Sunday 24 February 2013

My Prince 2


 “OKEY, kita dah sampai!” suara Encik Masakoto yang kuat telah mengejutkan Umiha, Yumika dan Ayumi yang sudah lama diulit mimpi.
      Kini mereka sekeluarga sudah berada di hadapan rumah baru mereka di Bandar Tokyo. Puan Masakoto membantu suaminya yang sedang sibuk mengangkat barang dari dalam kereta ke dalam rumah selepas dia membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci. Ayumi turut membantu dia dan suaminya mengangkat barang.
        “Aaa…!!!” tiba-tiba satu jeritan kuat berkumandang.
      Encik Masakoto terus mengurut-urut dadanya akibat terkejut. Nasib baik dia tidak ada masalah sakit jantung. Kalau tidak… mungkin dia sudah pengsan di situ! Matanya tajam merenung Umiha dan Yumika yang menjerit tadi.
      Selain Encik Masakoto, Puan Masakoto dan Ayumi juga terkejut apabila mendengar jeritan Umiha dan Yumika. Ayumi tidak jadi mengangkat Pikachu untuk dibawa masuk ke dalam rumah baru.
       “Kami nak pindah balik! Tak suka rumah baru ni! Ia Nampak macam rumah orang miskin,” rungut Umiha sambil memandang ke arah rumah baru di hadapannya dengan pandangan jijik.
       “Betul tu! Rumah ni kecil dan tak sesuai untuk orang kaya macam kita ni!” Yumika pula mengikut jejak Umiha.
       Ayumi hampir menghamburkan gelak setelah mendengar rungutan Umiha dan Yumika. Sebenarnya, dia juga setuju dengan kata-kata dua orang kakaknya itu. Namun apabila Pikachu dipandang, dia fikir ada baiknya juga mereka berpindah ke Tokyo selepas lapan tahun tinggal di Fukuoka. Dia dan keluarganya pernah tinggal di Tokyo selama lapan tahun. Dia menemui Pikachu, kucing kesayangannya itu juga di Tokyo sewaktu dia hampir lemas. Jadi dia fikir bolehlah dia mencari budak lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu. Lagipun sudah lama dia ingin berjumpa semula dengan budak lelaki tersebut.
       “Tak payah merungut! Kamu tak tahu hal sebenar! Syarikat papa dah muflis!” Puan Masakoto memarahi Umiha dan Yumika.
      Sebaik sahaja Puan Masakoto habis berkata-kata, Umiha dan Yumika berpandangan sesame sendiri. Kemudian mereka tunduk, diam menikus.
       “Sudah. Mari tolong kami ni,” arah Puan Masakoto.
       “Yalah…” Umiha terpaksa menurut.
***
AYUMI memberhentikan basikal di suatu tebing sungai. Dia menuntun basikalnya ke bawah sepohon pokok dan menongkat basikalnya di situ. Udara segar dihirup sambil memejamkan mata. Terasa nikmat kesegaran udara pagi. Dia menikmati pemandangan sungai di hadapannya.
    “Sungai ni…” Ayumi berkata sendirian. Memorinya mengimbas kembali peristiwa lapan tahun dahulu, sewaktu dia masih berumur 8 tahun.
      Tiba-tiba muncul suara orang berdehem dari belakang Ayumi. Akibat terkejut, Ayumi hampir terlompat. Dia segera membalikkan badan dan seorang lelaki sedang berdiri berdekatan dengannya sambil tersenyum. Lelaki yang berambut hitam dan tinggi lampai itu menundukkan sedikit tubuhnya.
       “Hai,” tegur lelaki tersebut.
       Ayumi menundukkan badan. “Hai,” balasnya.
       “Saya tak pernah Nampak awak kat sini. Awak orang baru ke?” soal lelaki tersebut.
       Ayumi hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan itu. Dia mengukir senyuman kecil.
      “Siapa nama awak? Dari mana awak datang?” Tanya lelaki itu lagi.
      “Saya Masakoto Ayumi dari Fukuoka. Saya baru pindah ke sini. Asalnya, saya orang Tokyo,” jawab Ayumi.
     “Nama saya Haruno Shoukuro. Saya selalu pergi sini dengan kawan baik saya. Tapi hari ni dia tak dapat pergi dengan saya. Awak pula buat apa kat sini?” soal lelaki itu lagi.
       “Saya cuma nak ambil angin, “ jawab Ayumi.
      Shoukuro mengangguk. “Saya 16 tahun. Awak pula?” soalnya lagi. Sudah banyak soalan yang keluar dari mulutnya walaupun dia baru sahaja bertemu dengan Ayumi.
       “Saya pun 16 tahun,” jawab Ayumi sambil tersenyum.
       Sebaik sahaja Ayumi berkata begitu, Shoukuro tersenyum lebar. “Hei, baguslah! Bolehlah awak daftar di sekolah yang sama dengan saya.”
       Ayumi terkejut. “Ya? Tapi apa nama sekolah awak tu?” soalnya.
       “Sekolah Tinggi Sakurai.”
       “Tu sekolah biasa, antarabangsa atau swasta?” Ayumi menyoal lagi, ingin tahu.
       Shoukuro tergelak kecil mendengar soalan Ayumi itu. Entah apa yang kelakar sehingga buat dia ketawa. “Tu sekolah swasta.”
       Mata Ayumi membulat sebaik sahaja mendengar perkataan ‘swasta’. Dia tersenyum tawar. “Tak apalah. Saya tak mungkin dapat bersekolah di sana,” Ayumi berkata dengan gaya rendah diri. Betul katanya. Dia tidak mungkin mampu bersekolah di sekolah swasta atau antarabangsa, melihatkan keadaan keluarganya sekarang. Syarikat papanya muflis, waktu ini mamanya sedang berusaha mencari pekerjaan.
       “Jadi awak nak sekolah kat temoat lainlah?” soal Shoukuro dengan wajah kecewa.
      Ayumi menganggukkan kepalanya. Dia menunduk merenung kasutnya yang tersarung kemas di kaki. Apa boleh buat? Keadaan yang tidak mengizinkan….
       Ayumi melirik jam di tangan. “Shoukuro, maaf. Saya terpaksa pergi sekarang,” dia meminta diri.
       Shoukuro mengangkat kening. “Sekarang?” soalnya.
      Ayumi mengangguk sebelum berlari ke arah basikalnya yang diletakkan di bawah sepohon pokok sewaktu dia datang ke sungai tadi. Sebelum mengayuh basikal, dia sempat mendengar namanya dipanggil oleh Shoukuro. Wajah Shoukuro dipandang.
       “Saya harap kita boleh jumpa lagi kat sini,” Shoukuro berkata lalu mengukir senyum manis. Senyumannya itu dibalas oleh Ayumi sebelum gadis itu mula mengayuh basikalnya dan meninggalkan kawasan sungai tersebut.
       “Isaki, saya rindukan awak…” Shoukuro bersuara lirih sambil mengekori Ayumi dengan ekor matanya.

No comments:

Post a Comment