Wednesday 6 March 2013

My Prince 4

SHOUMIKI merengus geram. Hisy... rimas betul! Rimas, rimas! Apa pasallah budak ni degil sangat? Perangai tak ubah macam perempuan gedik! Oh bukan, dia memang gedik! Dahlah tu, keanak-anakan pulak! Huh! Shoumiki membentak-bentak dalam hati. Masam mukanya.
       “Miki, awak dengar tak ni? Saya cakap ni...” gadis di sebelah Shoumiki yang bernama Reina mencapai lengan Shoumiki. Siap dengan gaya gedik, dia bermain-main rambutnya dengan jari.
      Wajah Shoumiki tetap masam, malah lebih masam berbanding tadi. Dia menarik lengannya daripada pegangan Reina dengan sepantas kilat. Lehernya digosok dengan tangan. Giginya diketap dengan kuat. Wajah Reina langsung tidak dipandang. Menyampah!
        Perempuan ni kan! Agaknya kalau aku bagi penumbuk, baru dia nak blah kut? Kalau aku cakap tak nak tu, tak naklah! Apa pasal dia nak paksa pulak?! Dasar perempuan tak tahu malu! Dahlah tak bagi aku pergi dari sini! Rimasnya...!
       “Awak...”
       “Saya cakap tak nak!” Shoumiki naik angin. Kali ini dia merenung tajam mata Reina.
     “Kenapa tak nak? Susah sangat ke? Kenapa? Awak dah ada girlfriend? Siapa dia? Siapa yang dah rampas awak daripada saya? Dia lebih cantik daripada saya ke?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Reina. Macam peluru!
       Semakin sakit telinga Shoumiki mendengar suara Reina yang dah macam apa! Perasan nak mampus dia ni! Cantik? Heh, tak guna muka cantik kalau perangai tak tahu malu! Dahlah suara sengaja digedikkan depan aku! Eeii... geli aku dengar tahu tak?!
       “Siapa perempuan tu? Beritahu saya!” Reina semakin mendesak. Tidak cukup dengan itu, dia menarik wajah Shoumiki supaya memandangnya.
       Shoumiki sudah mati akal. Mana aku nak cari ‘girlfriend palsu’ ni? Dah lah Kak Yuuna dengan Erika tak dapat nak tolong macam selalu. Hari ni juga nak sibuk! Adeh, mati aku macam ni. Agaknya kalau aku lari, boleh tak? Eish! Tak boleh, sebab nanti perempuan gila ni kejar aku pulak!
       Dalam sibuk mencari akal, Shoumiki terpandang satu susuk tubuh seorang gadis berada tidak jauh dari dia dan Reina di luar kafe. Gadis itu sedang membongkok seperti mencari sesuatu. Entah mengapa, dia tertarik untuk memandang gadis itu lebih daripada 10 saat. Eh, tunggu?! Bila dipandang lama, dia rasa dia kenal gadis itu.
       Yes, idea dah datanglah! Bagus, Miki! Kau memang sangat genius! Shoumiki tersenyum sendiri.
     “Eh, kenapa senyum? Dah boleh terima permintaan saya ke?” Reina menyoal. Namun tanpa dijangka, Shoumiki menolak kasar jemarinya yang sedang memegang wajah Shoumiki. Dia terkejut dengan tindakan jejaka itu.
       Shoumiki segera bangun dari kerusi. “Awak tunggu sini. Jangan pergi mana-mana!” arahnya sebelum melangkah keluar dari kafe. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Ya, jahat... hehehe
        “Hei, awak nak ke mana?” soalan Reina tidak dipedulikan.
      Ayumi masih membongkok. Dia sudah berada di tengah-tengah Bandar Tokyo lebih daripada dua puluh minit! Namun benda yang dicarinya itu tetap tidak dijumpai. Dia tidak mahu putus asa! Dia tidak akan balik sebelum benda yang dicarinya itu dijumpai! Dia tidak peduli langsung dengan pandangan orang yang sedang lalu-lalang di Bandar Tokyo.
       Tiba-tiba tubuh Ayumi dilanggar oleh seseorang. Akibat berdiri dalam keadaan membongkok, dia hilang pertimbangan dan terjatuh. Aduh, sakitnya punggung! Ayumi mengangkat wajah, memandang ke arah orang yang melanggarnya tadi. Tak ada niat nak tolong ke?
       Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata orang yang melanggarnya tadi, terus Ayumi kau. Mata tu... mata tu... mata tu...!
       “Awak lagi?!”
       Shoumiki mengangguk. “Apasal? Awak nak saya tolong?” dia menyoal. Tangan dihulurkan bagi membantu gadis di hadapannya itu bangun.
     Cis! Dah sedap langgar orang, dia boleh tanya macam tu selamba je! Ayumi mengutuk di dalam hati. Tangan jejaka itu disambut. Dia cuba untuk berdiri walaupun punggungnya terasa sakit.
       “Ok, sekarang awak pula tolong saya,” Shoumiki berkata. Tangannya masih memegang tangan Ayumi.
       Ayumi mengetap bibir, geram. Cis! Mamat ni memang tau! Sengaja langgar aku, lepas tu pura-pura tolong aku sebab nak aku tolong dia pulak?! Heh, ingat aku tak tahu ke?
        Apabila tiada suara keluar dari mulut Ayumi, Shoumiki menjongket bahu. “Nama awak siapa?” soalnya.
       “Perlu ke saya beritahu nama saya kat awak?” sinis Ayumi bertanya. “Ni, tangan saya awak lepaskan boleh tak?”
        Shoumiki senyum sinis. Oh, tak nak beritahu nama ya? Tak pe, tapi aku tak nak lepaskan tangan kau!
     “Lepaslah!” Ayumi cuba menarik tangannya daripada pegangan Shoumiki, namun cubaannya itu gagal akibat pegangan yang terlalu kuat. Sakit pun ada!
       “Saya tanya lagi sekali, siapa nama awak?” Shoumiki mengulangi soalannya.
       “Huh! Ayumi! Puas hati awak?!”
      Shoumiki mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman jahat, sekali lagi. Akhirnya... Ayumi ya nama kau?
       “Now, ikut aku!”
       “Ikut? Ikut pergi mana?” Ayumi menyoal.
      “Ikut ajelah. Tak payah banyak cakap!” Shoumiki terus menarik tangan Ayumi ke dalam kafe tadi. Dia berhenti di hadapan Reina.
       Reina mengangkat wajah. Apabila dia terpandang seorang gadis di sebelah Shoumiki, dahinya berkerut. Pelik. Pandangannya beralih kepada Shoumiki pula.
       “Miki, siapa perempuan ni?” Reina bertanya.
     “Tadi awak nak tahu sangat kan siapa girlfriend saya? Sekarang, saya dah bawa girlfriend saya jumpa awak. Kenalkan, ni Ayumi.” dengan gaya selamba, dia memperkenalkan Ayumi sebagai ‘girlfriend’nya di hadapan Reina.
       Mata Ayumi membulat. Apa? Girlfriend? Aku? Aku girlfriend dia? Mangkuk ayun! Sesedap mulut je dia kata aku ni girlfriend dia! Bila masa aku jadi girlfriend dia ni? Nama dia pun aku tak tahu! Dia ni memang! Hurgh...! Hatinya membara.
       Mata Reina waktu itu terkebil-kebil. “Hah? Ni girlfriend awak?” dia menyoal.
      “Reina, awak pekak? Nak saya ulang? Dia ni memang girlfriend saya. Saya cintakan dia dan saya takkan pergi kat sesiapa termasuk awak! Lepas ni awak jangan tegur saya lagi. Kalau bertembung kat sekolah, jangan tegur saya dengan gaya gedik awak tu!” Shoumiki berkata dengan tegas.
       Ayumi terpanar. Cinta? Apa semua ni?!
       Reina merengus kasar. Wajah Ayumi di hadapannya itu direnung tajam. Huh! Melepas aku kali ni! Ayumi, kali ni kau menang. Sekarang, Miki milik kau. Tapi nanti, dia milik aku!
      Ayumi sudah cuak apabila terus-terusan direnung tajam oleh Reina. Tidak pasal-pasal dia mendapat musuh. Selama ini, hidupnya aman sahaja. Tetapi hatinya mula berasa tidak enak sewaktu direnung tajam oleh Reina.
       Adeh, huru-haralah hidup aku lepas ni! Sekarang ni, aku dah ada dua musuh. Mamat sebelah aku ni dan perempuan ni! Tak silap aku, nama perempuan ni Reina kan?
       Tanpa sepatah kata, Reina mencapai beg sandangnya yang diletakkan di atas meja. Kemudian, dia berlalu dari kafe itu. Bahu Ayumi sempat lagi dirempuh sewaktu dia lalu di sebelah gadis itu membuatkan gadis itu terdorong ke belakang. Rasakan!
     Sebaik sahaja kelibat Reina hilang daripada pandangan, Ayumi memandang Shoumiki di sebelahnya. Dengan sekuat hati, Ayumi memijak kaki Shoumiki.
       “Aduh!” Shoumiki mengerang kesakitan. Kaki kirinya terangkat-angkat kerana terasa berdenyut-denyut.
      Ambik kau! Padan muka! Pandai sangat cakap aku ni girlfriend kau kan? Lepas tu, sedap je mulut kau cakap kau cintakan aku! Heh, kau fikir senang ke nak cakap ‘cinta’ kat orang? Sewel! Harap muka je hensem tapi otak sewel!
       Shoumiki memandang Ayumi. Pergh! Ganas jugak perempuan ni! Tak padan dengan muka comel, pijakan kaki dia boleh bawa maut! Nanti kau!
       “Puas hati awak cakap saya ni girlfriend awak?”
      “Ayumi, Reina tu degil. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia takkan berhenti. Tadi saya tak boleh lari daripada dia.”
       Ayumi senyum sinis. “Oh, tak boleh lari. Tapi awak dah mempergunakan saya! Ini tak adil! Ini betul-betul tak...” Ayumi tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Shoumiki sudah berada betul-betul di hadapannya, dengan  kedua-dua tangan melekap pada dinding membuatkan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana.
      Shoumiki merenung anak mata Ayumi. Ayumi kaku. Keadaan mereka waktu ini memang telah menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang sedang berada di dalam kafe. Nasib baik pada waktu ini, pelanggan di kafe itu tidak ramai. Tapi rasa malu itu tetap ada!
       “Saya terpaksa,” Shoumiki bersuara setelah mereka berdua berada dalam keadaan senyap lebih daripada satu minit.
       “Sudahlah! Terpaksa konon...” Ayumi mencebik.
       “Ayumi...”
    “Saya tak kira! Awak mesti jumpa perempuan tadi dan jelaskan perkara sebenar kat dia!” Ayumi meninggikan suaranya.
       “Ayumi...”
       “Takkan sebab saya terlanggar awak hari tu, awak nak berdendam kut? Saya dah kata saya tak sengaja!”
       “Hei, awak nak saya kiss, baru awak nak diam?”
       Ayumi terus terdiam. Sebaik sahaja mendengar perkataan ‘kiss’ itu, dia terus menekup bibirnya. Dengan sepenuh hati, dia menggeleng-geleng laju!
       Kiss? Euww... tak nak, tak nak! Aku tak nak mamat ni yang rembat first kiss aku! Tak nak!!! Never!
     Shoumiki tersenyum sinis. Tahu pun takut! “Kalau tak nak saya kiss awak, awak kena  tunaikan satu permintaan saya.”
       Ayumi membuka mulut. “Apa dia?”
       “Jadi maid kat vila saya.”
       “Apa?!” terkejut Ayumi. Jadi maid?! Kenapa tiba-tiba je ni?
       Shoumiki mengangguk. “Dan, saya nak awak pindah ke sekolah saya. Sekolah Tinggi Sakurai.”
      Mata Ayumi membulat. Sekolah Tinggi Sakurai? Tunggu! Dia rasa dia tahu sekolah itu. Wajah Shoukuro, jejaka yang baru dia kenal di sungai beberapa hari yang lalu muncul di kepalanya. Bukankah itu sekolah tinggi swasta? Mampukah dia bersekolah di situ? Sekarang keluarganya sudah berubah. Tidak mewah seperti dahulu.
       “Semuanya akan ditanggung oleh keluarga saya. Jangan risau,” Shoumiki berkata lagi.
       Kepala Ayumi jadi semakin pening. Mamat ni bercakap macam keluarga dia pulak pemilik Sekolah Tinggi Sakurai tu. Ke dia ni nak tipu aku je? Tapi dia ni macam tahu-tahu je aku tak mampu bersekolah kat situ. Hisy peninglah!
       “Saya tak nak!” Ayumi menolak permintaan Shoumiki.
       Berkerut kening Shoumiki. “Tak nak? Awak nak saya kiss ke?” dia menyoal sinis.
       Mata Ayumi membulat, tetapi selepas itu dia cuba berlagak selamba. Dia berpeluk tubuh. Ceh! Berani ke kau nak kiss aku? Aku tahu kau takkan daratkan bibir kau kat bibir akulah! Huh!
      Shoumiki semakin berang. Oh, kau cabar aku ya? Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Ayumi. Bibirnya semakin dekat dan dekat dan...
       PAP! Satu penampar singgah di pipi Shoumiki. Peh, sedap!
     “Jangan berani-berani nak sentuh bibir saya ni! Kalau nak mati, ciumlah!” Ayumi memarahi Shoumiki. Tajam matanya memandang Shoumiki yang sedang menyentuh pipi. Padan muka! Nampak sangat dia ni jejaka yang tak fikir perasaan perempuan!
      Pipi Shoumiki terasa berdenyut. Kuat betul tamparan yang diterima! Tak padan perempuan! “Berani awak...”
       “Kalau itu yang awak nak, saya terpaksa buat. Kalau betul awak nak saya jadi maid awak, saya terpaksa tunaikan. Asalkan awak janji yang awak takkan ambil kesempatan terhadap saya macam tadi lagi!”
       Shoumiki terdiam. Tidak lama kemudian, dia mengangguk. “Okey. Saya janji,” akhirnya...
       Tiba-tiba Ayumi tersedar sesuatu. Dia menoleh ke kiri, tangan kanan Shoumiki masih berada di dinding. Kemudian wajah setiap pelanggan di dalam kafe dipandang silih berganti. Sudah berapa lama mereka berdua berada dalam keadaan begini? Memalukan betul! Cepat-cepat dia menolak tubuh Shoumiki. Wajahnya berubah merah dan terasa hangat!


Hei, Sandeul~ janganlah tutup mata teddybear tu. Cian dia. XD

P/S: Sorry lambat update novel. Eyfa busy la. kekeke. :P Enjoy reading. ^_^

No comments:

Post a Comment