula berasa tidak enak sewaktu direnung tajam oleh Reina.
       Adeh, huru-haralah hidup aku lepas ni! Sekarang ni, aku dah ada dua musuh. Mamat sebelah aku ni dan perempuan ni! Tak silap aku, nama perempuan ni Reina kan?
       Tanpa sepatah kata, Reina mencapai beg sandangnya yang diletakkan di atas meja. Kemudian, dia berlalu dari kafe itu. Bahu Ayumi sempat lagi dirempuh sewaktu dia lalu di sebelah gadis itu membuatkan gadis itu terdorong ke belakang. Rasakan!
     Sebaik sahaja kelibat Reina hilang daripada pandangan, Ayumi memandang Shoumiki di sebelahnya. Dengan sekuat hati, Ayumi memijak kaki Shoumiki.
       “Aduh!” Shoumiki mengerang kesakitan. Kaki kirinya terangkat-angkat kerana terasa berdenyut-denyut.
      Ambik kau! Padan muka! Pandai sangat cakap aku ni girlfriend kau kan? Lepas tu, sedap je mulut kau cakap kau cintakan aku! Heh, kau fikir senang ke nak cakap ‘cinta’ kat orang? Sewel! Harap muka je hensem tapi otak sewel!
       Shoumiki memandang Ayumi. Pergh! Ganas jugak perempuan ni! Tak padan dengan muka comel, pijakan kaki dia boleh bawa maut! Nanti kau!
       “Puas hati awak cakap saya ni girlfriend awak?”
      “Ayumi, Reina tu degil. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia takkan berhenti. Tadi saya tak boleh lari daripada dia.”
       Ayumi senyum sinis. “Oh, tak boleh lari. Tapi awak dah mempergunakan saya! Ini tak adil! Ini betul-betul tak...” Ayumi tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Shoumiki sudah berada betul-betul di hadapannya, dengan  kedua-dua tangan melekap pada dinding membuatkan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana.
      Shoumiki merenung anak mata Ayumi. Ayumi kaku. Keadaan mereka waktu ini memang telah menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang sedang berada di dalam kafe. Nasib baik pada waktu ini, pelanggan di kafe itu tidak ramai. Tapi rasa malu itu tetap ada!
       “Saya terpaksa,” Shoumiki bersuara setelah mereka berdua berada dalam keadaan senyap lebih daripada satu minit.
       “Sudahlah! Terpaksa konon...” Ayumi mencebik.
       “Ayumi...”
    “Saya tak kira! Awak mesti jumpa perempuan tadi dan jelaskan perkara sebenar kat dia!” Ayumi meninggikan suaranya.
       “Ayumi...”
       “Takkan sebab saya terlanggar awak hari tu, awak nak berdendam kut? Saya dah kata saya tak sengaja!”
       “Hei, awak nak saya kiss, baru awak nak diam?”
       Ayumi terus terdiam. Sebaik sahaja mendengar perkataan ‘kiss’ itu, dia terus menekup bibirnya. Dengan sepenuh hati, dia menggeleng-geleng laju!
       Kiss? Euww... tak nak, tak nak! Aku tak nak mamat ni yang rembat first kiss aku! Tak nak!!! Never!
     Shoumiki tersenyum sinis. Tahu pun takut! “Kalau tak nak saya kiss awak, awak kena  tunaikan satu permintaan saya.”
       Ayumi membuka mulut. “Apa dia?”
       “Jadi maid kat vila saya.”
       “Apa?!” terkejut Ayumi. Jadi maid?! Kenapa tiba-tiba je ni?
       Shoumiki mengangguk. “Dan, saya nak awak pindah ke sekolah saya. Sekolah Tinggi Sakurai.”
      Mata Ayumi membulat. Sekolah Tinggi Sakurai? Tunggu! Dia rasa dia tahu sekolah itu. Wajah Shoukuro, jejaka yang baru dia kenal di sungai beberapa hari yang lalu muncul di kepalanya. Bukankah itu sekolah tinggi swasta? Mampukah dia bersekolah di situ? Sekarang keluarganya sudah berubah. Tidak mewah seperti dahulu.
       “Semuanya akan ditanggung oleh keluarga saya. Jangan risau,” Shoumiki berkata lagi.
       Kepala Ayumi jadi semakin pening. Mamat ni bercakap macam keluarga dia pulak pemilik Sekolah Tinggi Sakurai tu. Ke dia ni nak tipu aku je? Tapi dia ni macam tahu-tahu je aku tak mampu bersekolah kat situ. Hisy peninglah!
       “Saya tak nak!” Ayumi menolak permintaan Shoumiki.
       Berkerut kening Shoumiki. “Tak nak? Awak nak saya kiss ke?” dia menyoal sinis.
       Mata Ayumi membulat, tetapi selepas itu dia cuba berlagak selamba. Dia berpeluk tubuh. Ceh! Berani ke kau nak kiss aku? Aku tahu kau takkan daratkan bibir kau kat bibir akulah! Huh!
      Shoumiki semakin berang. Oh, kau cabar aku ya? Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Ayumi. Bibirnya semakin dekat dan dekat dan...
       PAP! Satu penampar singgah di pipi Shoumiki. Peh, sedap!
     “Jangan berani-berani nak sentuh bibir saya ni! Kalau nak mati, ciumlah!” Ayumi memarahi Shoumiki. Tajam matanya memandang Shoumiki yang sedang menyentuh pipi. Padan muka! Nampak sangat dia ni jejaka yang tak fikir perasaan perempuan!
      Pipi Shoumiki terasa berdenyut. Kuat betul tamparan yang diterima! Tak padan perempuan! “Berani awak...”
       “Kalau itu yang awak nak, saya terpaksa buat. Kalau betul awak nak saya jadi maid awak, saya terpaksa tunaikan. Asalkan awak janji yang awak takkan ambil kesempatan terhadap saya macam tadi lagi!”
       Shoumiki terdiam. Tidak lama kemudian, dia mengangguk. “Okey. Saya janji,” akhirnya...
       Tiba-tiba Ayumi tersedar sesuatu. Dia menoleh ke kiri, tangan kanan Shoumiki masih berada di dinding. Kemudian wajah setiap pelanggan di dalam kafe dipandang silih berganti. Sudah berapa lama mereka berdua berada dalam keadaan begini? Memalukan betul! Cepat-cepat dia menolak tubuh Shoumiki. Wajahnya berubah merah dan terasa hangat!


Hei, Sandeul~ janganlah tutup mata teddybear tu. Cian dia. XD

P/S: Sorry lambat update novel. Eyfa busy la. kekeke. :P Enjoy reading. ^_^