Friday 22 February 2013

My Prince Prolog

“Tolong…! Tolong saya…!” Ayumi menjerit dengan sekuat hatinya. Dia tidak mampu untuk melawan arus sungai yang deras. Dia juga tidak pandai berenang. 
Sementara itu…
       “Miki nak letak awak kat mana ya?” Shoumiki bercakap sendirian sambil mengusap bulu anak kucing yang sedang didukung olehnya, seolah-olah dia sedang bercakap dengan anak kucing tersebut.
       “Tolong!!!”
       Sewaktu Shoumiki asyik mengusap bulu anak kucing tadi, dia terdengar satu suara meminta tolong. Suara itu datang dari arah sungai yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri. Tanpa membuang waktu, dia segera berlari ke arah sungai tersebut.
      Sebaik sahaja dia berhenti di tebing sungai tersebut, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas. Tangan kanak-kanak perempuan itu terkapai-kapai meminta tolong. Jika tidak diselamatkan dengan segera, mungkin nyawa kanak-kanak perempuan itu akan melayang.
       “Tunggu saya!” jerit Shoumiki.
       Selepas meletakkan anak kucing tadi ke atas tanah, Shoumiki segera terjun ke arah sungai. Dia berusaha menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu. Mujur dia sudah tahu berenang walaupun masih kecil.Tidak sia-sia juga ilmu renang yang papanya ajar sejak kecil.
      Shoumiki menarik tubuh kanak-kanak perempuan itu sehingga sampai ke tebing sungai. Dia membantu kanak-kanak perempuan itu untuk naik ke tebing sungai. Mereka berdua tercungap-cungap akibat keletihan. Tubuh mereka juga menggigil akibat kesejukan.
     “Terima kasih sebab selamatkan saya,” ucap kanak-kanak perempuan itu setelah badannya berhenti menggigil. Matanya memandang Shoumiki yang sedang mengusap bulu seekor anak kucing comel. Namanya Ayumi, Masakoto Ayumi.
      “Sama-sama,” pendek sahaja jawapan Shoumiki. "Lain kali awak jangan main di sini lagi. Kalau lemas nanti, macam mana?" tegurnya.
       “Comelnya anak kucing tu. Boleh saya bela?” tanpa segan silu, Ayumi meminta kebenaran untuk membela anak kucing yang sedang diusap oleh Shoumiki.
    Shoumiki jelas kelihatan terkejut dengan permintaan Ayumi di hadapannya itu. Namun tidak lama kemudian, dia tersenyum. Tepat juga masanya. Akhirnya, dia mengangguk.
      “Yeay…!” Ayumi menjerit kegembiraan. Beberapa saat kemudian, dia memandang ke arah Shoumiki.  
      "Siapa nama awak?” soalnya.
    “Okeylah, saya nak balik dulu. Dah lama saya keluar ni. Risau papa dan mama saya nanti,” Shoumiki meminta diri tanpa menjawab pertanyaan Ayumi. 
Sebelum pergi, dia sempat mencuri pandang rantai emas putih yang terkalung di leher Ayumi. Loketnya berbentuk hati yang tertulis huruf ‘A’ di bahagian tengah.
    “Tunggu!” Ayumi menjerit. Namun, jeritannya itu sia-sia sahaja apabila Shoumiki telah jauh meninggalkannya.  Matanya sempat tertancap pada parut yang kelihatan agak panjang pada lengan Shoumiki.
“Saya akan ingat parut tu sampai bila-bila….”




Meow~! Zzzzzz... ~_~

P/S: Maybe ada sedikit perubahan. :)

No comments:

Post a Comment