Friday 22 February 2013

My Prince 1


8 tahun kemudian...
       Semua ahli keluarga Encik Masakoto sudah berkumpul di ruang tamu Vila Masashi. Umiha, Yumika dan Ayumi sedang tertanya-tanya sesama sendiri apakah yang akan dibincang dibincang oleh papa dan mama mereka bertiga. Mereka bertiga hanya sabar menunggu papa dan mama mereka bersuara.
       Encik Masakoto sudah berkira-kira sama ada dia mahu memberitahu anak-anaknya atau tidak mengenai cadangannya dan isterinya. Tiba-tiba pula dia berasa gementar untuk memberitahu cadangan tersebut kepada tiga orang anak mereka. Lidahnya juga terasa kelu untuk berbicara.
       Puan Masakoto pula sudah merasa tidak senang duduk. Sekejap dia bersandar pada sofa, sekejap pula dia duduk tegak. Matanya juga asyik memandang ke arah suaminya sekilas. Nampaknya bukan Encik Masakoto sahaja yang berasa gementar, dia sendiri pun sama juga.
      "Papa, mama, apa ni? Cepatlah cakap. Kami dah tunggu lama tau kat sini," rungut Umiha.
     "Ha'ahlah papa, mama. Cepatlah cakap. Lepas ni, Mika nak masuk bilik terus sebab nak sambung rekaan saya yang belum siap tu," Yumika pula orang yang kedua merungut. Dia berpeluk tubuh.
       "Hah! Dengar tu. Miha pulak nak sambung dengar lagu kat MP3 sambil online," ujar Umiha.
      Setelah didesak, Encik Masakoto menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Papa dan mama dah lama berbincang. Kami buat keputusan yang kami nak pindah semula ke Tokyo. Kamu ingat lagi kan yang 8 tahun dulu kita pernah tinggal kat sana?"
    Serentak itu, Umiha, Yumika dan Ayumi membulatkan mata mereka. Mereka amat terkejut tatkala mendengar cadangan papa dan mama mereka itu. Kemudian mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Nak tinggalkan bandar Fukuoka lalu berpindah ke bandar raya Tokyo semula?
      "Kenapa tiba-tiba aje, papa?" soal Yumika. Nada suaranya kedengaran seperti orang yang tidak berpuas hati.
      "Syarikat papa ada masalah. Lagi satu, kita takkan berpindah semula ke vila lama kita. Lepas ni, gaya hidup kita akan berubah," jawab Puan Masakoto dan jawapannya itu membuatkan mereka yang ada di situ semakin tertanya-tanya.
      "Macam mana dengan kamu, Yumi?" Puan Masakoto menyoal Ayumi seraya memandang ke arah anak bongsunya itu.
       Ayumi mengangkat wajahnya apabila mama menyoalnya. Dia mengukir senyum manis sebelum menjawab soalan mamanya. "Saya ikut aje, mama. Asalkan ada rumah dan sekolah. Yang penting, Pikachu dan Bboo Bboo pun ikut sekali," jawabnya sambil mengusap lembut bulu kucing  kesayangannya, Pikachu dan anjing kesayangannya, Bboo Bboo.
        "Kalau Yumi setuju, kami pun setuju," Umiha bersuara. Dia mewakili dirinya serta Yumika.
      "Bagus! Sekarang, cepat kemas barang kamu semua. Lima hari lagi kita akan bertolak," beritahu Encik Masakoto membuatkan mata ketiga-tiga orang anaknya terbuntang.
       "Apa?!"
*****
SHOUMIKI tersenyum puas apabila melihat lukisan yang telah disiapkannya itu. Waktu ini, sudah masuk kali ketiga dia melukis benda yang sama iaitu rantai yang mempunyai loket berbentuk hati serta huruf 'A' di bahagian tengahnya. Dia tersenyum lagi. Semakin melebar pula senyumannya kali ini.
       "Tuan Miki! Makan malam dah terhidang," panggil salah seorang daripada maids Shoumiki.
       "Yes, I'm coming!" sahut Shoumiki. Berus cat yang berada di tangannya terus diletakkan di atas meja.
      "Miki, jom makan. Makan nasi ni. Kanoko kegemaran Miki pun ada," Yuuna, kakak Shoumiki mempelawa adik lelakinya makan.
     Shoumiki melabuhkan punggung di sebelah adik perempuan kesayangannya, Erika. Senyuman manis terukir saat melihat kudapan Jepun kegemarannya iaitu Kanoko sudah terhidang cantik di atas meja makan. Kemudian penyepit yang ada di atas pinggannya terus dicapai. Dia sudah bersedia untuk menikmati Kanoko.
      "Miki, sabarlah dulu. Makan nasi dulu, barulah boleh makan Kanoko," tegur Yuuna.
      Shoumiki membuat muka. Mahu tidak mahu, terpaksalah juga dia meletakkan semula Kanoko yang belum sempat masuk ke dalam mulutnya tadi. Nasi diletakkan semula ke dalam pinggannya. Dia segera menyepit nasi tersebut dan makan seperti biasa. Wajahnya kelihatan agak masam.
       "Abang, tadi abang buat apa? Melukis lagi eah?" soal Erika yang hanya diam sedari tadi.
    "Hehe... macam biasalah, Rika," jawab Shoumiki sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu menampakkan giginya yang putih dan kemas tersusun itu.
       "Emm... boleh Rika tengok tak lukisan-lukisan abang yang ada kat dalam Bilik Melukis Miki tu? Bolehlah Rika tolong warnakan," Erika memohon keizinan daripada abangnya. Dia tersenyum ceria.
       Apabila mendengar suara Erika yang bersungguh-sungguh memohon keizinan untuk melihat lukisan yang ada di dalam Bilik Melukis Miki, Shoumiki terdiam seketika. Fikirannya sudah mula berbelah bahagi. Dia tahu bahawa adik kesayangannya itu memang boleh diharapkan. Erika memang seorang gadis yang suka mewarna sejak kecil. Tidak hairanlah adiknya itu sentiasa kelihatan ceria. Tetapi...
      "Emm... kalau nak bagi Rika tengok semua, dah tentu tak boleh. Hmm... macam nilah! Abang bagi Rika warnakan lukisan yang sesuai diwarnakan dan lukisan yang abang suruh aje. Boleh, kan?"
      Erika berhenti mengunyah untuk seketika sebelum berkata, "Kenapa pulak macam tu, abang?" soalnya seraya memandang ke arah abang kesayangannya itu.
       "Alaa... kakak tahu sebab apa Miki cakap macam tu. Walaupun akak tak pernah masuk Bilik Melukis Miki, tapi akan tahu kat dalam bilik tu mesti penuh sangat dengan gambar girlfriend Miki. Betul tak?" Yuuna mencelah. Dia tergelak kecil. Dia memang suka mengusik adik lelakinya itu.
      "Hah? No, exactly not! I have no girfriend, even a special friend," Shoumiki segera menepis usikan kakaknya itu. Lagipun, memang benarlah apa yang dia katakan itu. Dia tidak mempunyai teman wanita.
        "Eleh! Yalah tu...! Tak percayalah!" Yuuna tidak mahu berhenti mengusik adiknya.
      "Tak apalah. Rika tak kisah pun," Erika berkata lalu tersenyum ceria sebelum sambung mengunyah Kanoko.

Aaaa~ hah?! XP

No comments:

Post a Comment